Nostalgia Hantu Kum Kum

Asyik cerita nostalgia sekolah jer. Haa .. sekali sekala kita cerita pasal hantu pulak.

Sekitar 1983-84 ..

Malaysia pernah digemparkan dengan kemunculan Hantu Kum Kum. Hantu ini dikatakan jelmaan seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam untuk kekal cantik selama-lamanya. Konon ceritanya dia tidak berjaya menyempurnakan syarat ilmu hitam yang menghendaki dia membunuh 99 wanita cantik yang muda dalam masa 3 bulan. Kemunculan Hantu Kum Kum ini telah menjadi bualan segenap lapisan masyarakat, sehinggakan gambar lakarannya pernah disiarkan oleh sebuah akhbar utama.

Kononnya lagi oleh kerana hanya 10 orang sahaja baki mangsa diperlukan, dia diberi peluang untuk menyempurnakan syarat ajarannya tetapi dia hanya boleh muncul dalam sifat seorang perempuan bertelekung dan cuma nampak mata. Juga dia hanya boleh keluar di waktu siang …

Kononnya juga… kalau dia memberi salam, bunyinya ialah ” Asalamualaikum .. kum .. kum “. Jika sesiapa menjawab dan membuka pintu rumah maka dia akan melunaskan hajatnya.

Maka ramailah yang jadi takut nak menjawab salam apabila tetamu datang .. tetapi tak sedikit juga tetamu yang mengusik tuan rumah dengan memberi salam yang ‘meresahkan’ itu.

Sekadar terfikir, di mana Hantu Kum Kum tu sekarang ya ?😮

hantu_uitm.jpg

Bukan gambar Hantu Kum Kum sebenar. Gambar dipinjam dari :

http://wintersteel.homestead.com/files/GalleryPhotos/Hantu_UiTM.JPG

  1. Tak pnh dengo hantu kum kum. Yg penah dengo, hantu susu aka hantu kopek,hahaha. Lagi satu hantu karipap :p

    • penyubiru
    • 16 Januari 2007

    aku pernah dengar citer hantu tu, tapi x taulah pulak nama dia hantu kum kum. dengar citer,citer hantu tu disebarkan bagi menakutkan remaja dari kuar umah waktu malam.

  2. Walaupun 1983 tu aku baru umur 3 tahun, aku penah dengar pasal hantu kum kum nih.. Zaman aku kat U hantu jual nasik lemak femes. Maklumlah sekrang ni hantu pon pandai wat bisnes..

    Mengikut ceritanya, ada awek ni jual nasik lemak kat tingkap asrama. So minah ni ckp x mo.. dah makan. Lepas awek tu belah baru dia teringat blek dia sebenarnya kat tingkat 3. Haha.. Demam teros..

    Sekarang ni hantu ape yang femes ye..

    • al-Marbawi
    • 16 Januari 2007

    tahun 83… aku pun tak lahir lagi.. ntah la.. tak pernah dengo pun.. kut hantu purdah tu ade le..

    • Noel
    • 16 Januari 2007

    Hantu ni selalu disebut di kelas oleh cikgu perempuan Sejarah saya. Masa tu saya darjah lima. Suspens kita dengar kisah macam mana di jumpa hantu ni bila dia kat rumah.

    Dah pulak, toilet kat sekolah pun selalu haunted. Pasal student bunuh diri kerana tak pass exam.

    Masih ingat ke Jeff kes ‘orang minyak’ dulu? Perompak yang disalut minya supaya susah kena tangkap. Kalau tak salah, kes ni kat Kajang …

  3. Salam.

    Wau…
    Hantu pun pandai tutup aurat.

    Kagum betul saya.

    • Sunan_Jati
    • 17 Januari 2007

    ahahhaah… aku penah dgr.. cerita hantu kum kum… hantu kpek.. hantu susu…
    hehhehehe… mcm xleh pecaya jer… hehehehh mcm lawak jer,…. eegehehjheehe!
    tapi apa pun wallahualam… manusia sggp baut apa saja utk penuhi kemahuan nafsu duniawi…… hehehehhe mawi world…!
    thanks…

      • anjingkurap
      • 4 Ogos 2012

      sabit mawi world plokk….bodo punye org..

  4. asalamualaikum smua, haii

    hayad : mmg le dayah taknah dgr psl Hantu Kum Kum, masa tu kan blum lahir lagi hehe

    penyubiru : dulu bole la ye tak, skrg ni bila malam hantu yg takut tengok org .. ahah.

    fuad : fuh horror gak antu nasik lemak tu. skrg antu yg paling femes ialah Maya Karin

    al marbawi : ooo belum lahir ke bro .. sama kes dgn dayah la heh

    noel : pergh dulu kat la salle ada budak suicide ke ?? org minyak tu aku ingat jugak, dia tiru mcm dlm filem la tu .. takda identiti langsung

    tuan tanah : dah gitu ceritanya. antu menyerupakan diri pakai lebai pun ada gak hehe.

    sunan : mmg lawak pun citer2 antu camgini. pasal tu jadi kisah nostalgia, bukan filem seram. ahaha.
    😀 peace

    • Mik
    • 17 Januari 2007

    Yup hantu kum-kum memang femes dulu, konon siap pakai keta putih lagi cari mangsa pompuan muda lawa.

    p/s: yang takut patutnya orang yang lawa dan muda ja… 😆

  5. ekekek… tergelak aku time tgh tension dgn keje ni lah. ada gak dgr pasal nih and masa tu pon kropok yg famos nama dia kum2 gak. boleh lawan cikedis!😉

  6. umik : a ah le umik saya pun lupa tang tu. yg diburunya si muda2 .. ada gak makcik2 bergurau2 cakap besar yg antu kum kum tu takkan bagi salam kat diorang sebab tak selera .. hehehe

    amok : ni satu lagi aku pun lupa .. mmg betuulll .. masa tu ada kropok Kum Kum (suara Mat Sentol) .. dah aku pulak yg gelak besar ni. apa hal pun, rileks bro jgn tension2 ok ..

    – PEACE –

    • apit
    • 7 Februari 2007

    hahahahahaha.tuk pengetahuan korg smue,
    aku ar hantu yg korg tgh cari tu…
    skrg ni aku tgh lepak ngan mmber2 aku kat Bangi…
    meh ar dtg lpak ngan kiteorg rmai2…

    • apit
    • 7 Februari 2007

    kat hostel tmpat aku stdy ade mak lampir…
    siap 1 klass ngan aku lg…
    tpi mak lampir ni baik,slalu blanje aku ngan mmber2 aku mkn kat maply..
    klu korg nak nak mkn free meh ar join…
    lalalalalalalalalal>~~~~~~~~~

    • anonymous
    • 10 Februari 2007

    salam…actually cerita pasal hantu kum kum ni popular kat s’pore juga pada tahun 1990s. sampai keluar kat suratkhabar..haha..
    tapi serius, ada org pernah jumpa makhluk ni..tapi dia cari budak kecil..darah manis. dia ni mcm nenek kebayan, takde kening..time tu pula my fren tersadar dari tido, (dlm pukul 10 lebih gitu) dengar ada org kat luar rumah. ingatkan mak dia, rupanya, ada nenek tua kat pintu. nenek tu tanya whether adik dia ada kat rumah. nasib adik beradik dia keluar. bila member ckp takde adik, nenek tu pun tanya mana lagi rumah org melayu kat block tu.
    pasal masih blur n nantuk, my fren tunjukkan rumah kat hujung sekali. den dia tutup pintu. sekali dia teringat family melayu tu dah pindah, den buka pintu nak bilang nenek tu, tiba2 nenek tu ghaib gitu aja. takkan dia boleh jln cepat2 kan….
    rumah sape ntah dia pergi……

  7. Assalamualaikum wbh… Salam perkenalan dari akak… Bila baca n3 saudara ni, akak teringat masa akak bersekolah di Jln Kolam Ayer KL pada tahun 1983. Masa itulah mulanya kisah hantu kum kum dan juga hantu stokin.

    Kami sebenarnya tak tahu apa-apa tentang cerita itu tapi masa hari terbuka, budak2 dari SAS datang ke sekolah dan beritahu kami akan cerita ini. Lepas tu, memang kena kacaulah. Beberapa orang pelajar nampak orang perempuan memakai jilbab yang hanya menampakkan matanya duduk di kantin sekolah yang sudah tutup pada waktu senja. Ada yang ternampak kelibat hantu kum kum itu lalu pada tingkap masa tengah sorok-sorok belajar di bawah selimut selepas lampu asrama dipadamkan (guna torch light sebab esok ada test).

    Memang havoc kekacauan yang berlaku. Kalau tanya pelajar-pelajar sekolah di Jalan Kolam Ayer tahun 1983 tu, mesti mereka akan cerita kisah yang sama. Selepas kisah itu, kisah hantu ketak gigi pulak. Hantu ketak gigi tu bukan hantu tapi manusia yang menuntut ilmu hitam utk merogol pelajar2 perempuan. Itu lagi haru. Sabar-sabar. Hanya mereka yang mengalaminya tahu akan kewujudannya.

    • liz
    • 24 Ogos 2007

    aku bru ingat hantu ni.skrg ni dh lme x dgr tntang hntu ni.ntah idup ke x lgi…time antu tu tgh glamer mmg tkut aku nk kuar umah.apatah lgi nk bukak pintu mlm2…seram siottt!!!

  8. memang hangat cerita hantu kum kum tu. sampai semua takut nak keluar rumah.

    asalnya dekat muar lepas tu merebak ntah ke mana-mana. tahun 83 aku masa tu rasanya darjah 5…

  9. yup ezal .. siang2 pun jadi penakut kat antu kum kum : )

  10. jeff mana tak nya kalau mk bapak bila anak nakal sikit di momokkan dgn hantu kum kum.

    hehehehe tapikan itulah kenangan paling susah nak lupakan kisah hantu kum kum asal nampak pompuan pakai purdah semua ingat hantu kum kum sabo jer ler..tapi ialah hilang macam tu jer kisah hantu kum kum tu kan

  11. huhuhu….memang seram kaw kaw punya.antu kum kum ni pesal hah? kalu nak cantik slalu, g la saloon tak pown amalkan makanan seimbang…hehe…pasal cter antu ni gua x pernah dengar apatah melihatnya. tapi kalu antu pocong pernah arr gua tengok tapi tengok punya tengok, dia intai gua, gua plak intai dia..pakat main intai2 and jeling2.pastu dah gabra dah gua…takut sioooot tahap dewa dah nih

  12. apsal hantu kum kum ni seram? saya pun penah nampak hantutu

  13. seram ke? tak takut pun kalau hantu tu berani datang lah kat rumah saya
    kat kondo rakyat blok 2 tingkat 4 pintu 9
    datanglah hantu yang kecut

    • penguji gambar hantu
    • 25 Ogos 2008

    Asalamualaikum .. kum .. kum…kum

    biar kehilangan beliau menjadi satu rahsia…
    biarkan diri anda diselubungi misteri~~

    • Ex-Cochranean 85-89
    • 4 November 2008

    Salam,

    Satu lagi hantu stokin…huhuhu…

  14. kite x patut percaya kepada benda2 nie semua,kecuali kite harus percay pada jin kerana jin adalah tertulis didalam al-qur’an????????????????

    • Tanpa Nama
    • 7 Februari 2009

    hantu kum-kum tu hantu purdah sebenarnya ikut fahaman masing2 nak panggil hantu tu apa namanya

    • Suresh
    • 11 Februari 2009

    Hantu kum kum nie cuma rekaan manusia aje….tak baik caya benda benda yg takde unsur ‘keTuhanan’….tapi pada masa tu…umur saya 11thn….serik gak….ala…kan bebudak lai masa tu….

    • mityhotshot
    • 19 Mac 2009

    hye, han2 2 x takut ar. bleh g hantu nye gmbr yg besh ckit x =)

  15. bagus laman nie….
    banyak retrony…
    sama je flow untuk orang2 lama…..
    unik zaman 80an dolo2….

