Mengadap Guru Besar ..

Darjah Satu – 1980.

Saya sebenarnya tergolong dalam kategori budak baik .. err (ye ke?). Tapi seingat saya camtu la. Sebab tak pernah kena ‘mark’ dengan mana-mana cikgu. Lagipun masa Darjah Enam dapat jadi Pengawas apa. Kalau nakal mana dapat (mengangkat bakul la pulak).

Apa pun, yang nak diceritakan sebenarnya ialah, saya pernah mengadap Guru Besar. Kes apa ? Mmm .. kes gaduh. Bunyi cam berat je tapi bukannya bertumbuk. Tolak menolak je.

Sebenarnya bukan disengajakan pun. Asalnya tengah main-main. Masa tu balik sekolah dan sedang menunggu bas. Apa lagi ..masa untuk mainnn lagi la. Darjah Satu ni, apa yang dimain tu memang pelik sikit la. Maklum la, peralihan dari zaman tadika ke zaman budak sekolah le katakan. Yang saya ingat masa tu, main hantu. Tak ke pelik, tengahari buta main hantu?

Jadi.. ada la sorang budak ni. Ingat lagi saya, namanya Shiranjit Singh. Shiranjit ni ada baju hujan warna kuning. Di masa itu, itulah baju hujan fesyen baru. Dia pun pakai la baju hujan tu dan jadi hantu. Nak menambahkan lagi masalah, ada la pulak sebuah lori ‘pikap’ kat tepi jalan. Kitorang lari dan panjat belakang pikap tu. Shiranjit ni dengan bersungguh-sungguh mengejar kami dan naik juga kat belakang pikap. Kitorang terjun. Dia terjun. Kitorang panjat balik. Dia panjat balik. Rasa bodoh la pulak main cam gitu.

Last-last … saya sudah kena tangkap dengan Shiranjit la. Mau lari punya pasal saya meronta-ronta dan merentap-rentap di sana sini. Tiba-tiba bunyi kain tercarik. Baju hujan dia sudah koyak laaaa. Mati aku, dalam hati saya.

Berlaku la pertengkaran kecil dan tolak menolak antara saya dengan Shiranjit. Akhirnya dia mengancam akan memberitahu kejadian itu kepada emaknya (biasalah tu) ..”aku kasi tau sama aku punya ammaa” .. ayat lazim bebudak bila bergaduh. Balik umah .. saya tak cakap apa-apa pun kat abah dan emak.

Esoknya tiba-tiba ada sorang Pengawas panggil saya kat kelas. Berderau darah. Sejuk menggigil rasa badan. Saya tak tanya apa-apapun.”Ikut saya!” katanya. Tengok-tengok dibawanya saya berjalan menuju ke arah pejabat sekolah. Ahhh, mati la kali ni.

Masuk kat pejabat sekolah tu. Dengan kipas berpusing slow pun saya dah menggigil sejuk. Memang terasa ada getaran kuat pada lutut saya di kedua-dua belah. Tengok-tengok pulak Shiranjit pun ada sama. Rupa-rupanya dia punya bapa sudah telefon sama Guru Besar (GB) la.

Saya pun disoal oleh GB. Sambil tu mata saya tak berkelip tengok rotan yang tergantung kat almari dia. Mula la berair mata. Akhirnya saya dapat juga ceritakan yang sebenarnya pada GB. Tapi, dia masih marah juga pada saya dan Shiranjit.

Akhirnya, satu penyelesaian dicapai. Untuk saya, GB suruh saya beritahu pada ibubapa saya tentang kesalahan yang saya dah buat dan minta kebenaran untuk potong duit belanja ganti separuh harga baju hujan Shiranjit. Saya dikira salah la tu. Saya rasa tak adil la jugak. Tapi balik rumah saya terpaksa mengaku kat emak dan abah akan hukuman yang diterima.

Dipendekkan cerita,abah pula call GB dan berbincang untuk mendapat gambaran sebanar. Maka lepas tu mulalah saya dipotong duit belanja.

Tak lama lepas tu, satu petang abah bawa saya keluar ke KL. Pasaraya Mun Long rasanya. Abah tak cakap apa pun. Abah pilih dua baju ujan. Satu warna kuning dan satu lagi dia suruh saya pilih. Saya pilih warna kelabu (sebab saya dah jatuh benci kat baju hujan kuning.. hmmm).

Sampai di rumah, abah cakap kat saya yang baju hujan kuning tu bagi kat GB (Shiranjit punya lah tu kut). Manakala baju hujan satu kagi tu saya punya. Duit belanja yang dipotong beberapa hari tu saya dapat balik dan masuk tabung..

Potong duit belanja tu rupa-rupanya cuma untuk pengajaran supaya saya sedar akibat dari kesalahan yang saya buat …. Dan sebagai ganjaran selepas diberi hukuman, hadiahnya saya dapat baju hujan. setelah dewasa, bila mengingati peristiwa ini saya rasa nilai psikologi yang diterima melalui pengalaman ini amatlah bermakna.

Terima Kasih Abah. Sorry Shiranjit.

GB ? Dia meninggal dunia selepas kejadian tu masa saya masih Darjah Satu lagi.
 

  1. salam perkenalan sdr jaffri. Kagum dengan ingatan sdr di masa lalu, darjah satu pulak tu. Saya tak banyak ingatan di sekolah rendah. mungkin krn x menyukainya, memori sy masa itu dipadamkan. Atau disorokkan?

  2. terima kasih ariyatna. salam perkenalan 🙂
    sungguh kebetulan ; baru semalam saya menziarah hikayat daluwarsa agung tetapi belum sempat meninggalkan comment .. kerana jenuh memikirkan ayat yang sepadan dengan tahap sastera saudari tu. saya akan ke situ lagi ..

  3. aku penah kena lempang dengan guru besar….
    sebab main ping pong dalam kelas…

    tapik tu tamparan manja la…
    sebab guru besar tak berani tampar betul2…
    aku pelajar kesayangan sekolah… haha

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan komen