Politik Malaysia Dalam Lagu Rock (2)

Takyah intro lah. Ini sambungan dari entri tajuk yang sama sebelum ini.

Seperti yang dapat dilihat lirik Search tepat-tepat kena pada pihak, golongan atau individu yang tertentu. Masalahnya cuma, mereka tak kisah pun kalau batang hidung mereka terkena. Apa lagi lagu rock, bukan boleh buat kudis pun. Mungkin itulah pendapat mereka.

aah .. kata tanak intro, tengok apa dah jadi. Geram punya pasal aku dah melalut laa. Ok lah dengan niat hanya untuk menyambungkan isu yang sama dari entri sebelum ini, kali ni tengok pulak satu dua lagu Wings yang liriknya menyindir sikap pihak-pihak tertentu dalam perkembangan politik negara kita.

Sama seperti Search, lagu Sakit Bantal Empuk ini pun dah lama dirakam sebelum kemelut politik pada hari ini berlaku. Mungkinkah mereka telah dapat menujum perkara-perkara seperti ini pada masa dulu ? Atau pun memang dari dahulu kala lagi telah berlaku cuma semakin teruk sekarang ni ?

Kenapa tak masuk lagu Belenggu Irama ya ? Sebab protes dalam lagu tu ditujukan terhadap kekangan yang dikenakan kepada otai-otai rockers dulu seperti tak boleh muncul dalam TV kerana rambut panjang. Ia tidak mengkritik dari segi politik.

________________________________________________________________________________

Sakit Bantal Empuk (Mencari Asal Usul, 1998)

Caj caj caj caj caj caj
Suka hati kau tak berbudi kau tak mengerti
Kau tak perduli ku kau anggap kutu kari

Das das das das das das
Hentam saja kau tak berjiwa kau tak merasa kau tak periksa
Siapa yang mengalas kerusimu di bawah
Di bantal empuk mu kau terlupa janji mu

Dam dam dam dam dam dam
Kami jeran kau tak kasihan kau tak sayangkan
Kau tak ringankan kami sekalian yang bergelar sang Marhain
Di rumah tumpangan kau terlupa diri mu siapa

Kau sedarlah
Kalau bukan kami yang tumpang yang bersusah payah
Berkompang hingga menang hingga dijulang

____________________________________________________________________________

*di bawah ini adalah tambahan. di-edit pada 16 September 2008

Hukum Karma (1988)

Oh… dalam dunia…
Oh… kita raja…
Oh… jangan lupa…
Oh… Jangan gila

Gila darjat
Gila nama
Gila kuasa
Gila Harta
Semua gila

Buat baik berpada-pada
Kata org tua
Buat jahat jangan sekali

Engkau takkan rugi
Mulia dibalas syurga
Dosa ‘kan sengsara
Ini hukum karma

Orang Kita (Hukum Karma, 1988)

Orang kita ada di mana mana sahaja
Di setiap lorong
Terus berjuang tak pernah meminta

Orang kita rasa biasa kalau dihina
Orang kita ketawa biarpun tersiksa

Jangan cuba menyekat
Apa kata kita
Kita tak pernah
Berniat untuk berkuasa
Hanya satu harapan kita
Sama-sama bersatu suara

Bersuara .. bersatu suara
Bersuara .. bersatu suara
Bersuara .. bersatu suara
Bersuara .. bersatu suara

(solo)

Berapa lama kah
Kita harus begini
Dihina dan dibenci
Berapa lamakah ?
Tapi kita mesti banyak bersabar

Hidup org kita
Tuhan berkuasa
Menciptakan apa sahaja

Tinggalkan jawapan