Apresiasi Terhadap Sejarah

Wujudkah manusia yang boleh hidup tanpa masa silam @ sejarah ?

envelope.jpg 

Mungkin ada orang boleh hidup tanpa mempedulikan sejarah. Tidak ambil kisah. Bagi sesetengah orang ‘history is dry’.  Mungkin kerana mereka membiarkan ia terjemur lama. Sejarah hanya akan ‘segar’ dan tidak ‘dry’ kalau dihayati. 

Sejarah yang ‘hidup’ pula adalah sejarah yang sentiasa dicari, ditemui dan diingati. Tidak dinafikan ada pendapat mengatakan bahawa sejarah itu sesuatu yang bosan. Akan tetapi tanyalah diri sendiri. Apabila bangun tidur apakah perkara yang pertama datang ke ruang fikirian (semasa otak masih mamai) ?

Biasanya, perkara yang pertama sekali datang ialah tentang apa yang berlaku semalam.

Tiada siapa yang dapat lari dari mengenang dan menghayati kisah silam ? Dan kerana itulah kita telah diajar agar menghargai, mengingati, menginsafi pengalaman. Lalu dengan itu sejarah sentiasa menjadi antara perkara terindah dalam dunia. Atau setidak-tidaknya menjadi sebahagian dari perkara yang mengindahkan dunia. Saya bukan sejarawan. Cuma saya belajar dalam bidang sejarah. Tapi, sebagaimana kebanyakan sejarawan menilai sesuatu, saya akui bahawa cara saya terpengaruh untuk berfikir dan melihat masa depan dengan menoleh kebelakang.

Andainya anda adalah individu yang meminati pencarian sejarah, di sini ada laman-laman web yang sesuai untuk dikunjungi. Dan apa salahnya juga kalau berkesempatan, mengunjungi tempat-tempat tersebut untuk ‘menikmati’ sejarah dengan lebih dekat.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: