Bagi Mereka Yang Amat Memerlukan Rezeki-Nya ..

November 2006 .. Few days ago

Saya terima satu panggilan telefon dari utara tanahair. Pemanggil ini memberitahu saya bahawa semasa pulang ke rumahnya di kampung (cuti raya) baru-baru ini dia telah membuka sepucuk surat ; job appointment. Malangnya tarikh melapor diri telah lama berlalu iaitu kira-kira tiga bulan lepas.

Saya bertanya. Mengapa begitu lama tidak siapa yang tahu surat itu tiba di rumah saudara? Katanya, tiada sesiapa lagi yang tinggal di sana. Emak dan ayahnya telah kembali ke rahmatullah kira-kira 5 tahun yang lalu. Selepas itu, dia sebagai abang meneruskan tugas menyara keluarga sehinggalah adiknya bertemu jodoh 2 tahun kemudian. Semenjak itu dia tinggal seorang diri dan mengambil keputusan berhijrah ke kota.

Setelah berhijrah berbagai-bagai kerja dipohonnya. Tanpa disedarinya, dia juga telah berjaya dalam permohonan ke satu pekerjaan yang lebih menjamin masa depannya berbanding kerja sambilan yang sedang dilakukannya sekarang. Namun surat tawaran itu telah tiba di rumahnya tanpa diketahui sesiapa.. hinggalah dia tergerak hati ingin balik ke rumah yang sudah tiada sesiapa itu baru-baru ini. Perasaannya bercelaru. Dia gembira tetapi kecewa kerana peluang untuk mendapatkan pekerjaan itu telah terlepas dari genggamannya.

Lalu dia menghubungi jabatan yang mengeluarkan surat itu. Dia dinasihatkan agar menghubungi pula jabatan di mana saya bertugas ; yang bertanggungjawab ke atas urusan sebegini. Saya cadangkan, kalau dia ada masa .. datanglah ke jabatan yang mengeluarkan tawaran itu dan sekiranya masih ada kekosongan .. tidak ada masalah bagi kami menguruskan pelantikannya, Insya Allah.

Dia datang keesokan harinya. Jabatan yang mengeluarkan tawaran bekerja kepadanya mengesahkan masih ada ‘vacancy’ kerana belum ada calon lain menggantikan tempat yang tidak diisinya. Kemudian dia diarah melaporkan diri serta merta. Sebelum itu dia singgah ke Jabatan tempat saya bertugas untuk menguruskan hal-hal berhubung penerimaan kerja itu.

Pada air mukanya … saya melihat kegembiraan + kesyahduan seorang insan yang begitu bersyukur kepada Allah SWT di atas rezeki yang dikurniakan-Nya..

Nota : semasa menulis ini .. di luar sana petir sabung-menyabung..  saya insafi kebesaran-Nya. kalau Dia mentakdirkan rezeki untuk hamba-Nya tidaklah kemana jua, begitu juga kalau ditakdirkanNya ujian buat kita …

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: