Aku dan Diriku (Zaman Retro)

Saya dilahir dan dibesarkan di KL.  Budak bandar ? Itu istilah sahaja. Tidak besar sangat beza antara budak bandar dengan budak kampung. Sama nakal, penuh dengan sifat ingin tahu. Budak tetap budak. Yang beza cuma cara dan sifat.

Saya dilahirkan sekitar pertengahan tahun 1970-an. Zaman lagu disko dan seluar kaki besar @ ‘bell bottom’. Zaman di mana generasinya bercakap mengenai Charlie’s Angel dan Jaws. Lagu-lagu ABBA, Boney M, Alleycats, Sweet Charity menjadi siulan. Allahyarham Sudirman dan Mokhtar Dahari menjadi idola budak-budak kecil.

70s

Walaupun KL dah moden pada masa itu namun belum lagi menjadi kota metropolitan sepertimana sekarang.  Tiada LRT. Tiada MRR2. Tiada lebuhraya PLUS. Tiada bas Rapid KL. Tiada fly over di merata-rata tempat.  

Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga sederhana di Jalan Coales, Pudu. Rumah di mana saya tinggal itu sentiasa menjadi kenangan dan inspirasi kepada saya. Walaupun tidak lagi tinggal di situ ..

Masuk ke zaman remaja sekitar tahun 1980-an, hidup saya diwarnai pula dengan zaman Rock. Fesyen seluar ‘fit’. Sarat dengan macam-macam benda yang menjadikan hidup saya menarik.

‘Life goes on’. Zaman 70an dan 80an dah lama berlalu. Pada usia saya sekarang, saya telah berumah tangga. Mempunyai karier dan kehidupan sendiri.

Tapi terasa ada sedikit yang kurang. Saya ingin berbuat sesuatu ; menulis. Kerana saya ingin semua saat yang bernostalgia dalam hidup saya ‘ditawan’ di sini agar dapat diziarahi semula bila-bila masa.

sumber gambar :

http://www.viriatorock.com
http://www.hotmetalradio.com
http://www.epinions.com
http://www.ironmaiden.com
http://www.seattlest.com
http://shopping.news.ch

  1. Thanks for sharing such a pleasant opinion, paragraph is nice, thats
    why i have read it entirely

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: