Peel Road : Zul Sate, Sup Kambing @ Queen’s Hotel

Jalan-jalan cari makan di Peel Road pada akhir tahun 1970-an ? Tempat yang akan dicadangkan sudah tentunya Zul Sate di depan Shell dan sup kambing depan Queen’s Hotel.

Agak selalu juga abah  membawa saya membeli sup kambing dan sate kat situ. Saya masih dapat mengingati periuk besar yang digunakan oleh mamak yang menjual sup itu. Bentuknya macam belanga tetapi dibuat dari aluminium. Berasap-asap bila tudung periuk dibuka untuk mencedok sup..

Bangunan Queen’s Hotel masih ada tapi tidak pasti pula kalau-kalau hotel itu masih beroperasi. Di depan bangunan itu kini adalah kondo + Carefour dan di seberang simpang empat pula adalah medan lapang yang menjadi tempat di mana program realiti Rock Unite dipentaskan.

Manakala Zul Sate juga sudah lama tidak lagi beroperasi di depan Shell. Dengar khabarnya, gerai sate di hadapan padang Sekolah Rendah Convent sekarang adalah mewarisi perniagaan Zul Sate. Saya masih ingat lagi, gerai Zul Sate terletak di kawasan kaki lima dan pokok-pokok kecil di depan Shell (gambar).

Stesen Shell Jalan Peel sekarang

Saya masih merindui suasana malam di gerai-gerai makan Peel Road dan Queen’s Hotel … terutamanya sup kambing🙂

    • hishamharum
    • 24 Julai 2010

    Ya jeff, saya pun begitu juga. Actually, banyak lagi makanan yang disaji di sekitar kawasan Queens Hotel, off Jalan Peel. Apam Balik was another favourite of mine. Orangnya had a very pleasant look dan “gerai” nya berupa basikal yang simple aje.
    Sadly, semuanya dah tiada lagi. And Zul’s satay today does not taste the same like before Jeff. : (
    Saya dulu tinggal dekat dengan kawasan Queens Hotel. Dan lebih kurang enam bulan dulu melawat tempat ini untuk mengimbas kembali suasana dan cuba mendapat ambience dulu, tapi dah tak de lagi…. Well, time flies and things change.
    Hope to hear from you and we can compare down-memory-lane notes ya Jeff.

  1. Salam.

    rasanya … yang jual apam balik tu, bukan ke yg sama menjual dekat pasar pagi (sebelah church) di jalan menuju ke madrasah / sekolah agama ? apam balik nipis rangup ? was that the one … ?

    btw, 6 bulan dulu datang melawat Queen’s .. so, where were you all the while ? tak lagi tinggal di KL agaknya ?

    • Hizwani
    • 22 Mac 2015

    Hari ini sengaja saya google untuk Satay Jalan Peel. Saya ingat masa kecil hujung 70an ke situ. Semalam terfikir, agaknya ada lagi tak. Anak Zul Satay tu rakan satu kelas dengan saya masa darjah 6. Ingin juga nak cari dia. Allahu ‘alam.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: