The Joy Nursery Kindergarten

1979.. 

Setelah usia saya mencecah enam tahun, saya mula mengenali alam pra-sekolah. Saya bersyukur kerana masih dapat ‘melihat’ hari pertama bersekolah dalam ingatan.

Yang jelas saya ingati malah sentiasa terdengar-dengar di ingatan ialah pekik tangis kawan-kawan saya memanggil ibu bapa mereka yang menunggu di luar. Saya ? Saya tak menangis. Bukan sebab saya tak takut tetapi saya berada dalam situasi yang membingungkan. Saya tak tahu apa nak buat. Nak menangis ke atau tanak menangis. Mungkin kerana saya dapat lihat mak kat tepi tingkap maka saya boleh kontrol kut.

Tapi apa-apa hal pun, saya berasa amat bangga kerana tak menangis .. hehe.

Tadika itu ialah Joy Nursery Kindergarten di Jalan Peel. Itulah tadika saya mula-mula bersekolah dulu. Tadika tu dah tak da lagi sekarang. Dah lama dirobohkan. Tapaknya ialah di sebelah SRK Convent Jalan Peel sekarang. Kalau tak silap ada gerai sate di situ sekarang.

Pergi sekolah berjalan kaki dihantar oleh emak saya. Balik sekolah juga sama. Apartment yang tersergam di hadapan SRK Convent Jalan Peel sekarang, dahulunya
 adalah deretan kuarters dua tingkat semi-detach senibina ala Inggeris. Di antara rumah-rumah itu dahulu, itulah laluan jalanraya saya berulang alik antara rumah dan kindergarten.

Sayang sekali sekolah itu dah tiada lagi… kalau tidak mungkin saya boleh melihat anak-anak kecil berseragam kuning coklat bermain-main sambil belajar di situ sambil mengimbau ingatan yang mengusik kalbu ..

    • hishamharum
    • 24 Julai 2010

    Ah yes, so you did go to Joy Nursery Kindergarten! Please read my comments in one of your sub-headings. I am consumed with a heavy heart as well when I think back on these days. Even as I type this, my eyes are a little bit watery. haha!
    Jeff, I hope life has treated you kind. Eventhough I don’t know you, I feel a certain bond through the places we have been, the roads we have trodden, and wooden tables and chairs we have occupied.
    Thanks for offering this place that has allowed me to air my “kerinduan” of the past.

  1. Dear hisham. Salam

    thank you for reading .. nothing that i could write in return ..

    but reading your comments; a soft sentimental feeling slowly stab into my heart. as you said, pain and beautiful in the same time🙂

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: