Rumah di Jalan Coales

Sebagai anak KL saya percaya Jalan Cochrane, Jalan Peel, Jalan Coales dan Jalan Pasar (Pudu) adalah kawasan yang satu ketika dulu amat mendamaikan. One of the best place in KL. Tapi dulu lah … sekarang hampir separuh kawasan tersebut telah berubah wajah akibat arus pembangunan.

Rumah (1970’s) di mana saya dilahir dan dibesarkan masih ada sekarang. Kalau tak silap alamatnya ialah no. 20, Jalan Coales. Orang kata tempat jatuh lagi kan dikenang .. kerana itu saya sering juga meluangkan beberapa minit masa saya, untuk singgah menziarah rumah itu jika saya ada urusan di KL atau kebetulannya melalui jalan-jalan di kawasan Maluri, Pudu atau Kampong Pandan. Tapi saya hanya menziarahinya dari luar sahaja kerana saya tak mengenali penghuni yang tinggal di sana sekarang (didiami entah siapa agaknya).

Rumah kuarters semi-D berhalaman rumput hijau luas itu masih dalam keadaan baik. Andai semasa saya ‘menziarahi’ rumah itu, nostalgia menjadi ‘berat’ di hati dan ingatan maka saya akan ‘park’ kereta agak tidak berapa jauh dan memerhatikan rumah itu. Sambil itu saya mulalah melayan perasaan mengingati kisah-kisah silam semasa kecil. Memang rumah itu menghadirkan seribu kenangan..

Antara yang saya ingati adalah taman permainan yang menjadi tempat saya bermain di wakti petang. Ada kerangka kereta kebal yang dibina untuk dipanjat oleh kanak-kanak. Pada malam-malam bulan puasa kereta kebal itu menjadi tempat budak-budak bermain mercun roket yang ditembak melalui meriamnya.

Juga, padang kecil di halaman kuarters Pak Imam Masjid Alam Shah. Kini telah didirikan bangunan apartmen dan blok kedai / bank. Di situlah tempat saya bermain bola tak kira panas atau hujan. Saya masih ingat sorang kawan yang lebih tua dari saya tapi lupa namanya .. dia agak nakal dan kuat juga membuli kami yang lebih kecil semasa bermain bola, walaupun pada waktu lain dia bersikap baik. Heheh macam cerita ‘Buli’ je. Tapi saya tak dendam pun .. biasalah zaman budak-budak.

… suatu hari nanti saya berharap mendapat izin dari tuan rumah yang menghuninya sekarang untuk singgah menjenguk ke dalam rumah itu .. Insya Allah.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: