Ulangtahun ke 74 Tentera Darat

rtm1

Telah sebulan blog ini saya tinggalkan. Alhamdulillah segala urusan / tugas berjalan lancar. Terima Kasih di atas doa yang diucapkan oleh rakan sekalian.

Semalam 1 Mac, iaitu hari terakhir saya dalam menjalankan tugas yang panjang itu kebetulannya bersamaan dengan tarikh Hari Tentera Darat. Saya berkesempatan menonton seketika perbarisan di Port Dickson (tempat lahirnya Tentera Darat Malaysia) melalui siaran langsung di RTM1. Seingat saya itulah julung-julung kalinya diadakan siaran langsung perbarisan ulangtahun hari tentera darat di kaca TV.

Aura tentera dgn diri saya nampaknya masih tebal dan saya rasa bangga menyaksikan perbarisan itu walaupun hanya melalui kaca TV. Nampak begitu berbangga anggota perbarisan mempamerkan kawad senjata yang tersusun kemas dan rapi. Derapan boot bergerak seiring dengan paluan drum. Persenjataan dan kenderaan tentera darat juga dipamerkan melalui perbarisan. Das-das meriam (pasti sekali membingitkan jika didengar di loksasi sebenar) diletupkan semasa pembacaan ikrar.

Rupa-rupanya satu dua kawan lama saya juga turut menonton di tempat mereka. Berasa terharu dengan apa yang ditonton, mereka menghantar sms dan kami saling menyampaikan ucapan tahniah sesama sendiri. Tatkala itu, wajah-wajah rakan lama yang lain .. entah di mana mereka sekarang kembali menerpa ingatan. Saat-saat pahit manis semasa berseragam sekejap satu masa dulu kembali segar membuatkan saya termenung jauh.

Di Pusat Latihan Darat (PULADA) Ulu Tiram Johor, terdapat satu lukisan yang dihasilkan hanya menggunakan permanent marker. Tidak diketahui siapa pelukisnya. Bagi saya gambar ini begitu membara semangatnya. Sempena ulangtahun tentera darat ke-74 ini saya kongsikan gambar itu di sini.

PULADA 

Gagah Setia – Sentiasa di Hadapan – Gempur Wira

  1. wahhh.. selamat kembali.. dan selamat menyambut hari tentera darat..

    cantik gambar tuh.. tak seperti dilukis dengan marker-pen..

  2. welcome back! huhuu..taktau nape aku rasa terharu lak dgn entry pasal tentera ni..

  3. welkam back…balik jer terus membawa semangat patriotik. Syabas!

    • kertasterbang
    • 3 Mac 2007

    bro..my father was in army service..those day, we were travelling each 4 yeas around malaysia…nice experience anyway…but the sad thing is none of my siblings enter into uniform service…hehehe..

  4. Slamat Hati Tentera. Tabik sket..🙂 Askar tu pegang rifle apa tu? Tak nampak macam M-16 & Steyr?

  5. cikgu azleen. betul marker pen tu. gambar tu dilukis atas white board.

    amok. terharu ke ? ada aura jugak la tu. ; )

    mik. tQ .. yelah sekali sekala. sempena 50 tahun merdeka thn ni.

    kertasterbang. takpe nanti ada kut cucu2 yang ikut jejak atuk dia .. hehe

    fuad. tabikk semulaa. M-16 la tu. tapi lukisan kan, mungkin bentuk dia tak actual sangat : )

  6. Terima kasih, akhirnya terjumpa juga pemcarian saya blog spt ini untuk saya muatkan dalam website saya

    Teruskan

  7. lupa nak komen ..banyakkan cerita berbentuk nostalgia -untuk renungan pelajar masa kini
    Dari meja http://www.addmathtambahan.biz

  8. ada jgk geng lama tak updet blog,hehehe

  9. Zanli, Terima Kasih banyak2 atas lawatan dan dorongan. Cerita memang banyak dalam kepala .. cuma saat dan minit tidak henti berlari dan saya tak sempat mengejarnya.

    dayah, ni bukan stakat tak updet blog je .. tapi absence terus ..

  10. Teringat kisah seorang abg askar yg saya temui, dia telah bekerja 20 thn dan hampir pencen, katanya zaman dia dahulu memang keras berbanding dengan zaman sekarang, betulkah begitu?

  11. menyerlah betul topi purple tu..

  12. jasamu dikenang

  13. perhimpunan adikuasa ku juga telah selesai. tapi yang lain masih dikerjakan. salam temu lagi.

  14. SF.. pada zaman darurat (tahun 70an, darurat kedua khasnya) ancaman komunis amat getir sekali. Cerita seorang sahabat saya Lt Komander, TLDM (bersara) yang juga bekas penuntut RMC, sebaik sahaja menamatkan pengajian tinggi mereka ditempatkan ke rejimen/unit (dulu, student RMC ada perjanjian untuk berkhidmat dalam tentera selepas tamat belajar). Rakan baik beliau ditempatkan dalam RAMD dan terus dihantar beroperasi ke Sarawak. Itulah operasi pertama dan terakhirnya kerana terkorban akibat jerangkap samar.

    Nieys .. tu warna maroon sebenarnya. Para trooper (payung terjun) Rejimen Renjer : )

    Penyu .. Alhamdulillah, khasnya untuk mereka yang telah gugur

    Ariyatna .. salam dan ketemu lagi. perjuangan memang sentiasa berterusan : )

  15. gambar tu besar pengertiannya kalau dapat di abadikan di t-shirt tentu lebih menarik.

    • NYN
    • 31 Ogos 2008

    ATM- kalian adalah pahlwan negara yang patut diberi setinggi2 penghargaan… Tanpa kalian udara nyaman dan segar takkan dapat kita semua sebagai rakyat malaysia kecapi…May you all be blessed with the best life has to offer!

  16. Salaam🙂

    Botak, cadangan itu sungguh bagus. ATM patut pertimbangkan !

    NYN, they are the future soldier for future battlefield ..

    • Capt (R) FOB
    • 1 Mac 2011

    Teringat semasa dlm TD dulu. Mmg sedih, pilu, nostagia mengingatkan masa dulu. Skrng dah jadi org awam tapi semangat aku masih di alam itu..hehehe..tapi sayang tak seorang pun anak2 aku join Tentera.

    • Capt (R) FOB
    • 1 Mac 2011

    Mmg tentera dulu lasak dan keras. Rasanya sekarang pun begitu jugak. Aku bangga pernah berkhidmat untuk negara walaupun tiada ganjaran dr kerajaan. Itu pengorbanan namanya..

  1. 1 Mac 2011

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: