Farewell Darjah 6

  

1985

Entri ini adalah tentang kenangan dan pengalaman terakhir di sekolah rendah. Saya rasa agak tersentuh dan sentimental sikit sekarang. Agaknya proses mengumpul kembali ingatan tentang cerita-cerita lama sekolah rendah beberapa bulan lalu telah menjadikan saya benar-benar ‘kembali’ ke sekolah rendah saya itu. 

Pada hari terakhir persekolahan tahun 1985, semua budak Darjah 6 dikumpulkan di Dewan SRK Jln Pasar 1 untuk upacara farewell. Lagu ‘Auld Lang Syne’ (‘Bertemu dan Berpisah’) dinyanyikan. Majlis farewell ni bukanlah secara rasmi tapi sebagai tradisi je. Sepatutnya lagu tu sedih tapi seingat saya masa tu tak rasa sedih pun sebab semua orang dah excited nak jadi budak Sekolah Menengah … hahhha.

Saya pasti takkan melupakan pengalaman indah enam tahun di sana yang telah pun ditinggalkan semenjak 21 tahun lalu. Baru kejap tadi saya kira tu.. perhh lama sungguh rupanya ! Thanks a lot and so long .. SK Jln Pasar (1).

Anyway saja je lah bubuh lagu ‘Auld Lang Syne’ ni kalau nak dengar.

    • sf
    • 13 Disember 2006

    Terima kasih atas keprihatinan sdr. Sila lawati alamat ini :
    http://www.myspace.com/kumpgendangsilatgemalakasturi

    Bercerita ttg kenangan sekolah rendah ini saya fikir bermain gasing dalam kelas amat menarik! Hehehe dan gasing itu akhirnya terbang ke arah guru yang memasukki kelas kami. : )

  1. haahh gasing terbang kat cikgu ? MasyaAllah.. fuhh horror betul tu😮

  2. saya rasa coretan tentang kisah silam ini amat menarik sekali. pengalaman yang paling menarik adalah pengalaman masa silam,🙂

  3. tima kasey skycrew .. kenangan silam sentiasa menarik bila2 masa pun. sebab tu org ambil kenangan silam buat lagu, jarang dengar ada org buat lagu ttg rancangan masa depan .. hehe😀

  4. Seronok baca pengalaman dulu-dulu ya. Mujur ada blog seumpama ini sebagai tempat luahan rasa dan pengalaman itu.

  1. 3 Januari 2007

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: