Susahnya Bangun Pagi

Pagi tadi semasa dikejutkan dengan deringan jam, entah mengapa saya yang masih mamai ketika itu bagaikan dibawa melayang-layang mengingati saat-saat yang sama ketika bangun pagi 20 tahun dulu .. Ingatan itu datang betul-betul. Macam deja vu. Saya ‘dibawa’ kembali ke saat-saat itu.

Akibatnya saya bagaikan lelap sambil berdiri kira-kira 5 minit lagi di bilik air .. Hanya selepas curahan air yang sejuk dingin ‘mengejutkan’ kepala, barulah otak saya seakan-akan laju berfikir itu dan ini bermacam-macam perkara sehinggalah semuanya kembali normal.  

Jadi, seronoklah jadinya mandi pagi tadi. Saya telah mandi sambil berangan-angan dibuai kenangan dan terus terlintas nak ditulis sebagai entri untuk hari ini.

Antara yang saya imbau pagi tadi, suasana gelap pagi seawal jam 5.40 pagi dan lampu dalam rumah yang samar-samar yang benar-benar menjadikan saya begitu kepayahan meninggalkan katil. Sedangkan emak pula terkejar-kejar di antara menyiapkan urusan di dapur dan memanggil-manggil nama saya yang masih terlunjur di katil. Kalau dah bangun sekalipun .. saya masih duduk berteleku atau tergaru-garu kepala.

Semua ini mengambil masa kira-kira 7-8 minit sebelum saya benar-benar berjaya berdiri dan seterusnya mencapai tuala dan berjalan menuju ke bilik air.

Emak biasanya sabar menegur sapa saya dengan ceria. Kadang-kadang bertanyakan ‘nak minum apa?’ .. kadang-kadang ‘nak bawa bekal tak, emak buat cokodok ni?’ .. Hmm. Sebenarnya pertanyaan emak itu kalau tak dijawab pun, memang telah tersedia pun juadah sarapan pagi yang paling lazat untuk dinikmati pada setiap pagi.

Tapi di bilik air .. lain pula halnya. Saya merenung air dalam besen dengan gayung di tangan dan otak mengelamun .. nak cedok tak nak ? nak ke tak nak ? taknak ke nak .. taknak ke taknak .. oh taknak lah. Saya hanya memerhatikan air yang saya rasa masih sejuk walaupun mak dah campurkan dengan air panas yang dimasak tadi (dah kurang panas sebab saya lambat mandi). Melihat air yang secara psikologi saya rasakan sejuk itu, benar-benar satu cabaran besar setiap pagi kepada saya ..

water01.jpg 

gambar : http://static.flickr.com/21/33376740_16343cc01d.jpg 

Kalau saya tak bernasib baik, saya masih boleh terlelap semula dengan berpaut pada sinki. Tapi ada sesuatu yang akan ‘datang’ mengejutkan saya. Setiap pagi, tepat jam 5.50 pagi akan kedengaran deruman enjin bas sekolah yang pertama (bunyi macam bas mini) melintas tepi rumah. Biasanya, sesudah ‘terkejut’ mendengar bunyi bas itu barulah saya berebut-rebut seorang diri mencedok air dengan gayung dan mandi tergopoh gapah.

Selepas mandi tak da masalah lagi. Biasanya otak dah mula berfikir dengan lancar. Siap berpakaian sekolah terus pula menuju ke meja bersarapan. Sementara itu saya terdengar juga abah di biliknya sedang bersolat subuh. Saya terpaksa bersiap lebih awal kerana menunggu bas. Sarapan pagi yang emak dah siapkan dinikmati dalam suasana sepi pagi, cawan berlaga piring pun kuat bunyinya ..

Keluar dari rumah, pakai kasut dan lepas tu .. tak sampai 5 minit bas pun datang. Hari masih gelap. Sebaik menaiki bas biasanya dah tersedia tempat duduk yang tak diusik oleh budak lain kerana masing-masing dah ada kerusi yang ‘dipunyai’ secara tak rasmi. Dan di atas bas saya menyambung balik tido yang terganggu tadi hinggalah bas sampai ke sekolah ..

Ya semua itu hanya nostalgia. Ingatan yang betul-betul saya ‘layan’ dan nikmati semasa sedang mandi pagi tadi. Sekarang ni tiada lagi peluang itu. Saya tidak akan menyambung tido bila sampai ke ofis .. ahaha

  1. Hish. Beso beso pun maleh mandi. Nak kene bini tlg mandikan ke hah. Ekekeke.

    Pehtu, mengulau lagi. Pegi ofis sambung tido. Hish hish. Ini baru betul makan gaji buta!

    Wahh bukan main marah lagi. Hehe.

  2. dulu ms kecik bilik air sumer kt luar, punyer la berchenta nak mndi pg2. Tu pun mak dukung bawak trn dr rumah. Smbl gsk gg pun leh pejam mata lg😉

    • al-Marbawi
    • 23 Januari 2007

    huhu.. teringat jugak zaman muda mudi dulu.. tapi sebab ayah saya cikgu, tak de la terkejar-kejar bas sekolah.. tiap2 pagi, ikut ayah naik keta pergi sekolah.. tapi bile dah besor sket, bawak basikal sendiri pegi skolah.. maklumlah, ayah sibuk mesyuarat bila petang, so kena la bawak beskal sendri sebab habis sekolah bleh terus balik je.. hehe..

  3. sekolah kat KG. naik basikal pagi2. bila sampai kat sekolah ada kabus lekat kat bulu mata dan bulu roma…😉

  4. Assalamualaikum Warahmatullah,

    Membalas kunjungan saudara.

    Dulu saya bersekolah di Kuala Terengganu. Sudah selalu sangat tertinggal van untuk ke sekolah. Selalunya saya bermalam bersama nenek, rumahnya bersebelahan saja dengan rumah saya.

    Nenek selalu bangun awal, mengejutkan saya.

    Ah, rindu semua itu. Rindu pada keluarga, pada nenek, pada van, pada segalanya.

    Tak sabar untuk balik ke Malaysia. Tapi bila? Haha.

    Salam ziarah dari Nashville, TN.

    • sf
    • 23 Januari 2007

    wah rajin benar menuliskan kisah2 silamnya … hehehe seronok baca, teringat kisah2 silam saya, semasa zaman kanak2 paling menyeronokkan, tidak begitu?

  5. ayaq : sabar ayaq sabar .. malu bising2 orang ramai nie

    dayah : aduhai anjanye mak dukung turun gi mandi kat luar rumah .. tapi manis kan ?

    al marbawi : waa abahnya cikgu .. musti budak baik lagi excelent kat sekolah nie hehe

    amok : b’basikal dlm suasana pagi di kampung – mahal nilainya tu amok : )

    amar : ya itu nostalgia yg akan buat saudara dekat di hati dgn keluarga walaupun jauh kat Itali : )

    sf : itulah tujuan blog ini bro, tulis nostalgia sendiri dan insya Allah blogger lain akan turut digamit nostalgia mereka .. : )

    • penyubiru
    • 24 Januari 2007

    dulu masa student aku tido siang, jaga waktu malam.cam batman.theehehe..

  6. penyubiru : wahhh kau stay up ke kau ‘fly’ pegi pekan malam2 tu ? hehehe

  7. hai teringat ler pulak dulu masa sekolah dok kat asrama.. so selalunye seblum subuh dah kena mandi psl kalau tak AIR HABIS!

  8. Cikgu Azleen : oh betul sangat ! saya pun sempat merasai keadaan itu (kena buat entri khas ini) hehe

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: