Aku dan Blog Ini

Asalamualaikum wbt.

Ini adalah catatan pertama. Dalam blog ini saya menulis kisah-kisah lama baik tentang diri sendiri, atau orang lain yang rapat dengan saya, atau juga senario yang mengelilingi diri saya.

Tidak dinafikan ada pendapat mengatakan bahawa sejarah itu sesuatu yang bosan. Akan tetapi tanyalah diri sendiri. Apabila bangun tidur apakah perkara yang pertama datang ke ruang fikirian (semasa otak masih mamai) ? Ya, perkara yang pertama sekali datang ialah tentang apa yang berlaku semalam.

Maka siapakah yang dapat lari dari mengenang dan menghayati kisah silam ? Dan kerana itulah kita telah diajar agar menghargai, mengingati, menginsafi pengalaman. Lalu dengan itu sejarah sentiasa menjadi antara perkara terindah dalam dunia. Atau setidak-tidaknya menjadi sebahagian dari perkara yang mengindahkan dunia.

Saya bukan sejarawan walaupun saya belajar dalam bidang sejarah dan pernah memohon untuk berkhidmat dengan Arkib (tetapi tak berjaya .. hmm). Tapi, sebagaimana kebanyakan sejarawan menilai sesuatu, saya akui bahawa cara saya berfikir dan melihat tentang masa depan adalah dengan cara menoleh kebelakang.

Lalu kerana itulah blog ini terhasil .. menulis tentang masa silam pada hari ini untuk renungan di masa depan ..

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: