Hidup ini Nostalgia dan Nostalgia itu Hidup

‘Hidup ini nostalgia dan nostalgia itu hidup’

nostalgia.jpg

 

 

 Nostalgia, kamus Cambridge :

” a feeling of pleasure and sometimes slight sadness at the same time as you think about things that happened in the past “

Ia kekal dalam ingatan dan akan sentiasa ada. Mungkin ia pergi seketika tetapi ia akan datang semula. Lagi kerap ia datang dan pergi lagi kuat kita mengingatinya. Masa silam akan sentiasa terasa seperti semalam. Kalau tidak rasa bagai semalam pun kita rasa ia masih segar dengan diri kita. Kita tahu bahawa ia sudah lama berlaku atau berlalu tetapi ia masih terlalu segar. Kita cuba nafikan atau cuba lupakan tetapi tak mampu. Ia kekal dalam kotak ingatan. Bawa ke mati.

Mana mungkin kau juga lupai. Yang terbaik kau boleh lakukan ialah cuba menyorokkannya. Dari siapa ? dari orang lain, itu mungkin. dari diri sendiri, tipulah. Cuba lupakan tapi kau takkan dapat lakukannya. Itu kerana Allah kurniakan keistimewaan pada otak manusia. Ada jutaan byte yang takkan hilangkan setiap file di dalamnya. Sampai mati.  Sebab itu nostalgia takkan hilang.

Aku hargai nostalgia. Mungkin ia tidak begitu manis tetapi mesti kita hargai. Apa yang menyebabkan aku menjadi diri ku hari ini adalah dengan izin Allah, dengan melalui rentetan hari-hari semalam yang adakalanya suka dan duka juga susah dan senang. Hari ini juga akan menjadi penyebab kepada apa yang akan berlaku di esok hari. Mana mungkin aku lupai.

Apa yang menyebabkan aku menjadi diri ku hari ini adalah dengan izin Allah, juga adalah dengan melalui hidup ini bersama insan-insan yang menjadi sebahagian dari hidupku. Mereka juga akan kekal jadi sebahagian dari nostalgiaku.

Nostalgia itu adalah anugerah Allah untuk buat kita tersenyum. Untuk kita menghela nafas lega. Untuk kau dan aku bersalam-salaman. Untuk aku dan dia bercumbu dengan masa indah kami berdua. Untuk aku dan mereka semua ketawa riang. Untuk si kecil mendengar cerita kita di hari tua. Untuk kita menitiskan sedikit airmata kerana rasa terharu. Dan untuk kita insafi dalam diri dan renung ke langit memohon keampunan Nya.

Untuk kita kenang-kenangkan. Maka biar aku tulis-tuliskan.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: