Nostalgia Klinik Gigi & Van Milo

Saya ingin kembali seketika ke nostalgia sekolah rendah yang tertinggal untuk ditulis.

Sebenarnya saya membaca kisah masa sekolah rendah oleh Iwan . Ntah mengapa sebelum ini tak teringat langsung saya nak tulis cerita tentang pengalaman itu, yang pernah dilalui semua orang rasanya..

Macam Iwan tulis tu, semua orang pernah belajar gosok gigi kat sekolah. Dapat berus gigi dan ubat gigi free.  Cuma yang tak bestnya tidak beberapa lama lepas tu biasanya datanglah sebuah van berwarna kuning cair dan tertulis Kementerian Kesihatan Malaysia. Ahh .. nampak van je cukup takkuuut sampai rasa nak ke tandas. Ya, apa lagi kalau bukan pemeriksaan gigi oleh doktor yang datang di sekolah. Selepas diperiksa, sapa-sapa yang giginya bermasalah akan dicabut atau ditampal. Masa tu gerenti akan ada yang melakukan salah satu perkara-perkara berikut iaitu ; terpekik ; terlolong ; menjerit ; meronta-ronta ; menangis sambil kekejangan kaki menahan gigi digerudi atau semua perbuatan di atas.

Cerita Iwan itu juga membawa kenangan saya kepada satu perkara lain berkaitan jururawat juga iaitu suntikan BCG. Wahhh, ini satu lagi kes ‘saya takut jarum’ . Tapi yang istimewanya, ia hanya untuk budak Darjah 5 dan 6. Jadi terpaksalah kontrol macho masa ‘kena cucuk’ padahal dalam hati punyalah berdoa mintak-mintak janganlah mati ..

Ok.. skrang nostalgia tentang minuman pulak ..

Bercakap mengenai van yang datang ke sekolah, ada satu lagi jenis van dan yang ini disambut dengan penuh sukaria oleh semua budak2. Tidak lain itulah dia van Milo. Semua budak berdisiplin berbaris untuk mendapatkan Milo dalam cawan kertas. Tapi bagi yang muka seposen tu terus berbaris semula (kali kdeua) di belakang budak yang last sekali beratur. Selepas abis minum tu kalau ada peluang lagi diulangi kali ketiga .. kelima .. kelapan dan seterusnya.

Selain Milo, masa tu jugak ada Program Susu Sekolah yang memperkenalkan susu coklat UHT yang dijual semurah 30 sen sekotak (kalau tak silap). Kalau ada lebihan duit belanja bolehlah beli ..

Nostalgia tentang makanan pula. Masa sekolah rendah dulu juga ada makan free di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Sekolah bandar pun dapat juga sebab tak semua ibu bapa berkemampuan. Pada waktu rehat budak-budak terpilih akan diberi makanan sama ada nasi goreng, mee goreng, mihun goreng dan segelas minuman. Kadang-kadang budak yang layak RMT tu tak hadir, maka dapatlah peluang untuk ganti sapa yang tak datang tu. …

Hmmh begitulah halnya😀

  1. yea…kat sekolah aku dulu ada gak lori milo ni datang ke sekolah aku..dulu aku tak nampak apa maksud diaorang datang ke sekolah..terlalu naif..kepala otak pkir minum percuma aje..tapi sekarang, sume itu adalah atas dasar commercialism…

    • Noel
    • 10 Januari 2007

    Oii teringat-ingat lagi zaman tu. Lori Milo, BCG dll. Terlupa Jeff lori KK yang datang untuk check physical. Ni yang terpaksa tunjuk kemaluan depan nurse tua sebalik langsir hijau. Tu yang paling takut sekali*.

    Teringat juga teman RMT. Masih ingat ke suratkhabar Minguan Kanak Kanak?

    * Dekat meeting PIBG lah tu. Banyak memori gelap …

    • sf
    • 11 Januari 2007

    saya paling ngeri apabila nama dipanggil oleh untuk periksa di klinik gigi di sekolah rendah dahulu. : )

  2. ps kertasterbang : budak2 apa la tahunya psl commercialism. yg penting dpt minum milo ye tak

    ps noel : yg check fizikal tu .. haha ya betul. malu woo. tp bukan malu kat nurse tu, malu kat cikgu pempuan yg lalu lalang katsitu. lagi, Mingguan Kanak2 tak dapat tapi Dewan Pelajar ada

    ps SF : layanlah kenangan itu … bukan senang nak dapat !
    😀 PEACE !

  3. isk, mmg mengembalikan nostalgia sungguh la blog nih…huhu😉

    pasal gigi tu mmg tak suke.. Benci nurse2 gigi tu. Taraf makcik2 semua. Tak suke!! Benci!! Suka paksa orang cabut gigi. Nyampah btul.

    BCG lagi menakutkan. Macam2 spekulasi dengo. Nnt bekas cucuk tu jadi besor, bernanah la..klu tak timbul kena cucuk semula la. Jarum suntikan tu nurse bagi cucuh api dulu la..haha. Macam2…

    Saya tak dapat RMT. Tp ada kawan2 dapat. Saya tgk makanan diorang selalu sedap2, maka kami telah bersepakat tiru kad yg dibuat khas untuk bdk RMT, kad ni kena tunjuk sebelum amek makanan. Maka dgn itu saya dan kawan2 telah dapat makan free selama beberapa kali sebelum dikesan oleh cikgu,hehe

  4. Sekolah aku lak kt KG. so by default semua org dpt RMT. best kan time tuh?

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: