Aidilfitri 2006 : Selamat Kembali

30hb Okt – Isnin – 8.00am 

7 hari beraya ! Pejam celik dah abis .. masa untuk balik semula ke Putrajaya. Tapi cuti raya ni satu breakaway amat melegakan. Melega + Meriangkan. Worth it !

Bertolak meninggalkan Pasir Mas jam 8.00 pagi. Perjalanan sungguh tenang tanpa pameran kenderaan yang tidak bergerak di jalan raya .. heheh. Ini kerana ramai yang telah menyertai pameran itu tersebut pada hari Ahad. Adik ipar saya abis 4 jam bergerak dari Pasir Mas ke Machang. Lalu dia patah balik ke rumah dan sambung makan kuih raya.

Ops Sikap masih belum tamat lagi, walaupun pandu ikut hadlaju tapi sambil tu bimbang juga terhadap saman RM300, manalah tahu kut kut tersilap tekan minyak…

Anak saya tido dari Kuala Krai dan hanya terjaga setelah sampai di Bentong. Wife saya pun apa kurang nya .. kekeke. Jangan marah ayang. Rehat sebentar di McD kat Genting Sempah. Tiba di kotaraya KL jam 3 petang. Sambung perjalanan terus ke rumah mak abah saya di Cheras. Singgah beraya katsitu.

Alhamdulillah. Saya sekeluarga telah mendarat semula di Putrajaya dengan selamatnya. Mari kita sambung raya kat sini pulak. Nak buat list pegi open house kekawan …. huray !

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: