Satu Penghormatan Terakhir
http://www.airforce-technology.com/projects/hawk/hawk1.html
18 Dis 2003 – Pesawat TUDM Hawk 100 terhempas di perairan Tanjung Sepat, Kuantan. Hanya kurang 3 hari semasa entri ini ditulis, sebelum tiba genapnya 3 tahun tragedi itu berlaku. Dua orang juruterbang tempur Tentera Udara DiRaja Malaysia telah terkorban ; Allahyarham Kapten Khairul Hazrin bin Kamarudin meninggal dunia serta merta manakala Allahyarham Kapten Ashraff Che Hussin meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Ya, ia mungkin sekadar cuma ‘satu lagi kisah pesawat TUDM terhempas’ bagi kebanyakan dari rakyat Malaysia. Akan tetapi dari sudut lain, ia adalah tentang negara kehilangan pahlawannya, skuadron kehilangan juruterbang terlatih mereka, keluarga kehilangan orang yang dikasihi dan saya sendiri kehilangan sahabat.
Kapten Khairul Hazrin merupakan junior saya semasa di SM Teknik Melaka. Di kalangan kawan-kawan, saya anggap beliau antara sahabat yang disenangi. Beliau adalah seorang pengawas sekolah dan antara yang dikagumi dalam bidang akademik.
Hubungan dengan beliau telah terputus semenjak tamatnya persekolahan. Tiada khabar berita sehinggalah nahas tersebut berlaku. Apapun saya tetap terperanjat kerana sememangnya saya masih mengingati beliau.
Di sebalik rasa sedih atas kehilangannya, tersembunyi rasa terharu dan bangga kerana dia gugur sebagai pahlawan. Walaupun nahas tersebut berlaku semasa tugasan biasa dan bukan dalam peperangan, beliau berkorban nyawa demi negara dan untuk kita semua.
Menjadi kebiasaan jika ada orang berkata nahas TUDM berlaku kerana juruterbang tak cekap atau pesawat tidak disenggara. Itu bukan pendapat yang betul. Kematian juruterbang tempur setiap pasukan tentera udara boleh berlaku bila-bila masa ; tidak terkecuali sekalipun negara yang memiliki kuasa tentera tercanggih dan terkuat.
Tugas seorang askar ada dua sahaja iaitu ; berperang semasa negara menghadapi peperangan atau darurat ; dan berlatih sebagai persediaan semasa keadaan aman. Maka, tiap kemalangan nyawa semasa latihan atau operasi biasa waktu keadaan aman ; semuanya adalah kematian dalam bertugas.
Walau segala langkah keselamatan telah dipastikan, risiko kematian ada di mana sahaja. Andai kata terbunuh akibat ; tertembak secara tidak sengaja semasa berkawal di pintu kem ; atau berlaku letupan semasa mengutip bom yang tidak meletup ; akibat implikasi teknikal semasa menyenggara jentera perang .. segala itu adalah kematian yang bukan sia-sia sebenarnya (seperti sesetengah orang kata). Sebaliknya, mereka mati dalam bertugas.
Jadi, latihan atau tugasan ketenteraan bukanlah satu perkara ‘main-main’. Ajal mengintai setiap masa. Misi semasa aman sama sahaja risikonya dengan misi semasa peperangan.
Inilah yang kurang difahami oleh orang awam. Kerana itulah apabila berlaku nahas pesawat tempur, ramai yang menganggap tentera kita tidak cekap. Itu tidak benar. Saya menaruh kepercayaan berdasarkan fakta bahawa tentera kita antara yang terbaik di dunia.
Allahyarham Kapten Khairul meninggalkan tunang yang sepatutnya dinikahi beberapa bulan berikutnya dari tarikh nahas berlaku. Manakala Kapten Ashraf meninggalkan balu (juga juruterbang TUDM) dengan anak-anak yang masih kecil.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Moga Allah SWT tabahkan diri keluarga mereka dalam meneruskan hidup. Apa lagi buat si anak kecil yang menanggung rindu tidak tertebus terhadap ayah yang pergi selama-lamanya.
Semoga roh Allahyarham Kapten Khairul dan Kapten Ashraff ditempatkan bersama-sama para pejuang terdahulu yang telah berkorban untuk agama, bangsa dan negara. Amin.
Al Fatihah.


Takziah buat keluarganya. semoga tabah..
semoga rohnya dicucuri rahmat!
amin….
Banyak benar kes2 jet terhempas di negara kita ini, helikopter satu lagi. Dengar cerita kita bawa masuk yang ’2nd hand’? Entahlah …
ps Nieys dan Iwan : Amin Ya Rabbal Alamin
ps SF : Ya .. Heli Nuri tu mungkin sebab dah lama sangat dalam perkhidmatan.
Assalamualaikum…saya rasa amat terkejut dan terharu terhadap apa yang telah berlaku kepada Kapten Khairul yang lebih dikenali dengan panggilan “stromsik” ketika di sekolah teknik melaka dahulu. Kepada Abg. Jeff terima Kasih kerana published kan cerita ini…. Tak terlintas difikiran bahawa berita nahas yang saya baca dahulu adalah tentang rakan baik ketika persekolahan dulu. Semoga roh beliau dan rakan dicucuri rahmat dan diletakkan bersama orang2 yang beriman.
Al-Fatihah juga kepada rakan2 persekolahan yang telah pergi seperti Ezla, Sharmidi, Nizam (Hangit) dan lain2 lagi.
_____________________________________
Nota Jeff : w’salam Elia. Lama sungguh tak dengar khabar
ya begitulah ajal maut Allah menentukan. stromsik pergi dulu dari kita. gitu jugak ezla, shamidi, nizam jugak hasrile. semoga roh mereka dicucuri rahmat. Kita yang hidup perlu teruskan perjuangan ..
im pity too. by da way i hope dye nye fmily ok je n tabah k.
Al-fatehah.. Semoga roh beliau dan kawan2 lain yg telah pergi ditempatkan bersama roh orang yang beriman.. Amin.
Aku cuma berkesempatan memandikan jenazah arwah Ezla bin Aplus… Sebak rasa bila memandikan jenazah yang patah riuk akibat kemalangan bersama kawan saya Rosli Bahari yg cedera parah ketika itu..
Sempena Ramadhan yg bakal tiba ni sama2 lah kita mendoakan kesejahteraan roh kawan2 kita dan cikgu Sabtu.
Salam…
Akmar Yaakub
Civil one 91-92
salam, Akmar.
amin. semoga sampai doa kita kepada mereka
al-fatihah…arwah satu class dgn aku…stromsik..gitulah pangilannya..
salam, Acai.
ya, sekelas dengan kau. aku ingat lagi. kalau korang re-union nanti, jangan lupa awal majlis doa kan dan fatihah untuk dia.
ye btoi 2..sy stuju 100% pe yg awk tulis ni…saya selalu berharap sy akan menjadi seperti pahlawan2 ini suatu hari nanti..
takziah bt keluarga..moga tabah..