Keseronokan Darjah Satu

Apa yang seronok sangat nak pergi sekolah ? Kalau difikirkan, bukan sedikit cabaran nak pergi sekolah tiap-tiap pagi. Nak bangun tidur – mamai dan mengantuk. Nak mandi pagi – air punyalah sejuk. Lagipun, saya sendiri memang ada satu perangai ‘waswas’ sebelum nak keluar rumah … terfikir-fikir dalam kepala ; ada ke apa apa kerja sekolah yang terlupa nak dibuat semalam ? betul ke saya bawa buku ikut jadual waktu hari ni ? tak lambat sampai ke sekolah ke pagi ni ? ishhh macam-macam lagi le. Rimas betul. Bagaikan trauma nak pergi sekolah.

Tapi semacam ada satu kuasa yang menghilangkan semua masalah dan kerisauan itu tatkala sampai di pagar sekolah … iaitu perasaan nak jumpa kekawan dan nak main apa pula pada hari itu.

Itulah keajaiban tentang seronoknya pergi ke sekolah😀

Saya masuk Darjah Satu (1980). Zaman pakai baju putih dan seluar pendek warna biru. Saya masuk SRK Jalan Pasar 1, Pudu. Sekolah yang mempunyai seluas-luas padang sekolah pada anggapan saya di ketika itu. Sekolah itu hanya untuk budak lelaki sahaja. Bersebelahan sekolah itu adalah SK Jalan Pasar yang menerima budak lelaki dan juga budak perempuan. Di sekitar perkarangan sekolah itu dahulunya terdapat banyak pokok besar yang tinggi mencecah ketinggian bangunan 4 tingkat dengan daun yang merimbun dan sangat selesa dibuat tempat berteduh. Kini saya dapati beberapa lokasi pokok besar telah pun dibina bangunan tambahan.

Sudah jadi resam budak kecil, bermain di waktu rehat adalah aktiviti yang sangat ditunggu-tunggu. Seingat saya tak ada apa sangat yang saya main semasa Darjah Satu. Masa rehat hanya dihabiskan di kantin untuk makan dan minum bekalan yang emak buatkan. Kalau ada masa selepas makan, saya hanya melihat budak-budak yang lebih besar bermain-main.

Kemuncak di Darjah Satu adalah masa peperiksaan akhir tahun selesai dijalankan. Lepas periksa. Cikgu bagi kebenaran kepada bebudak Darjah Satu (Dua dan Tiga juga) bawa apa-apa permainan kegemaran sendiri selama beberapa minggu sebelum cuti sekolah akhir tahun bermula.Tu yang best tuuu heheehe. Mainan yang paling banyak dibawa budak-budak masa tu (termasuk saya) ialah askar kecil (toy soldier) .. apa lagi kalau bukan disebabkan pengaruh siri ‘Combat’ .. starring Vic Morrow ! Ohya masa tu siri ‘CHiPs'(Erik Estrada) pun menjadi tontonan ramai bebudak Darjah Satu.

Bila dah masuk Darjah Dua dan Darjah-Darjah yang seterusnya, masa sedikit demi sedikit memberi perkembangan kepada otak. Masa terluang di waktu rehat diceriakan dengan bermacam-macam jenis permainan yang saya dah reti. Paling menarik ialah main kejar-kejar, ada dua jenis ..

  • “Polis sentri one two jaga .. polis mati pencuri jaga” – dua kumpulan besar ; polis-polis mengejar geng pencuri – ditangkap dan disumbatkan ke satu ‘station’ yang diistilahkan ‘masuk rumah’. Baki kumpulan pencuri akan cuba selamatkan gengnya yang diistilahkan sebagai ‘kena save’ – jika berjaya menepuk tangan ke badan kawan2nya di ‘rumah’ polis.
  • “Whose shoe is a dirty shoe, please go back and clean your dirty shoe and come back to your school” ; main kejar-kejar .. sapa kena dia jadi.
  • Lawan tepuk terup .. tepuk terup di tapak tangan, kalau dua-dua telangkup jadi milik kita.
  • Main terup kapal terbang, kapal navy, kereta kebal, kereta lumba, terup donkey, terup happy family..
  • Main guli (guli kecil dan juga guli besar warna putih)

Bila dah besar sikit, cuba permainan lain pula ..

  • Main tiang ; sorang jadi monyet di tengah dan cuba merebut salah satu tiang di 4 penjuru yang terlepas dari kawalan budak lain.
  • Konda kondi .. korek lubang + satu kayu pendek + satu kayu panjang
  • Galah panjang .. lesap @ lepaskan diri sempadan yang dikawal pihak lawan
  • Tudung oren .. lima tudung oren dituju dan ditimbang untuk pungutan mata

Bebudak hari ni dah tak main lagi benda2 ni. Diorang main play station. Tapi di zaman itu, itulah jawapannya tentang persoalan apa yang seronok sangat dibuat kat sekolah.

Bila loceng abis sekolah berbunyi, semua budak berebut2 berlari keluar dari kelas dan pagar sekolah. Tunggu bas dan balik umah. Sampai rumah .. mandi .. makan nasik (fuh lapar giler) .. dan … zzzz

  1. Memang nostalgia betul main polis sentri etc…ini mainan kanak-kanak 70an. Ramai kawan, exercise lagi. Kalau ketawa tak hingat dunia. Budak sekarang main game PS, jari-jemari yang exercise.

  2. umik, thx .. 1st comment, ada hadiah (nanti kita runding)😀

    PS : jom main polisentri ramai-ramai kat putrajaya .. tanah luas secukupnya nak lari mana pun boley

  3. mmg best time darjah 1..aku slalu kne buli..hehe

  4. tq tq…jeff ko org mne??

  5. aku asal KL. skrg di putrajaya. terima kasih krn dtg ke blog aku ni😀

    • Noel
    • 10 Januari 2007

    Saya ingat lagi Darjah 5 dan 6 kami main bola ‘cop’ pakai bola tenis bantai siapa siapa. Saya ni Darjah 1 sampai 6 kat La Salle Jalan Peel …

    Fui seronoklah blog ni! Kenangan manis tak henti-henti!

    • ariel
    • 1 November 2007

    jeff,aku pung pnh study kt SRK Jln Pasar,tahun 1990-1995,pastuh ikot ayah posting Melaka.Ko mmg btul ttg padang yg luas gler tuh.Dewan skolah pun besar gler.It was tehe best school ever.Actually ada byk sgt memories such klinik gigi,then cinema show kat dewan (byr 50sen), school 2 session…byk lagilah.Yg betul2 best bile semua kwn2 boys ajer.Apalagi bergasak,berlari, most everything GANAS..Kecil2 kan kita mcm malu2 ngan girls….
    SRK JLN PASAR….thanks for made me into who i am now…
    Especially to Cikgu Mustapha n Ms Shereen…
    Thanks zillion….

    —-

    salam ariel

    kat padang besar tu, kalau kena denda kutip kemuncup .. alamatnya memang menyumpah seranah dalam hati. punya lah luas tu kena kutip kemuncup !! dewan tu pulak … err, bukan berhantu ke? hehehe

    klinik gigi, cinema show etc. thanks for the ‘additional chapters’ that i did not mentioned here ..🙂

    and so true, memang ganaz. all boys school lah kata kan. nasib baik sekolah rendah takda rugby dulu, hahaha

    tapi betul kau kata, dengan budak pompuan (sekolah sebelah) alaahhhai kita jadi macam tak bertulang, malu punya pasal padahal ada hati nak mengorat haha ….

    -jeff-

    • ayu
    • 19 Julai 2008

    hmm… aku dah tak igat dah zm kecil dulu… skrg ni tgh tension.. korg tau tak asal konda kondi tu kat mana??? reply me pls….

  6. warghhh!!!
    gile rindu kt skolah ni!!!!
    ape dah jd skg ngn jln psr?
    dah gabung ngn sk jln pasar eh??
    dr darjah 1-6 xpnh aku msk class lain..
    balik2 Bijak..Bijak…Bijak…Bijak….Bijak………..Bijak!!!!!
    nk masuk class Arif xdpt!!!hmphhh! :p

    ——–

    rindu ke bro. haha, pegi la tengok sendiri .. dah tak sama dah dengan dulu

    -jeff-

    • hishamharum
    • 24 Julai 2010

    Jeff, I went to Pasar Road English School 1 as well. And I attended Joy Nursery Kindergarten before that – yellow uniform with brown stick on tie, I think. Those were such good years. Did you also go to Joy Nursery? I really miss those years. And I remember a game they used to play: running around the stretch of tables with a ruler for a baton, to pass to the next person after we circled the tables. I also recall the smell of my sweet rubber which I would buy often and smell. It came in pink and purple and a few other colours and had a distinct groove pattern. They were wrapped in plastic for us to tear up and use. And I remember the then very cool-looking pencil sharperner. You just put your pencil in (or the teacher would do it for you) and it would mechanically sharpen your pencils until they were sooooooo sharp and pointy. Those were the days at Joy.
    In PRES 1, I was one of those who would be asked to sing. And I think I even went once to the tiny announcement room to sing! Haha! My friends and I were involved in concerts, and plays. I was a school team runner as well. Very active, but not too good on the academic side. Not a natural studious person – I had to be pushed.
    I also remember our tuck shop and the variety of food it had there, and the hawkers outside our school which I would visit before and after school. And the stensil and chemical smells from our printing room; our little bookshop somewhere near the staff room which also sold our school badges which I often lost.
    And then there was the assembly section where we would sing; “Duli, yang maha mulia, selamat di atas tahta, …. ending in Duli, yang maha muliaaaaaa”
    As for the teachers, some of my favourites were Cikgu Rusiah, Cikgu Aziz, Mrs Chong…
    I didn’t like maths teacher Ms Au. She wasn’t nice to me.
    I took an orange school bus to school….
    What do you remember of this time so long ago?

    ————

    Dear Hisham

    when you wrote that you sang that song and you went to school by an orange bus, i supposed we are in different time but still, in the same era (80’s, probably ?).

    yet, we came from the same school. PRES 1 ; in my time it was pronounced in short as PASAROAD .. well, you have added more things that i did not mentioned; the bookshop and the stencil smell, especially ..

    nope.. i shouldnt write to long ….
    lets just sit back and enjoy the ride in our memory lane. thanks for visiting.

    -jeff-

  1. 12 Januari 2007

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: