Aidilfitri 2006 : Balik Kampung

20 Okt – Jumaat – Lepas solat

Kebanyakan orang dah mula demam raya. Lepas solat Jumaat tadi dah rasa mood lain macam. Walaupun raya ada 4 hari lagi. Tapi sebab hari ni last bekerja maka mood raya tu datang secara ‘natural’.  Acara wajib kat ofis (setiap kali raya eve) ialah staf-staf bersalam-salaman. Esok balik kampung. Cadangnya bergerak sebaik lepas subuh.

Selamat memandu mengikut had laju. Kepada orang-orang yang tak ingat dunia bila pegang stereng, tak ingat dunia pun tak apa asalkan ingat mati. Maaf Zahir Batin !

 

21hb Okt – Sabtu – 6.30 am :

Sememangnya telah dijangkakan, hari ini akan menjadi hari yang panjang. Perjalanan yang bermula seawal 6.30 pagi mengambil masa selama 15 jam untuk tiba ke destinasi di Pantai Timur. Namun itulah kebiasaannya tiap kali balik kampung (isteri). Bagaikan tidak lengkap kemeriahan balik raya jika tidak ada acara perarakan yang mengalahkan perarakan Hari Kemerdekaan.. atau nama sebenarnya ‘traffic jam’. Ahai.

Bermacam jenis kenderaan ada di atas jalan raya dengan bermacam-macam kategori perangai ‘true colours’ pemandunya, di antaranya : besar kepala, tamak haloba, panas baran, bodoh sombong, kurang hajar … macam macamm adaaaa. Tidak padan dengan suasana masih dalam berpuasa !

Tapi sebenarnya tidak sedikit juga pemandu yang memandu dengan sabar dan penuh kesantunan. Saya mengekori sebuah Honda Accord selama hampir 1 jam yang dinaiki sekumpulan anak muda LELAKI. Tidak nampak pun ada tanda-tanda kurang sabar. Saya kagum kat mereka.

Sedangkan ada yang memandu bersama anak kecil tapi pecut mengalahkan ERL … tak tahulah mungkin manusia begini amal hidupnya dah cukup banyak kut.

Selain itu ada sebiji Kelisa warna kelabu plat pendaftaran mula huruf B, dipandu lelaki dan penumpangnya dua wanita. Memotong kiri jalan hampir mencalar kereta saya. Bila dah berada di depan, dapat pula dilihat aksi romantis suap menyuap di tengahari bulan puasa..

Manusia mati kerana ajalnya dah sampai. Mati kerana cuai memandu atau akibat dibunuh, bezanya ialah cara kematian. Tapi bagaimana pula kalau seorang yang dah berusaha memandu dengan hati-hati tetapi mati juga sebab kena rempuh dengan kereta lain yang dipandu oleh seorang mamat yang berperangai setan ? 

Tapi apa pun, kami sekeluarga enjoy 15 jam atas jalan dengan cara kami tersendiri. Alangkah indahnya pulang berhari raya dengan ketibaan yang selamat. Walaupun penat segala tulang dan urat namun hati puas kerana semuanya selamat. Alhamdulillah.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: