Peperiksaan Besar Yang Pertama

1984

Saya naik ke Darjah 5 di tahun tersebut dan dengan itu bolehlah dianggap sebagai budak besar di sekolah rendah. Bebudak Darjah 5-6 biasanya dikagumi oleh adik-adik sebab memegang banyak peranan seperti Pengawas, Pustakawan, Biro Surau, Wakil sekolah dalam bolasepak, badminton, hoki, olahraga dan macam-macam lagi. Oh ya .. bebudak Darjah 5-6 juga glamour pasal kebanyakan mereka sudah pun bersunat. Kua kua kua.

Tapi, bagi kebanyakan budak Darjah 5 semua itu bukanlah  soal besar. Mengapa ? Sebab di tahun itu ada peperiksaan Penilaian Darjah 5. Perghh, exam besar tu. Itulah exam yang akan menentukan cita-cita nak masuk Sekolah Alam Shah, Sekolah Sains, MRSM, MCKK, Victoria Institution dsb. Semua budak bercita-cita nak 5A!

Saya pula ? Cita-cita saya masa tu ialah nak masuk RMC (Royal Military College) atau Maktab Tentera DiRaja. Nak jadi askar..

Hari peperiksaan. Terasa macam di tempat asing walaupun sekolah, kawan dan guru adalah yang sama. Saya alami rasa tidak biasa, gelabah, gemuruh, gementar di setiap inci sudut di sekolah yang dah 5 tahun menjadi tempat saya belajar dan bermain. Nak pergi tandas, takut. Nak cakap dengan kawan, risau (bimbang kalau dia lagi banyak menghafal). Nak langkah longkang yang hari-hari dilompat pun tengok tujuh lapan kali. Nak pergi makan kat kantin pun cemas takut-takut tertinggal duit belanja kat rumah. Fuhh, seksa betul diselubungi ketakutan yang ntah-apa-apa-tah !

Dipendekkan cerita, alhamdulillah Penilaian Darjah 5 itu selamat dilalui sepenuhnya. Keputusan exam diketahui pada penghujung tahun. Result ? Okay laaa .. saya berpeluang untuk memohon ke RMC.

Itulah pengalaman saya pertama kali menduduki exam besar. Samakah agaknya dengan pengalaman sesiapa di luar sana ?

  1. Memang peperiksaan besar! Akan tetapi pada masa itu… saya sendiri tidak sedar pun yang itu adalah peperiksaan besar. Tiada siapa pun yang memberi peringatan tentang Penilaian Darjah 5 itu rupa-rupanya peperiksaan besar.

  2. terima kasih atas kunjungan pakteh. begitulah resam hidup .. bila dah lalui @ alami sesuatu baru kita rasai kepentingannya🙂

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: