Kamelia – Belaian Jiwa – Rindu Bayangan – Kereta Merah

Awal 1980-an..

Semasa kecil, setiap orang ada banyak masa untuk buat bermacam-macam benda yang tak terkira pula seronoknya. Bukan macam sekarang (bila dah kerja) … banyak benda perlu dibuat dalam satu masa dan kalau tak seronok pun kenalah buat juga.

Ketika saya berumur 6 tahun, salah satu benda yang paling syok dilakukan ialah bermain radio transistor Pak Uda saya (semasa dia tiada di rumah – pergi kerja). Saya tuliskan ‘bermain radio’ sebab biasanya emak akan meninggikan suaranya ..

” jangan dimain radio Pak Uda tuuuuu, rosak karanggg ” ..

Biasanya saya akan memasang radio itu dengan kuat sambil berbaring terlentang atau meniarap atau mengadapnya. Sambil tu juga saya bernyanyi-nyanyi atau bermain dengan alat permainan yang lain. Radio transistor itu ada ‘sentimental value’ dan saya amat menghargai pengalaman yang saya dapat melalui radio itu.

Pengalaman apa ? Radio itulah yang memperkenalkan saya kepada (i) muzik dan (ii) kugiran ; atau kumpulan gitar rancak. Berbagai-bagai jenis kugiran telah pun muncul dan hebat pada masa itu. Fenomena kugiran inilah yang kemudiannya mencetuskan zaman Rock pada 1980-an.

Sweet Charity ; 1970-an to 1986

 http://ourstory.asia1.com.sg/days/date.html

‘Kamelia’ adalah antara lagu-lagu yang terawal saya kenali yang dinyanyikan oleh Ramli Sarip dan Sweet Charity. Selain itu, pada masa itu Sweet Charity juga popular dengan ‘Jangan Tunggu Lama Lama’. Saya tak kenal rupa mahupun nama Ramli Sarip atau Sweet Charity pada masa itu, hanya lagu-lagunya sahaja. Tidak ketinggalan juga kumpulan Flybaits (yang namanya langsung tidak lekat dan hanya diketahui setelah bersekolah).

Akan tetapi, terbalik pula halnya dengan Carefree. Saya kenal nama Carefree juga sebagai band yang menyanyikan lagu Rindu Bayangan tetapi .. dah besar sikit (sekolah) baru la saya tahu Jay Jay tu penyanyi Carefree .. hmm ?

Pada masa itu, hobi mendengar lagu memang sungguh menarik terutamanya bila hari Ahad apabila disiarkan Lagu Popular Minggu Ini (LPMI). Sapa ya deejay masa tu ?

Selain dari LPMI, ada satu lagi program radio (juga hari Ahad) iaitu program untuk belajar dan menyanyi lagu kanak-kanak. Hos nya kalau saya tak silap .. Kak Yong ?  Setiap kali program itu ke udara, saya pasti bersedia dengan pensel dan buku untuk menyalin lagu yang diajar. Dan lagu yang saya tak pernah lupa semenjak belajar terus dari radio masa tu hinggalah sekarang ialah ‘Kereta Merah’ .. liriknya :
 

Papa ku pulang dari kota
Papa ku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh ku bawa ke sekolah

Pon Pon Pon Pon Pon Pon Pon Pon Pon
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh ku bawa jumpa nenek

.. kalau zaman ini, anak-anak kecil menonton program TV atau Astro atau CD hingga terlelap, tapi di zaman itu pula mendengar radio hingga tertidur adalah lumrah …😀

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: