Aidilfitri 2006 : Subuh Lagi Dah Raya

24 hb Okt – Selasa – 6.30 am

Selain dari bangun awal dan mandi sunat Aidil Fitri, apa lagi yang sangat menarik pada waktu subuh pagi raya ?

Ya, ini la part yang best nak saya tulis .. jika orang lain mula beraya di Pagi Raya, tapi di kampung isteri saya ni bermula dari Subuh lagi. Tradisi ini jarang dibuat di tempat lain. Kebiasaannya ayah mertua saya akan menjemput mereka yang bersolat subuh jemaah di masjid terus singgah ke rumah dia. Para tetamu akan dihidangkan dengan juadah raya seawal waktu itu.

Kali ini menu untuk hari raya pertama ialah Nasi Dagang. Bukan sesuatu yang menghairankan kerana orang-orang di sini sudah biasa dengan sarapan pagi yang berat pada awal-awal pagi lagi.

Dari segi lain, tradisi ini bagus juga untuk sanak saudara yang balik ke rumah mertua saya tu. Tiada peluang untuk diorang bangun lambat di pagi raya kerana kena bangun seawal 4.00 pagi untuk buat persiapan. Kalau ada pun yang masih berat mata nak bangun, apabila tetamu sampai dengan suasana hingar bingar ceria di pagi raya … tiada lagi yang berbungkus dengan selimut.

… dan Nasi Dagang tu memang best. Chef yang bertanggungjawab memasaknya ialah Kak Julie (kakak ipar saya) dan dibantu juga oleh adik beradik dan iparnya termasuk isteri saya. Sapa nak order boleh hantar email kat saya. 

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: