Ohhh Mencheche ..

Malam tadi saya menonton Seniman Bujang Lapok di tv. Antara kesemua filem siri Bujang Lapok, filem Seniman Bujang Lapok paling saya minati. Walau sudah ditonton untuk kali yang entah ke berapa ratus namun masih tak kering gusi dibuatnya. Itu kenyataan yang dipersetujui semua orang mengenai hasil seni P.Ramlee.

Namun, semalam saya tertarik dengan satu adegan yang mungkin tidak saya hayati sepenuhnya sebelum ini. Itu menjadikan filem lama ini seakan-akan ‘masih baru’ kepada saya. Adegan yang saya maksudkan adalah ketika Ramlee, Sudin dan Aziz bertemu dengan watak tuan Singh yang bertugas sebagai ‘jaga’ di studio Jalan Ampas. Dalam adegan itu, Sudin telah bertanyakan soalan kepada tuan Singh dalam nada kurang sopan, lalu kemudiannya di’bahasa’kan oleh jaga itu. Kata tuan Singh …

“Apa panggil woi woi .. cakap baik-baik tak boleh ka ? Apa lu ingat saya sini duduk serupa batu ka ?”

Seterusnya, setelah mereka di bawa masuk berjumpa Kemat Hassan, Singh mem’bahasa’kan pula seorang lelaki yang memperkecil-kecilkan hasrat Ramlee, Aziz dan Sudin yang ingin mencari kerja.

Kata tuan Singh lagi … “itu diorang baru mau cari kerja lu sudah marah .. apa macam lu punya bangsa mau maju ? lu punya rezeki lu makan, dia punya rezeki dia makan, apa salah lu makan sama sama ?”

Hmm .. ? Tan Sri P. Ramlee telah mengetengahkan satu aliran pemikiran  yang mendahului zamannya. Isu sosial seperti irihati dan hasad dengki yang telah wujud pada masa itu, hingga kini masih relevan untuk diperkatakan.

Itulah salah satu ‘kecantikan’ filem Allahyarham🙂

Dan juga, saya terjumpa satu gambar di web lain tentang adegan ketika Ramlee dan Aziz telah bersedia untuk ‘screen test’ bersama Director Ahmad Nisfu bersama Manager Kemat Hassan. Menariknya, dalam gambar ini Aziz belum di-make-up-kan dengan bedak (seperti tepung gomak) dan Ramlee belum memakai misai. Mungkin gambar dirakamkan semasa ‘rehersal’ ..

seniman bujang lapok

http://www.p-ramlee.com/

Kesimpulan untuk tulisan kali ini, tak salah rasanya kalau kata-kata (mesej) tuan Singh itu dipraktikkan dalam pengurusan kerja atau dipetik sebagai ungkapan motivasi dalam ucapan ? mungkin juga dalam mesyuarat ? 😀

  1. Hmm..saya pun tak perasan lah dialog singh tu…penuh bermakna ayat tu..

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: