Mula Mengenali Muzik Rock

1983

Latar masa entri ini berlaku ketika saya di darjah empat. Dalam entri bertajuk ‘Kamelia, Belaian Jiwa, Rindu Bayangan, Kereta Merah’ sebelum ini, ada ditulis mengenai bibit-bibit awal tarikan muzik rock terhadap diri saya. Di sini saya nak tulis pula tentang pengalaman bagaimana muzik ‘rock’ telah menakluki jiwa saya.

Semasa cuti sekolah, saya sekeluarga telah balik ke kampung di Batu Gajah, Perak sempena majlis kahwin. Budak-budak telah disuruh bermain di sebuah rumah saudara lain di seberang jalan supaya tak menganggu persiapan di rumah pengantin.

Setelah puas main nyorok-nyorok, perang-perang, kejar ayam dan lastik burung, saya berehat sekejap kat rumah. Ketika itu saya ternampak susunan piring hitam yang banyak di dalam almari. Saya membelek piring-piring hitam itu satu persatu dan terperanjat melihat salah satu piring hitam yang ada gambar hantu pada cover-nya.

Iron Maiden - Peace of Mind - 1983 

Album tersebut adalah ‘Peace of Mind’ oleh band Iron Maiden dari UK. Hantu itu ialah ikon band tersebut iaitu ‘Eddy’. Yang menarik hati saya ialah gambar Eddy sedang meronta-ronta dalam keadaan dirantai. Cover belakang pula ada gambar ahli band di sebuah istana lama sedang menghadap hidangan otak manusia .. masa tu saya ingatkan otak betul.

Sedang saya membelek-belek, abang saudara saya masuk. Dia tanya ‘nak dengar ke?’. Pucuk dicita ulam mendatang. Buat pertama kalinya, saya mendengar muzik rock yang benar-benar keras. Pada masa itu saya belum tahu bahawa muzik itu dinamakan Heavy Metal. Saya cuma tahu ia adalah sejenis muzik yang bingit tetapi sedap.

Tapi saya akui bahawa ada kesan ‘culture shock’ selepas mendengarnya, saya macam jadi sedikit keliru. Tertanya-tanya ‘tak apa ke dengar lagu-lagu yang kasar cam ni’ dan ‘tak salah ke simpan gambar hantu kat rumah’. Tapi lama-lama rasa tak keruan tu hilang.

Maka bermulalah satu era baru dalam hidup saya. Saya menjadi peminat irama Heavy Metal dan seterusnya jiwa saya telah terdorong untuk meminati aliran rock Melayu tanahair yang menguasai persada seni tak lama lepas itu.

Abang saudara saya itu (namanya Jamal) semakin aktif mendalami muzik dan telah mengasaskan band yang diberi nama Saxo. Mereka muncul dengan album berjudul Satu Perjuangan (1990 rasanya). Tapi album tersebut kurang menerima sambutan kerana mereka memainkan muzik thrash metal. Genre itu hanya mula diterima oleh masyarakat selepas Cromox melahirkan album Image of Purity beberapa tahun kemudian. Abang Jamal kini tidak lagi bermain muzik. Beliau telah berkeluarga dan tidak lagi berambut panjang mengurai sebaliknya berjanggut pendek dan berkopiah.🙂

Bagi saya, nostalgia mendengar muzik Heavy Metal buat pertama kali itu takkan luput dan ia adalah salah satu detik peristiwa yang penting dalam hidup saya kerana telah mencorakkan identiti diri saya semenjak dari itu. Long Live Rock n Roll !

  1. ooo..sdr jeff minat muzik heavy metal. serupa benar macam kawan sy SF. Boleh jenguk dia di http://www.serunaifaqir72.blogspot.com/

    JPM ya, sedia jawapan untuk menteri mana? Dato’ Nazri? Saya baru nak bersidang minggu depan. Dewan Negeri jer. Doakan ia berjalan lancar.

  2. Dari kecik sampai besar, muzik heavy metal tak mesra di telinga. Lagu mendayu-dayu merayu pun geli.

  3. muzik metal ada aura nya yang tersendiri .. tak semua orang boleh jatuh hati .. only the chosen one ..

    Dewan Negeri kali ini … agak2nya isu banjir kut ?

    • Mat karen
    • 17 Jun 2007

    Heavy metal x slh…
    heavy mental yg slh…
    tp AF lg la slh….
    ajr bdk mls bljr…
    ms dpn bgsa trgadai…
    baru nk mengadah…

  4. salam bro…
    jamal saxo tu senior aku semasa di sekolah menengah teknik ipoh tahun 1983 dahulu.
    bro ada kontek nombor dia tak.
    memang brader jamal ni pelik sikit masa di asrama.
    org lain dok usung buku dia dok piring hitam iron maiden peace of mind tu la. sampai bila2 tak akan aku lupa peristiwa ni. bila aku tengok cover piece of mind ni aku teringatkan jamal….. lepas tu dia perform band saxo.
    ntah sapa kata kat aku mulanya diorang nak tarok nama band ‘ tengkorak sumbing”……. jamal jamal

    kata kan pada abg sedara awak aku masik rockkkk……….

  5. hmm sama pulak zaman kita yer…. terkenang zaman rock dulu…. srp tahun 1988 dianggap zaman kegemilangan hehehhe

  1. 1 Mac 2007
    Trackback from : online poker law

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: