Politik Malaysia Dalam Lagu Rock
Saja tukar angin. Dalam bulan puasa ini janggal juga rasanya saya nak menulis tentang lagu rock. Asal saja tidak menghala kepada keburukan. Tapi rock kali ini istimewa sikit kut .. kerana rock yang bertemakan politik. Apa pun, blog ini bukanlah blog politik. Saja tukar angin.
Orang yang tak minat rock selalu kata rock ni tak elok. Ganas. Bingit. Keras. Dadah. Maksiat. Yang tak eloknya rockers, bukan rock itu. Itupun, tak semua rockers tak elok perangai. Papa rock Ramli Sarip ok apa. Tengoklah Amy Search sekarang ni, siapa menyangka, kan?
Jadi samalah juga misalnya dengan ada polis yang rasuah. Ada doktor jual dadah. Ada hakim berat sebelah. Ada ahli politik tak patriotik. Yang tak elok pengamalnya, bukan kerjaya itu. Lainlah kerja mencuri atau merompak kan, sah-sah memang tak betul.
Hakikatnya rock yang bertapak di Malaysia sejak hujung tahun 1970-an dulu telah diadaptasi dan diasimilasi dengan pengisian yang berjiwa matang. Rock sememangnya genre muzik yang selari dengan luahan rasa tidak puas hati dan di sini, rock menjadi aspirasi dalam meluahkan pandangan terhadap isu-isu yang lebih berat seperti ketidakadilan, kemanusiaan, perjuangan, kemusnahan.
Malah rock di sini juga disesuaikan dengan luahan rasa tentang ketuhanan dan kerohanian. Kalau tidak masakan kumpulan nasyid memilih Mentari Merah Di Ufuk Timur (Search) dan Dari Tuhan (Wings) untuk diolah semula.
Lalu, sedar atau tidak.. lagu-lagu rock telah lama ‘membahaskan’ tentang soal politik, negara dan bangsa. Satu masa dulu, dalam satu majalah Amy Search pernah cakap ‘politik kitorang ni taklah teruk sangat’.
Inilah nostalgia yang ingin saya kembalikan.
Saya mengambil beberapa lagu Search untuk dijadikan modal. Kenapa Search? Sebab itu ‘wa punya suka la beb’. aHaha. Kalau anda juga peminat sejati band rock terkemuka Malaysia ini jangan lupa melawat laman web mereka.
Kepada yang mendengar lagu-lagu ini hanya untuk ‘hantuk kepala’ (head-banging lah tu) sekali dua cuba selami maksud lirik yang tersirat. Cubalah lihat konteks politik negara dalam lirik-lirik itu.
Kepada pencatur-pencatur politik yang tak sudah-sudah dengan agenda yang merimaskan kebelakangan ini, jangan tak tahu .. suatu masa dulu lagu-lagu ini pernah memberikan amaran kepada kamu …
Mana-mana yang baik itu, untuk kita fikirkan …
___________________________________________________________________________________________________
PADA SATU KEDUDUKAN (LANGIT DAN BUMI, 1987)
Bukan pertaruhan
Bukan permainan
Tapi kenyataan
Jangan sekali kali kita menafikan
Ada kehancuran
Nanti di hadapan
Kalau tidak diubah
Sikap dan pendirian kita kan kecewa
Di tebing yang curam dan berduri tajam
Itulah kedudukan kita sekarang
Janganlah menolak
Sesama sendiri
Bersengketa nantikan kecewa
Pandanglah yang sama
Buang mimpi ngeri
Maju ke hadapan
Demi hak warisan
Dari zaman ke zaman
TUMBUK RUSUK (LANGIT DAN BUMI, 1987)
Kenyitkan matamu
Bila kau setuju
Pejamkan matamu
Jika kau tak mau
Katakan padaku
Jika kau setuju
Bukalah saku mu
Tutup lah mulut mu
Ya kata adat
Tidak kata
Undang-undang
Oh rasuah
Jangan kau berikan
Aku tak terima
Walau pun seluas
Lautan permata
MENARA KESESATAN (FENOMENA, 1989)
Dari lembah terasing
Kita diperlihatkan
Satu lakonan pentas
Mainan cendiakawan
Inilah sebahagian
Cara hidup kita
Mempermainkan dipermainkan
Guna dan diguna
Tanpa disedari dan menyedari
Kita didorong dorong
Dari isu ke isu
Jerumus dan kecewa
Kemudian diselamatkan
Tiada yang pasti
Dari lembah ini
Haluan menuju keruntuhan
Banyak yang kabur
Tanpa disedari semua mimpi
Menara kesesatan
Sempit fikiran
Menara kesesatan
Dalam kerugian
PAWANA (FENOMENA, 1989)
Bermula,sebuah cerita
Di zaman dulu kala
Mudahnya, sederhana,kehidupan
Mereka riang sentiasa dan gembira
Tanpa, duka
Waktu berpesta pawana pun melanda
Meresap, fikiran dan jiwa
Berubahlah semua
Jadi sombong, serta alpa
Semua inginkan kuasa
Rebut dengan sengketa
Yang lemah, jadi hamba
Berpecah antara mereka
Musnah dihembus pawana
Begitulah kisah hidup
Dari zaman ke zaman
Pawana menghembus akan hati insan ..
DIARI QABIL & HABIL (ROCK N’ ROLL PIE,1996)
Ku lihat api di ufuk sana
Ke dengar jeritan mengundang tangisan
Anak-anak tak berdosa
Ku lihat manusia bunuh manusia
Kerana perbezaan bangsa agama
Buta mata buta hati
Semarakkan nafsu serakah
Masing-masing tak nak mengaku salah
Dan berdoa bagai Tuhan bukan Esa
Ku dengar manusia hina manusia
Kerana kelainan adat dan bahasa
Buta mata buta hati
Menuruti bisikan syaitan
Masing-masing tak nak mengambil
Iktibar atau hikmah
Dari kisah Qabil Habil
September 12, 2008 pada 4:27 pm
Abah tak pasti kalau peminat lagu2 rock faham lirik2 tu. Sebab waktu abah minat lagu2 rock lentuk dulu, main nyanyi jerk time dengar kat radio, tapi liriknya, memang sah tak tahu apa dia kata, apatah lagi nak dilusuri maksudnya. Ekekeke.
September 14, 2008 pada 9:07 am
Wow. This is a good one.
Lirik band lain ada tak bro?
September 14, 2008 pada 10:14 am
Memang banyak sebenarnya pengajaran yang kalau kita perhatikan dalam lirik2 lagu rock ni, walhasil org yang tak suka rock akan kata macam2 walaupun ada kebaikan dalam tu, sebabnya orang hanya menilai luaran sahaja bro … tapi saya dulu pun letih kata bukan semua rockers ni teruk, ada separuhnya memang ok … hehehe takleh nak kata bro, yg penting kita faham …
sf
September 15, 2008 pada 12:54 pm
Salaam
abah. dah otai-otai ni lain la sikit kan .. hehe
knb. ada, nanti aku sambung. tapi yg paling transparent aku rasa lirik Search.
sf. yg penting kita rock bro .. keke
September 15, 2008 pada 1:24 pm
[...] September 15, 2008 in Kehidupan, Rock | Tags: lirik, parti, politik, rockers, wings | Takyah intro lah. Ini sambungan dari entri tajuk yang sama sebelum ini. [...]
September 17, 2008 pada 8:46 am
tak sangka lak lagu rock ada mesej politik, pasal yg glamer seme lagu cintan cintun
he2x
blog yg best, ada banyak cite sejarah, mohon sy link blog ni ye
September 17, 2008 pada 10:37 am
salam Asal
terima kasih kerana sudi me-link-kan