  16. tak pernah dengar nama hantu kum kum…
    tapi kalau lah benar ada tetamu datang dan menbagi salam(dengan disertakan ‘kum kum kum’ di hujung nye’… memang takutt aku di buat nyee… hee :p

  17. pe bende hantu kum kum nie..
    xpenah ku dgaw pOwnn..
    mnakOwtkan kew weyh??
    tp pe2 pOwn kite hnye ley pcaye ciket jewk cz..de gak makhluk laen yg hidup d muka bumi allah…
    wallahualam……

    • adukasmara
    • 2 Ogos 2009

    cerita kum kum ni mmg kwn pernah dengar..tak silap ada lagu bertajuk kum kum oleh kumpulan …emm tak ingatlah namanya…apa apa pun hidup mesti diteruskan….

    • assamualaikum..kum..kum
    • 5 September 2009

    hantu ini merupakan hantu yang tersngat hodoh..lebih hodoh dari mana-mana raksasa..percayalah..
    mana-mana perempuan cantik..berhati-hati dan jangan takut akan hantu ini
    baca ayat kursi ,al-fatihah dan zikirlah banyaj-banyak..
    semoga allah melindungi kamu semua

  18. heheheh asalamualaikum……kum kum

  19. doh aper nie naper x komen nieh bowink sunggoh

    • TEMONG TUM TUM
    • 15 November 2010

    HAHAHAHHAHA..LAWOK2 KOMEN U ALL NIH!
    ANTU KUM KUM TU ANTU PURDAH LERK.MMBER AKU CKP OPAH DIER PNH KENE KACO.AKU PN CONFUSE SEH~ NAPE OPAH DIER PLAK YG KNE?? HUHUHUHU..WALLAHHUALAM.

    • hantu kum kum
    • 20 November 2010

    asalamualaikum ….kum…..kum hihihihihihihihihhih asalamualaikum……..kum ……….kum

    • mohd nazim
    • 25 November 2010

    memang betul hantu kum kum wujud

    • echah
    • 30 November 2010

    adk pnah dgr citew yg hantu kum2 nem sbnr yer wanita yg mngndung ank lua nikah n last2 mati gara2 dtnggalkn pkwe yer..last2 dye bunuh diri d dlm rumah dia n tiap2 mlm akn mnggangu pnduduk kg dkn mmberi salam assalamualaikum….kum….kum….da sape2 yg bkak pntu dye akn mntk sdikit susu untk ank nya..adakah ini jga btul ????

  20. memanglah dulu tu kecoh juga seantero mengenai hantu kum kum ni, lepas tu kisah ni lesap saja. tak sangka pula bro jeff buka balik pasai cerita hantu tu…hehehe…bkn apa teringgatlah pula zaman rumaja dulu-dulu..hehehe..

    • Tanpa Nama
    • 3 Disember 2011

    kuma ta lakka kum kum kum talakka kum kum

  21. kau penipu,itu hantu milik aku ,nurul ain amira

    • gile
    • 3 Julai 2012

    :I

    • Tanpa Nama
    • 22 Julai 2012

    memang menakut kan ~~~waktu tu kte orng bru blik dri lpak2 aaa ,,tauu2 kwan kta tnggal kat stu dye date ngan antuu hmmm
    siaaan dmanm 3 minggu

    NAU`ZUBBILLAHH

    • satellite lounge staff_MAS
    • 25 Disember 2014

    aku keje kat klia dh 2 taon lbih.. dh byk citer2 mistik aku dgr dr staff2 dkt sna.. smpaikn aku sndri mengelak utk keje mlm.. aku ade pengalaman sndri ttg pasengger misteri.. area arrival hall dn surau dkt regional.. sume nie aku alami msa aku shift mlm.. salunye mlm aku ronda domestic lounge.. aku keje kat satellite lounge tp klu kna shift mlm aku kna turun domestic.. dr satellite building nk g domestic kna ikut aerotrain kn? salunye pasengger mat salleh kna dlm aerotrain tur.. aku dlm tur x pena lg tp kes2 lain tur ade la.. dh lma keje cni rsa tkot tur dh hilang tp kekadang tur bila kna b’tugas mlm ade gak rsa x sedap aty tp think positve je sbab bnde tur mmg wujud pon kn? cuma dr individu tur sndri caner nk hadapinye..

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: