salam
aku sekadar menulis apa yang terlontar keluar dari fikiran ku
andai ada kebaikan darinya, aku berdoa moga-moga dapat dimanfaatkan
namun kiranya yang ada hanya buruk-buruk saja, doakan agar aku segera sedar kesilapanku
………… ** ………….
hidup adalah nostalgia
hidup juga adalah satu penerusan
kita harus melangkah dengan keseimbangan kedua-duanya
justeru
kita perlu meninjau apa yang ada di depan
sesekali juga kita harus merenung apa yang ada nun jauh di hadapan
dan sekali kali jangan kita lupa untuk menoleh kebelakang melihat apa yang ditinggalkan
kerana hidup ini adalah perjalanan yang amat jauh
di atas satu garis lurus 180 darjah yang dinamakan garis kehidupan
…………..
ditulis oleh jeff pada satu malam yang mendatangi diri dengan satu kesedaran

