Tak Lama Lagi Nak Sambut Merdeka Dah ..
Kita bakal menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-51 tahun ini. Di waktu kecil-kecil dahulu, memang bersemangat setiap rasanya setiap kali menyambut merdeka. Macam rasa nak sambut raya. Tapi untuk tahun ini rasanya seakan-akan hambar betul. Kenapa aah ? Eleh, purak-purak tatau .. pasal apa lagi kan.
Kehambaran itu nyata bukan disebabkan tiadanya kempen menyambut bulan kemerdekaan. Untuk saya dan sebahagian rakyat Malaysia yang lain, tiada program sebegitu pun tidak semestinya tiada rasa membara di hati nak menyambut kemerdekaan.
Sebaliknya, saya mengandaikan bahawa kehambaran sedikit sebanyak berpunca dari kecelaruan politik yang sedang berlaku sekarang ini. Sebagai bukan penyokong mana-mana aliran politik, juga bukan sebagai pengulas isu-isu politik (melainkan hanya sebagai pemerhati dan menganalisa untuk diri sendiri) saya tidak mahu menulis apa-apa yang tidak perlu.
Cuma sebagai rakyat Malaysia yang tiada pilihan selain dari terus berada dalam persekitaran politik tempatan yang ada sekarang, saya terasa amat rindu dengan suasana masa lalu yang diisi rasa yakin, ketenangan, selesa dan stabil walaupun berlaku pertikaian-pertikaian yang sederhana akibat perbezaan politik atau perbezaan pendapat terhadap kerajaan.
Dalam hati menaruh harapan dan memanjatkan doa kepada Allah agar kita dapat mengembalikan suasana seperti itu, belum tentu tahu apakah boleh diharap kepada ahli-ahli yang diundi rakyat pada hari ini. Aduhai.
Selamat ulangtahun merdeka ke-51. Mudah-mudahan Allah sentiasa lindungi Malaysia kerana masih ada ramai rakyatnya yang sayang dengan negara ini. Amin.
p.s : saya mencari-cari gambar yang sesuai untuk menggambarkan perasaan yang sepatutnya boleh saya rasai sempena kemerdekaan ke-51 ini. terjumpa gambar ini dari blog wadi kita .. lalu saya pinjam (link). kebetulannya penulis ini pun menulis antaranya tentang sambutan kemerdekaan. Alhamdulillah.

Ogos 8, 2008 pada 7:35 pm
beb.. sebut hari merdeka ni cuak aku dah nih.. banyak keje tuk reception national day kat sini tak setel lagik.. huargghhhhh.. dah la nak tarawikh malam tuh..
Ogos 11, 2008 pada 1:05 am
Saya sungguh rasa mual dengan percaturan politikus mutahir ini.. Saya pun rindu suasana politik yang lepas-lepas.. Haish..