Masuk ke Sekolah Menengah

Intro : Masa cuti sekolah tahun 2006 lalu, kisah tentang tahun terakhir di sekolah rendah dah ditulis. Bersempena sesi baru 2007 ini, nostalgia disambung dengan pengalaman masuk ke sekolah menengah …

1986

Saya didaftarkan ke SM Jalan Cochrane, Pudu. Disebabkan pakai seluar panjang hijau, rasa bukan main macho lagi. Masa tu Cochrane adalah sekolah untuk budak lelaki sahaja. Motto sekolah ialah ;  ‘All For One, One For All’ . Macam The Musketeers.

Masuk-masuk je, semua budak Form 1 diberikan ujian kat dewan. Hasil ujian tu, kami dibahagi mengikut aliran. Saya masuk Seni Perusahaan (satu aliran lagi ialah Sains Pertanian). Lepas masuk kelas, ada pula sesi ujian sukan dan dibahagi ke rumah Sukan. Saya masuk Rumah Pelanduk @ Ungu. Lepas tu ada sesi daftar masuk ke kelab dan persatuan yang diminati. Memang terasa dah jadi budak besarrr !

Tapi saya masih frust sikit kerana masa tu di Cochrane belum ada Pasukan Kadet. Berbanding Sekolah Aminudin Baki (SAB) dan Sekolah Dato’ Lokman, telah ada 4 – 5 platun pasukan kadet di sana.

Pengetua pada masa itu ialah Mr. Ajmer Singh. Guru yang paling cepat dikenali ramai ialah Cikgu Yusop ; guru disiplin dan ‘coach’ bola. Suaranya besar. Kalau dijerkahnya, jatuh telinga. Cikgu-cikgu lain pula taklah ditakuti tapi lebih ‘disegani’. Antaranya  Cikgu Adnan (cikgu PJ), Mr. Vivekenanda (jurulatih hoki), Mr. Raja (juga guru disiplin dan Maths, Cikgu Megat (English dan kriket) dan Cikgu Ibrahim (Sains).

Keistimewaan Mr. Raja ialah kefasihannya bertutur dalam Bahasa Melayu. Juga sebelum mengajar Maths, kelas dipaksa menyanyi lagu ciptaannya yang berjudul ‘Saya Suka Matematik’ .

Dan err, juga cikgu-cikgu perempuan yang ‘disegani’ kerana keayuannya .. antaranya ialah Cikgu Rugayyah (Form 5) ; cun, tapi kalau dia marah ..   Selain tu, yang saya ingat Cikgu Aziah (Maths) dan Cikgu Julia (Sejarah). Mana ek diorang ni sekarang ? Apa pun semoga Allah mengurniakan ganjaran Nya ke atas semua guru Cochrane.

Ini laa sekolah saya dulu …

school badge

lencana sekolah ..

Cochrane Road School - foyer

foyer @ lokasi Pengawas buat checking selepas perhimpunan .. tempat kantoinya ramai pesalah ..

Cochrane Road School - front

lalu dibawa ke sini iaitu lobi @ pejabat Pengetua … (paham paham la)

Coachrane Road School - classroom

kelas (dari belakang) ; tempat lepak membincangkan isu-isu negara seperti band @ lagu rock yang baru release – rock Melayu atau Barat

p.s : Search antara topik hangat pada masa tu.. dan masih hangat hingga kini. Tunggu konsert 2007 diorang tak lama lagi😀

  1. cantik gambar-gambar ni.. rasanya laman awak ni dah patut buat jibunsyi (cerita perjalanan hidup) dah..🙂
    awak nak buat wordpress macam saya ke? boleh letak shoutbox.. tapi itulah.. terpaksalah ada nama saya dalam domain awak tu.. hihi..
    tapi yang bagusnya, bolehlah nak edit templates..🙂

  2. Huh 1986 dah masuk F1….saya dok ada kat planet zargus lagi huhuh.

  3. Cerita zaman lalu memang seronok dibaca. Walaupun pada sesetengah orang ianya adalah cerita biasa, tapi kalau diolah dalam bentuk yang kreatif dia jadi menarik.

  4. Search femes gila masa kau darjah satu.. 1987.. aku darjah satu.. Kenangan yang x berapa indah..🙂

  5. Salam thn baru,
    Moga2 thn ini membawa sinar gemilang buat hidup sdr (klise giler ucapan ini …hehehe)
    Memang sedikit payah utk akses internet setelah peristiwa melanda kabel dalam laut di Taipei kelmarin. Oh ya – selamat tahun baru kpd sdr Jeff

  6. woo, ms thn 86 sy br umo tiga tauuunn! haha

    lawa ar sekolah ni

  7. ps nieys : pelawaan nieys amat saya hargai. buat masa ni saya rasa mcm ni pun dah ok kut .. nantilah kalau saya nak ‘blogging’ dgn lebih serius ok?

    ps ayaq : bukan setakat ayaq je masih kat planet zargus, schumacer pun belum masuk F1 lagi … kekeke

    ps pakteh : tak semua org suka baca dgn konsep mcm ni pakteh. tapi kepada yg suka itu .. anggaplah ini sbg sumbangan ikhlas saya

    ps fuad : err .. 1987 tu awak form 1 ke standard 1 ? tapi SEARCH mmg jadi ikon waktu tu. sayang konsert anniversary 25thn tak menjadi😦

    ps sf : mmg klise, mcm nak amik award haha .. thnxss

    ps hayad : firstly .. welcome to dayah. thnxs a lot. tiga taunn yaa ? kalau jumpa dayah masa tu lagi dah kena sakat teruk sampai nangis ehehe

    lastly, untk semua terima kasih atas komen saudara/i .. ( isk isk saya terharu )

    • Noel Das
    • 8 Januari 2007

    Salam Tahun Baru 2007.

    Saya ni bekas studen CRS tahun 1989. Seluruh Net sari cari teman-teman sekolah ni. Banyak kenangan manis dari era itu. Masih ingat lagi semua cikgu-cikgu tersebut.

    Terutamanya Cikgu Yusop. Bila dia marah …

    Ada gambar lagi ke?

    Minatlah saya nak kolek. Kalau ada badge … lagi baik. Uniform lama masih ada. Tapi badge dah hancur …

    Saya ni sekarang duduk kat UK. so minta maaflah kalau BM saya ni kurang telas.

      • Zul
      • 24 Julai 2012

      Saya pun … tahun 88-89 , kelas 5 Science 5 .hehehe

  8. helo Noel Das. wah duduk kat UK skrg ya. dpt juga b’jumpa ex-CRS kat net😀

    tentang gambar, saya mohon maaf hanya di atas tu shj yang ada. tapi collection CRS utk thn 50s-60s ada byk di laman ini : http://members.tripod.com/crsnet99/mainpage_history.htm

    btw u keluar CRS thn 89.. which means u entered in 85 ? then i assumed u mesti kenal idham kapten bola ?

    • Noel
    • 9 Januari 2007

    Idham ni dari rumah apa? Kalau rumah Garuda, saya kenal. Did ni monitor kelas saya juga pada satu masa dulu.

    Laman tu saya kenal. Dah jadi bookmark di komputer saya ni.

    Bulan April/Mei ni saya akan lawat KL, nak jumpa dengan classmate CRS pada masa tu. Kalau anda sudi jumpa kami, boleh kita sembang kat warong. Dah 10 tahun tak rasa roti canai.

  9. klasiknye skolah ni?

  10. Saya adalah bekas pelajar CRS dari Tahun 1979 hingga 1983. Pada masa tu ada sekumpulan pelajar dari Asrama FELDA yang ditempatkan belajar di CRS. Saya adalah salah seorang darinya. Tahun 79 saya masuk Ting.1H(Ketua Kelasnya Ong Chong Hin, saya penolong). Ahli2 kelas yg saya masih ingat antaranya Zain, Zaid(dia orang ni kembar), Aminudin,Manaf,Hamidi Paozan(budak FELDA jugak ni). Di mana mereka sekarang ye. Saya bermastautin di Kedah sekarang(asal Terengganu). Bersambung …….

      • azari daud
      • 8 Mac 2010

      bro…member member kamu cari tu masih lagi setiap bulan atau dua berjumpa d damansara..zain zaid aziz raja rashid see wah….aku jer blum join meka atau member tu ingat lagi kot masa dulu kalau tak ada tie atau badge aku lah org nya yg bagi chop free kat baju…..sorry bro itu dulu…hehehhee…

    • hayat
    • 10 Julai 2008

    salam.. saya masuk form 1 kat cochrane pas crs tu jd coed.. cikgu usop tu ajar kami pendidikan seni.. dia memang garang. tp kekadang best. apala khabar dia skang ni ek? no news means good news? skang skool da jd pusat sukan.. tak bestla..

  11. salam

    Noel .. yes definately. idham rumah garuda lah sapa lagi🙂

    Amok .. klasik rock bro hehe

    Azam .. wah bro ni otai!

    Hayat .. hmm cikgu usop. ya betul garang. dan ajar seni. garang tapi berjiwa halus ..😀

    • Tariq
    • 7 September 2008

    Salam Bro

    Saya juga bekas pelajar Cochranean tahun 1990-1995. Cikgu Usop, Cikgu Raja, Cikgu Vivie dan lain guru pada zaman tu semuanya terbayang di ingatan. Memang saya bangga menjadi warga Cochranean. What a memory…

    Tahniah Bro kerana mengembalikan memori ini kembali

    p/s: Saya dulu rumah Rusa (Merah)

  12. Salaam Tariq

    wah cam nama pahlawan islam. terima kasih, semua tu ikhlas saya tuliskan untuk cochranean. saya dulu rumah pelanduk. rusa musuh ketat heheh : P

  13. salam semua .1987 ting 1- 1991 ting 5
    aku pun budak cochrane…cikgu usup ,cikgu adnan, cekgu raja, guru besar kita harjit sing. cekgu ibrahim, cekgu lee….ini semua cekgu membuat aku merana ketika itu..(kene rotan) kah3… cekgu vivie karnanden…sape ingat cekgu megat dan cekgu sufian.. ini semua idola ni…bile kite nak lepak kat ketapang…isap rokok..
    masa tahun aku budak perempuan hanye ada tingkatan 6 je…sekarang dah campur.
    taim brek aku ,alim ,gerry dan budak sastra 5 panjat tembok.ponteng kat belakang rumah jhon…jhon apa kabar sekarang…korang ingat ada satu macca tua jadi kliner .tah hidup lagi ke tidak?

    • pot ketapang, mana leh lupa .. cleaner tu pulak dah lama pencen. dulu dia duk quarters dalam sekolah

  14. Salam Cochranean!

    Saya warga Cochrane dari 1981-1985. Last year in May kita orang buat Reunion. Masing2 dah mencecah usia 40, namun semangat Cochrane tetap kuat di hati kami. Apatah lagi dengan karenah Cikgu Yusof, Pengetua Ajmeer Singh, keayuan Cikgu Rugayah. Tembok besar yang selalu kami panjat. Nostalgik sungguh! Thanks bro sebab sudi masukkan sejarah Cochrane. Tugu burung hantu tu still tegap berdiri. Saya dulu rumah beruang. Nostalgia ketapang (pot bebudak Cochrane) tetap segar…

      • nazrifumi
      • 7 Julai 2009

      memori lama akan terus di ingati…saya warga Cochrane dari tahun 1983-1986…pagar dekat kelas seni perusahaan tu sampai roboh..kena panjat..apa kah perkataan kesukaan cikgu usop yang anda masih ingat?Guru kelas saya masa tingkatan 1 Cikgu Raden korang ingat tak cikgu nie..azman adnan tu hasil anak didik cikgu usop la…kalau ada sesapa ada gambar kelas post la

      • masa saya cikgu raden tu dah tak ngajar Cochrane kut ..

      • Adlan
      • 23 Mac 2010

      Salam Cochranean,

      Saya Adlan. Cochranean dari tahun 1982 – 1986.
      Saya dah berkahwin dan ada 2 orang anak pun. Umur pun tahun ni masuk 41. Namun Cochrane Road School (CRS) tetap jadi pujaan hatiku.

      Yusri, kalau ada rezeki organize reunion lagi. Insya-ALLAH, saya join. Kepada cikgu-cikgu Cochrane, luanglah masa bertemu kami untuk melepas rindu dan bertanya khabar. Kalau nak ikutkan kita semua sibuk sebab dah bekeluarga tapi bukanlah selalu kita dapat berjumpa. Sekian – All for one and one for all

    • bro punya zaman lagi awal dari saya. belajar subjek apa dengan cikgu rugayah ? garang ye tak ?? hehe

    • azman
    • 23 Julai 2009

    sya dulu rumah badak (biru) cikgu Yusoff apa khabar semoga cikggu sihat walafiat..
    saya dulu sekolah tahun 1988-1993..

    dulu sya masuk pancaragam sekolah…..
    drum major mastu kalau tak silap saya faizal

    • Peace
    • 13 Ogos 2009

    cochrane dalam kenangan…..

    • Edham Sulaiman
    • 20 Ogos 2009

    Salam Cochraneans…”Sayangi jiran taburkanlah bakti…dgn hati suci dan pemurah”..belajar hafal lagu dlm dewan…cikgu raja..cikgu nadimah(dah tukar nama jadi Nabihah)…

    Gua masuk Cochrane tahun 1985…till 1989….rumah Badak(Biru)…rumah sukan ikut awalan nama binatang..hehehehe..Yu(yellow)..Rusa(Red)…Garuda(Green)..Pelanduk(Purple)..tak ingat dah…form 1 till form 3 masuk sains pertanian…1st year cikgu radin sri khairaton(lemah lembut tapi tegas…dah pencen)..2nd year cikgu zaiton(garang tapi baik hati)..form 3 tak ingat la…pastu form 4 masuk science sampai la ke form 5…member2 dari asrama FELDA ramai..Asrama TTDI pun ramai…yg gua ingat Fauzi(TTDI), Azizi(TTDI)..shamsuri,juraimy(FELDA)..isk..tak ingat dah…form 1 dah start main bola sampai form 5…sponsored by D&C Bank..dari track suit sampai ke boot…mula2 brand Patrick(model Keegan)..pastu tukar Adidas Manchester…jersi Argentina(tahun 88 lwn VI kat Raja Muda)..kalah penalti…

    • Edham Sulaiman
    • 20 Ogos 2009

    Coach bola saper lagi kalau bukan Cikgu Yusof…perkataan favourite dia “Butir kamu”..kekekekekekek….sesapa tau cara nak contact dia?…email la kat gua edham@celcom.com.my

    • salam Edham @ kapt bola CRS.

      ingat tak masa sekolah petang kita belasah main bola tengahari buta sebelum masuk kelas, baju basah macam mandi, lepas tu tadahaL .. masuk kelas selamber je🙂

      dan pasal .. ‘butir kamu’ trademark cikgu yusof .. hahahaha. sapa tak pernah kena kira termasuk kategori tak glemer la

    • fauzi senin
    • 3 September 2009

    cocorane memang power…bolasepak number one t.ksh pada cikgu usop..asnan yg panggil sy abun…hehehhe tahun 91-95 hidup cocorane

    • lerrr bro … bukan cocorane la .. cochrane

      heheheh

    • WAN
    • 15 November 2009

    aku bekas budak cochrane..aku tak bolle lupa zaman cikgu usop ..nAK PECAH PERUT PUN ADA..sape ingat din ketapang..tempat lepak makan riti canai,,n tempat berasap kah2

    • Adlan Malek
    • 20 Ogos 2010

    Saya warga CRS dari tahun 1982 hingga 1986. Kalau ada yang nak buat reunion, jangan lupa panggil saya. My email adlan_ron_malek@yahoo.com

    • mohd farid
    • 7 September 2010

    cochrane tetap di dlm ati…cikgu usop dgn perkataan favaroutenyer,,,ortodoks…cikgu mahani kat mana skrg? contact farid cikgu mahani…012-9400392

  15. contact jangan tak contact farid

      • Tanpa Nama
      • 25 Disember 2010

      salam cochranean
      x tau nak bual pjg2 tp saya cochranean 87-91 takraw player….utk sapa2 yg cari cikgu usop….dia skrg kat VI…Man 019 7797942

    • effie
    • 16 Mei 2011

    wah ramainya, super duper senior Cochraneans kat sini… saya warga CRS dr taun 1995-1999.. Cikgu yusof pun dh ade Facebook skang.. kalau nk add dia guna nama Cikgu Yusof Ali.. mmg garang, cikgu yusof ajar saya seni dua taun berturut2, tiap kali masuk klas memasing kecut perut kalau tak siap kerja or buat kerja caca marba..hahaha.. and lupa plak, saya batch pertama perempuan di CRS (mmg jadi perhatian kami2 nih.hehehe..) saya paling ingat cikgu yusof suka lukis batu.. and dia suka letak batu sungai atas meja dia.. ayat ‘butir kamu’ mmg trademark dia la..hehehe..tp yg bestnya, cikgu yusof tak penah rotan budak pmpuan, slalu kene rotan bebudak lelaki..haha

    skang CRS dh jd pusat sukan..sedih laa..byk kenangan kat situ, especially bila sy n kwn baik sy penah perdayakan guard skolah (uncle) yg tak tau baca utk keluar sekolah awal..hehehe..

      • Tanpa Nama
      • 25 Jun 2016

      saya perlukan info pelajar 1999

  16. salam effi. TQ tulis kat sini. wah batch perintis budak perempuan di Cochrane rupanya. masa saya dulu semua lelaki. feel dan school culture masa tu sangat sagnat sangat lain dengan zaman awak kut.

    fuh nasib baik masa tu aku dah lama blah dari cochrane. kalau tidak mesti kena tackle bebudak ni haeheheAHA

      • Tanpa Nama
      • 5 Januari 2012

      Maaf bro, saya bukan former cochranean tapi saya ex- Peel Road La Sallian dari tahun 91 – 95 (tukar nama ke SM Yaacob Latif since 1994). Dua kali bertembung dgn Cochrane in Pudu Zone soccer’s final (year 92 – under 15 and year 94 – under 18).

      Hanya nak maklumkan, Fauzi Senin yg pernah mengharumkan nama Cochrane dan Kuala Lumpur pada era 92 hingga 95 berada dlm keadaan kritikal (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (sebab tak diketahui). Dia ni pernah beraksi untuk Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan (pada tahun 2003 dgn Azman Adnan sebelum Azman bersara pada hujung 2003)

      Fauzi Senin ni bersekolah rendah di La Salle Peel Road sebelum menyertai Cochrane seawal Form 1 pada tahun 1991 hingga 1995. Sepanjang dia di Team Cochrane pada era tu, Cikgu Usop sentiasa meletakkan dia sebagai first-11 player Team Cochrane.

      Cuba anda tengok kembali komen2 dari former Cochraneans dlm ruangan anda ini, kalau tak silap saya, Fauzi Senin ada meletakkan komen pada Sept 2009, kan?

      Note: Saya dapat info mengenai Fauzi Senin yg sedang tenat melalui teman2 FB saya sebentar tadi sj. Saya pun belum lagi melawat dia.

    • azizul gelugor
    • 6 Julai 2012

    salam warga crs ..saya dari thn 1999-2002..semasa saya blajar disana,coach bola sepak cikgu adnan ..1999..kami cham semua peringkat..skolah,dearah and ngeri..rindu pada kwn2..sarafudin,nasir,botak,aswad,vasu,adil,azhar safee sali,tahun 1999 dlm kenangan..

    • Tanpa Nama
    • 31 Disember 2012

    salam cochranean, aku pelajar 1981-1985. aku rindu dgn sekolah. kalaulah ada time tunnel boleh balik zaman sekolah kan best

  17. Hello, I just stopped by to learn about this blog. It seems to be
    really full of great content and I had a good time
    reading it, thanks for the good information!

  18. I’m not that much of a online reader to be honest but your sites really nice, keep it
    up! I’ll go ahead and bookmark your site to come
    back in the future. All the best

  19. Salam nice blog and picture too… I masuk form one 1986 juga. Tapi sempat sampai form 4 1989 (4sciene5) Puan Ramona (Lepas tu masuk sekolah tentera). Main bola dari form 1 position keeper. My sparing patner Badrul. Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Pasar 1 (6 Usaha) Cikgu Hassan.Dulu saya duduk di Balai Polis Pudu. Adik saya Ahmad Sabri… yang banyak menang anugerah semasa di cochrane sebab main bolasepak.

    • Tanpa Nama
    • 26 September 2016

    Saya warga CRS 1981-1985. Sedih bila tengok tapak sekolah dah jadi sebahagian IKEA. Masih ingat lagi bila nak ponteng sekolah panjat tembok dekat bangunan seni perusahaan kendian lari ikut jalan tengah (nama jalan lupa sbb dah lenyap jadi lantai IKEA) lintas jln tun razak masuk masjid alam shah keluar kat pintu belakang lalu bawah jambatan kendian lepak kat ketapang. On the way main lambai2 dengan budak perempuan sekolah puteri jaya. What a memory…. well cikgu yang paling kitaorg menyampah waktu tu sure Cikgu Yusof tp dia dah pun bersara dari sekolah VI. BTW terima kasih Cikgu Yusof kerana memanusiakan kami….

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: