Cochrane : Satu Perjalanan Masa

Setelah bergelar Cochranean di usia 13 thn, apa yang saya tahu ialah sekolah ini telah ada banyak tradisi yang diwarisinya. Pun begitu sebenarnya amat banyak yang saya tidak tahu tentang sekolah ini semasa saya masih bersekolah pada waktu itu. Maklum sahaja, di usia awal remaja ketika itu hal-hal seharian yang berlaku di sekolah lebih menjadi pilihan untuk dibual bicarakan.

Apabila meningkat dewasa (mula bekerja) barulah tergerak hati ingin mengetahui lebih lanjut tentang sejarah sekolah saya sendiri. Alhamdulillah, saya bertemu satu laman web tentang sumber sejarah Cochrane. Walaunpun saya tidak mengenali mereka yang bertanggungjawab membangunkan laman itu namun tak terkira sungguh rasa terima kasih di hati ini. Bertuahlah saya tidak bersusah payah membuat penyelidikan.

Dipetik dari laman web Cochrane Online, saya kongsikan di sini sejarah yang saya sendiri tidak ketahui semasa masih bersekolah dulu. Malah latar masa peristiwa-peristiwa yang diceritakan dalam laman tersebut juga adalah sebelum saya dilahirkan lagi (macam ayaq kata ; masih di planet zargus) …

Pelan bangunan pembinaan sekolah pada tahun 1957

cochrane-firstschoolplan.jpg

Acara Merentas Desa, 1963 

cochrane-crosscountryrun.jpg

Kronolgi : “The Unknown of Cochrane History”

Klik > 1957-1965  

Sinopsis : Semenjak penubuhannya selepas kemerdekaan Tanah Melayu, 1957. Bermula dengan hanya 83 pelajar, 4 orang guru. Mula mencipta nama dalam bidang sukan dengan kejayaan (1962) sebagai juara Ragbi bawah 14 tahun peringkat negeri, naib juara bolasepak Piala Khir Johari dan juara badminton King’s Cup (menewaskan Victoria Institution, 3-2). Pada tahun 1963, pembukaan rasmi sekolah disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris.

Klik > 1966-75

Sinopsis : Era kecemerlangan sukan tahun 1970-an dengan lahirnya bintang renang, Chiand Jin Choon yang memecah 5 rekod kebangsaan/negeri. Seterusnya beliau mewakili negara dalam Sukan Olimpik 1972. Selain itu, Mokhtar Ahmad bermain sebagai penjaga gol negara dalam kejohanan antara sekolah peringkat antarabangsa.

Klik > 1976-85

Sinopsis : Pembinaan ‘tembok besar Berlin’ sepanjang 1800 kaki dan tinggi 6 kaki yang menjadi sempadan sekolah dan Kok Chong Fatt mewakili Malaysia dalam Kejohanan Ping Pong Sedunia Ke-34.

Outro : Begitulah sedikit sebanyak. Apapun, bukan kemegahan yang ingin dilontarkan di sini, sekadar tumpang berbangga dengan generasi Cochranean yang terdahulu daripada saya ..

Sumber (fakta dan gambar) : http://members.tripod.com/crsnet99/mainpage_history.htm

  1. ehh..lupa nak tanya…ape lagu Saya Suka Matematik tu? bubuh pi la kat blog nih wat entry,hehe. Mst bgs ek cikgu tu. Siap wat lagu ciptaan sendiri lg

  2. Ditengah banyaknya tragedi Transportasi, ini ada tawaran yang menarik yaitu: Penerbangan Gratis Dengan Layanan OK.

  3. ps hayad : ini cabaran besar ni. macamna nak masukkan lagu ya. Nak kena rakam dulu nampaknya. Kalau lirik saje nanti takleh nak nyanyi jugak .. takpe saya akan cuba juga🙂

    ps sapa nih?? : penerbangan jenazah ? kutye pun nak meniaga ..

  4. keh keh.. sungguh kurg ajar.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: