Nostalgia Bermain ‘Chopping’

Ulasan Noel tentang main ‘coping’ (baca ; chop-ping) mengingatkan saya kepada satu lagi nostalgia zaman budak-budak. Thanx Noel ! Dan cerita ini saya kira adalah sebagai appreciation kpd Noel atas ilham tentang main ‘chop-ping’.

1985 – 1987 

‘Chop-ping’ adalah permainan budak lelaki yang boleh dianggap sebagai sukan Xtreme. Bukan setakat Xtreme tapi ganas. Ia hanya layak dimainkan oleh budak lelaki yang benar-benar jantan sahaja (fuh! gila awesome siot kehehe). 

Permainannya mudah aje. Sebiji bola tenis. Lagi lusuh lagi baik. Seramai pemain yang mungkin. Seluas padang. Tiada sempadan. Tiada peraturan. Tiada kawan. Tiada musuh.

Jika anda dapat bola, anda akan baling bola itu dengan selaju dan sekuat hati ke arah orang yang terdekat. Bukan untuk dia menangkap bola itu. Tapi supaya bola itu menuju ke arah tubuh badannya. Perkataan yang lebih sesuai selain baling ialah REJAM. Sasaran rejaman ialah kepala, muka, termasuk mata atau hidung atau mulut, dan juga dada atau perutnya. Kakai atau tangan bukanlah sasaran utama tetapi boleh juga asalkan kena. Andainya mengakibatkan kecederaan, nasiblah. Tiada sesiapa yang boleh dipersalahkan. 

Memang sepatutnya tiada kawan dalam permainan ini. Tapi kalau anda dan beberapa pemain mempunyai musuh yang sama, dan ingin men-dajal-kannya .. boleh saja kalau anda ingin berkomplot. Pakatan yang berkomplot akan mengatur perangkap. Selepas musuh yang malang itu ditangkap beramai-ramai, dia akan dipegang sekuat-kuat dan seerat-erat yang boleh agar tak terlepas. Dan tibalah masanya untuk dia menerima satu rejaman bola tenis yang amat menyakitkan !

Tapi tiada jaminan bahawa pakatan itu akan berterusan. Sesapa sahaja mungkin boleh bepaling tadah apalagi kalau si musuh yang didajalkan tadi berjaya mempengaruhi bekas rakan sepakatan anda untuk menubuhkan komplot yang baru pula. Kalau anda pula yang bakal menjadi mangsa, nasiblah. Larilah sampai tak cukup tanah pun. Tiada siapa akan melindungi anda …

Di sesetengah tempat, ada antara player yang beralih menggunakan bola ‘tango’ yang anginnya dipam sampai ketat. Pernah rasa rembatan bola tango yang hinggap tepat di muka ? Hmm …

Permainan ini bahaya dan menyakitkan. Jangan benarkan permainan ini dimainkan oleh generasi kecil anda. Buat masa ini belum ada yang mati kerana bermain ‘chop-ping’. Jangan jadi yang pertama ..

Namun bagi sesapa yang faham bagaimana ‘chop-ping’ dimainkan … ada moralnya iaitu,  persaingan hidup sebenar di luar sana adalah ibarat anda sedang bermain ‘chop-ping’ .

  1. Masa kecik dulu memang banyak kegunaan bola tenis ni.. dalam rumah pun boleh jadi padang..

  2. Memang best.. Kat kampung aku dipanggil main bola kaduk.. Lebih kurang la pronouce dier.. Tang balik orang tu best.. Haha.. Tak boleh teragak2.. Nnti terlepas sasaran.. Yang penting.. Pantas dan kejam…😛

    • Noel
    • 12 Januari 2007

    Terima kasih Jeff untuk explanasi chopping. Teringat-ingat musuh padang peperangan chopping. Entah-entah kat mana mereka sekarang.

    Saya masih ingat emak saya tanya bila pulang rumah tentang cap-cap bola kat baju. Belum masuk kelas pagi dahlah kotor. Yang paling teruk bila ada hujan. Tanah kat padang sekolah saya tanah liat merah. Makin lama, makin colourfullah baju putih saya. Kasut putih takboleh di-‘blanco’ lagi.

  3. OOoo, tak pnh lak main tu dulu. Tp bola tenis tu kitorg guna utk main tuju kasut😉 Lps tuju kasut, tuju org pulak. Kalau momentum bola tu laju, bedebuk jgk la kat badan bunyiknya.

    Tp maintainnnn jerk😛

  4. iskkk.. ganasnya permainan ini.. tak buleh imagine kalau bebudak sekarang ni main permainan ni.. rasanya memang ada yang mati..

  5. Tak penah kena bola tango, tapi pernah kena bola tampar yang mmg penuh dengan angin straight ke muka. Terasa hidungku patah. Huhu nanges…

    • sf
    • 15 Januari 2007

    suka main chapte buat dari bunga kemboja mas sekolah dahulu. : )

    • Mik
    • 15 Januari 2007

    Jeff,

    Kadai ditutup sementara. Jangan rindu….

  6. ps Nieys : lepas main bola tenis dlm rumah kena sapu kaca pecah tak ? eheh

    ps Fuad : memang pantas dan kejam ! suka betul aku dgn ayat ni haha

    ps Noel : dude bila ingat balik, masa kecik dulu tak peduli kotor janji hati puas .. heh

    ps Hayad : asal bedebuk badan tu main choping ler namanya dayah haha

    ps Winter : itulah zaman dah berubah. yg elok kita wariskan yang tak elok kita tegah

    ps Ayaq : ish tragis sungguh nasib mu ayaq. kalo patah idung tu kena boxing namanya

    ps Sf : main chapte ni mcmna pulak ? hmmm ..

    ps Umik : naaaaahh kau .. knapa bah lama banar sudah kau ndak ke mari ?? hahha

    • azman
    • 12 Mac 2007

    best siot main benda alah tuu,,aku mula main bola chop yang dah takdo bulu nie kat Kuching.masa tu darjah 3,main kat bawah flat..alaa besar court takraw jer(aku agak laa)..mula2 main galah panjang,pastu budak pompuan dah balik…jeng2…kami kuarkan bola chop tu..ada berani?punyer laa hebat bermain…tah mcm mana aku silap step nak elak kena chop,bedebap….jatuh tepi longkang,tak sempat nak hand stand..panngggg…gigi sampai dulu beb…langsung,gigi kacip aku sumbing…senget..tapi dah dinamakan anak askar..main tetap main…aku repeat blk sape yang chop aku tadi…memang tepat ..pantas,lagi kejam…agi idup agi ngelaban

    _______________________________

    Nota Jeff :

    aduh ngilu gigi aku membaca pengalaman kau ni hahha .. tapi semangat masa tu ye tak🙂

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: