Nostalgia Hantu Kum Kum (Last Part)

Ok lah .. menarik juga diskusi psal Hantu Kum Kum ni. Lain orang lain kenangannya dan bila dikongsi di sini, banyak jugak lah benda yang kita pernah tahu dulu (tapi terlupa) kini segar kembali. 

Tentang kemunculan Hantu Kum Kum itu, nampaknya ada beberapa perbezaan di kalangan para pengulas (err .. macam seminar la pulak). Justeru itu saya telah cuba mencari maklumat tambahan dan saya kira telah menemui fakta yang lebih sahih. Sebagai rumusan ke atas teori tentang kemunculan Hantu Kum Kum itu, di sini saya paparkan info yang dipetik dari wikipedia :

Asal hantu kum-kum dikatakan bermula dengan seorang wanita yang mengamalkan ilmu mencantikkan muka. Tetapi salah satu pantangnya merupakan dia tidak boleh melihat cermin selama 10 hari / sesetengah cerita menyatakan sebulan.

Semenjak hari itu semua orang memuji-muji kejelitaan wanita itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat wajahnya di cermin pada hari terakhir. Akibatnya mukanya menjadi buruk, dan setelah dia menemui kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik setelah dia menyapu mukanya dengan darah XX perawan.

Matlamat hantu kum-kum dikatakan memulihkan wajah penuntutnya yang terlanggar pantang.

Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil menyatakan “Kum-Kum” sambil mengenakan jibab.

Hantu kum-kum merupakan cerita hantu moden yang mula berkeliaran sekitar 1970-an ketika kebangkitan kesedaran semula Islam dikalangan orang-orang Melayu. Ketika itu, para pemudi mula mengenakan hijab dan perkara ini tidak disenangi oleh kumpulan yang mengenakan skirt mini. Dengan itu hantu kum-kum dicipta sebagai sindiran kepada kumpulan yang memegang kepada ajaran Islam ketika itu.

Begitulah halnya dengan Hantu Kum Kum. Sangat berbeza intipati berbanding langsuir atau puntianak. Kemunculannya adalah dalam bentuk simbolik untuk menggambarkan pendirian sebahagian dari kelompok masyarakat.

‘Kehadiran’ Hantu Kum Kum pada zaman kecil saya dulu apa pun akan tetap menjadi nostalgia, apabila mengingati aksi-aksi sakat menyakat serta ketakutan yang tak pasal-pasal timbul di kalangan budak2,  dan kini ia jadi senyuman bila dikenang …

  1. Haha..bleh wat Kum Kum the movie..

  2. hantu kum kum… eh macam nama sejenis junk food pulak.. hehe.. tak pernah dengar arr…

  3. hantu. aku selalu di opis sampai ke malam. Ada dengar-dengan bunyi orang menaip keyboard. tapi tak ada orangnya. Syif malam dah tiba ler tu.

    banyak isi pemburu nostalgia. aduh, cemburunya dengan kesempatan kamu jeff.

    Aku kepenatan otak. Kepenatan berfikir dan melaksana satu hal, kepenatan melayan kerenah pegawai yang ambil mudah campur kakitangan yang berlagak bijak tapi tak mahu buat apa-apa pula satu hal lain. Biasa ler tu.

    Kalau kerja swasta aku sudah pengurus atasan. hehee. perasan.

      • aszirah
      • 9 Mei 2011

      ha nak cakap sikit la kan hantu kum kum tu aper yek sejeni aper???

      setahu sayer hantu kum kum nie ialah kaki tercabut dan pabila malm dier menghirAU KE mner -mANER TEMPAT TUJUan
      NNyer ….. kerumah dan kerumah setahu sayer raser nyer bukan citer nyer itueee nak kisah nyer hantu kumkum iie bermula daN noSTAlgia NYer

  4. heheheh antu kum kum?

    oh kenangan lama

  5. Eh.. tetiba lak aku tingat crita hantu2 kat hotel.🙂 best gak kan jadi hantu2 hotel nih.. glemer. kau tanak buat liputan hantu hotel plak ke?

  6. Fuad : hmm ok gak tu. jual kat shuhaimi baba …

    Nieys : tak pernah dengar ?? kecik hati antu Kum Kum tu .. heheh

    Ariyatna : jangan dicemburui .. skrg ni masa sibuk awak .. gilir saya nanti ada juga

    Kosong : iyya .. kenangan lama

    Amok : aisay, hantu hotel tu nanti terjejas lak visit Msia 2007 hehe .. tapi kalau ada cerita yang aku tau boleh ajer (blog kau pun ok per buat citer hantu, untuk org2 yang suka melawat tempat berantu)

  7. berbagai hujah cuba di sampaikan melalui berbagai cara pada setiap zaman oleh pihak yang tidak menyenangi dengan kebenaran Islam, dengan ilmu kita menilai apa yang terjadi, dan apabila telah jelas pandangan sungguh akan membuahkan keimanan.

  8. benar rausyan. penentangan halus tetap berterusan sampai bila-bila tetapi selagi Islam masih dihayati maka akan ada golongan yang suci hati mempertahankannya. Insya Allah. : )

    • sf
    • 22 Februari 2007

    Hehehe fuh sejarah hantu kum2 ni semasa saya kecil dahulu memang sangat menghantui kami. kebanyakan dari kami tidak berani untuk keluar rumah, tambahan pula cerita yang didengari pelbagai versi dan hampir semuanya menakutkan. Heheh ..saya baru pergi tonton cerita Puaka Tebing Biru – komen : bolehlah … hehehe

    • azuuraiania
    • 15 Mac 2007

    Ape kebende ni…rak faham lansung..blah la weeeeee…………

  9. tak pe arr. biarlah dorang punye crite.kite sume jangan terlalu pecaye.dan jgn jugak terlalu tak percaye..hehehehehhe.

  10. aku nasihatkan lah ekk. korang sume.. aku ni ustazah. tapi aku cume cari liputan tentang tahyul. tapi kite mesti berhati2 jugak yek?!!!

    • Tanpa Nama
    • 12 September 2011

    huhuhu.. kum2 the movie?? agak pelik buntinya tpai ok juge lah!!

    • Tanpa Nama
    • 12 September 2011

    ustazahx ustazah.. klau jumpa hantu gerenti cabut lari juge wkakakakaka!!!!!

    • lang_buaya @ b ya wak
    • 12 September 2011

    mane ada hantui bongok!!! wakakaka

  11. hmmm.. kum kum ape tue?

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: