Pesta Flora

Terdahulu, Selamat Hari Wilayah Persekutuan buat semua pemilik no 14 dalam IC iaitu orang-orang KL, Labuan dan Putrajaya. Apa yang best sangat jadi orang WP ni ? Ada lah kelebihannya dan kekurangannya yang tersendiri dengan orang-orang yang berasal dari negeri be-Raja atau Yang Dipertuan Negeri.

Berbalik pada cerita Hari Wilayah, apapun saya sememangnya tidak merancang untuk pergi menyaksikan ‘parade’ Hari Wilayah di Dataran Merdeka. Semenjak bermastautin di Putrajaya ni, nak pergi KL pun rasa macam jauh. Kecuali kalau ada hal penting atau memang telah merancang ingin bercuti. Jalan-jalan cari makan.

Sebaliknya, awal sebelum itu saya telah memilih untuk membawa keluarga menceriakan hujung minggu pada Sabtu, 27.1.2007 dengan menyaksikan ‘parade’ Pesta Flora di Putrajaya. Saja.. sebagai kenangan keluarga di bulan Januari 2007 lalu.

Di sini saya paparkan sebahagian besar detik yang akan menjadi nostalgia kami sekeluarga, semasa perarakan kereta berhias dan semasa kunjungan ke pameran.

palace_of_justice 

Port lepak famili saya, kat depan Palace of Justice.

florafesr04 

Negeri Sembilan ; Rumah Minangkabau.

florafest03 

Negeri Johor. Gorilla tu nak makan orang yang tengah menari Zapin kut hehe ..

florafest02 

Negeri Sabah di Bawah Bayu. Apa ya nama binatang ni ya ..

florafest01 

Dari atas kiri : Kementerian Kebudayaan – Negeri Sarawak – Negeri Kelantan – Negeri Pahang (besar sungguh gajah tu)

florafest11 

Kereta Lembu dari Negeri Melaka. Anak saya tu “tiru macam muka lembu ni” katanya ..

florafest10

Yang ni dia jegil biji matanya .. macam mata binatang tu

florafest08 

Bila tengok dari dekat, baru nampak yang bahagian warna putih tu beras rupanya. Yang merah tu (rebana) pula bunga-bunga ros.

florafest07 

Negeri Selangor dengan Masjid Negeri kebanggaannya.

florafest06 

Pulau Pinang. Johan Kereta Berhias. Memang cantik pun rerama ni.

florafest05 

Baru dapat tengok gorilla besor ni dari dekat (Minat betul mamat yang masuk kat gambar tu)

  1. Seronoknya dapat pergi tempat macam ni.. nak ajak suami saya dia teramatlah tak minat.. saya ni.. bukanlah jenis terlalu teruja dengan benda macam ni.. cuma ya lah.. sebagai penulis benda-benda macam ni penting buat saya..🙂

  2. pedang dah bercahaya, hendak dihunus jua. Jikalau tidak, cahayanya bakal hilang. hehe… jedi.

    Salam. Kalau ada anak2 mesti seronok membawa ke pesta flora. Tapi rimas pula bila dah ramai orang.

    Jemput ke blog legenda saya. Akhirnya ada entri baru. Biasa-biasa aja. http://www.daluwarsadunia.blogspot.com

  3. err..serius aje plak baca komen di entry saya tu…nk bncg ape yer? saya sendiri masih dalam dilema. Tp kalo ada benda nak bg tahu emel lah saya.

    hidayahyusof@gmail.com

    ps: saya cuba meng’csi’ emel anda tapi tak dpt, so saya bg emel saya😀

  4. Yehhh orang penang memang terer hahahaha.

    Tu bukan sesumpah ka? Eh, iguana ka? Eh eh eh.

    Beras tu kalau aku tanak nasik pun kenyang seminggu.

  5. eemm.. akhirnya ada gak org share something pasal mende ni kat blog. thanks jeff! ari tu aku dah merayu2 kt blog aku suruh org share..keh..keh. kebetulan lak aku takde meeting kt KL time tuh. ni aku kat KLIA ni. ade la plak meeting time dah lepas. isk!

  6. nieys : lain orang lain minatnya .. offer la dulu che abang awak tu, banjer dia makan. pastu baru gi jenjalan .. (heheh cakap senang je)

    ariyatna : tang rimas tu lah thrill nya hehe. web tu saya pernah baca b4 this. tapi imaginasi saya tak jugak membayangkan Jedi .. sebaliknya membawa kepada tanah tinggi Scotland dan pedang besi dalam Highlander

    dayah : hehe ‘meng-CSI’ .. best ayat tuh. ok CSI Kajang (ikut alamat pos) akan menghantar email dalam sedikit masa

    ayaq : haaaa betul sesumpahhh .. wah memang national geografik betul kau ini

    amok : oh kau ada merayu ke? so kira entri ini khas untuk kau laa .. hahah

    • al-Marbawi
    • 8 Februari 2007

    walaupun IC aku kat tengah 38 (negeri Perak) dan aku belajar di KL, aku masih bangga jugak jadi warga KL tapi tak sebangga aku jadi warga Perak.. huhu.. teman tak dapat pegi Hari Wilayah hari tu sebab teman ada lawatan kerja ke Kuala Terengganu.. huhu..

  7. Assalamualaikum wbh… cantiknya float yang mereka bina tu. Ermm… anak kecil yang berbaju putih tu pun diperbuat daripada bunga dan beras ke? Huhu… saja kacau.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: