Siri Televisyen 1970 & 80an

Beberapa bulan kebelakangan, jarang sekali saya berkesempatan mengarang kisah-kisah nostalgia kerana sibuk dengan tugasan. Beberapa entri sebelum ini lebih berkisar tentang kenangan manis bersama keluarga semasa bercuti tidak lama dulu.

Untuk kali ini saya terasa ingin menulis tentang nostalgia siri-siri TV lewat 1970-an dan awal 1980-an. Boleh dikatakan budak-budak zaman dulu amat seronok menonton siri-siri TV dari Barat bertemakan zaman koboi, kepolisan dan tentera. Keseronokan itu diterjemahkan pula dalam bentuk aktiviti waktu petang seperti main perang-perang atau polis tangkap pencuri. Dari situ jugalah tumbuhnya cita-cita yang segar, dan bila ditanya ‘kamu nak jadi apa besar nanti?’ mereka tak ragu-ragu menjawab ‘nak jadi polis’ atau ‘nak jadi askar’.

Kanak-kanak sekarang pula ingin menjadi penyanyi kerana terpengaruh dengan program-program realiti hiburan yang tidak cukup-cukup muncul satu demi satu.

vic-morrow-02.jpg vic-morrow.jpg
home.neo.rr.com/vicmorrow, http://www.karlwells.com/aug2003.htm

Salah satu siri TV terawal yang saya minati ialah ‘COMBAT’ yang berlatarkan pertembungan Amerika dengan Jerman dalam Perang Dunia Kedua. Boleh dikatakan tiada kanak-kanak sezaman saya yang tidak tahu siri ini serta pelakon utamanya, Vic Morrow sebagai seorang Sarjan. Kalau tak silap, beliau telah meninggal dunia pada tahun 1982.

Kalau siri koboi pula, sudah tentulah ‘HIGH CHAPPARAL’ yang mengisahkan kehidupan sebuah keluarga penggembala lembu dengan watak-watak utama seperti Monalito dan Blue Boy. Tapi bila tiba waktu bermain bersama kawan-kawan, ramai yang lebih berminat jadi puak Red Indian Apache dengan salah seorang menjadi ketua yang dipanggil Chief sepertimana dalam siri itu.

high-chapparal.jpg chips02.jpg chips01.jpg
http://www.asjcollection.com/current/culttv.html, http://img35.exs.cx/img35/6579/chips4xz.jpg,

Minat terhadap polis trafik di kalangan budak-budak pastinya didorong oleh siri ‘CHiPs’ iaitu kisah dua orang polis peronda (California Highway Patrol) berseragam coklat muda dan bermotosikal besar. Pelakon utamanya ? Erik Estrada yang kononnya sangat digilai heroin-heroin dalam setiap episod.

swat.jpg starsky-hutch.jpg starsky-hutch-torino.jpg hawaii-five-o.jpg

http://www.dvdtvshows.com, http://www.tvacres.com/autos_ford_starsky.htm,
sites.inka.de/edruta/tvzone.htm

Selain itu siri-siri polis lain turut mewarnai hidup kanak-kanak di zaman itu. Siri SWAT (Special Weapon And Tactics) adalah tentang unit elit LAPD yang berpakaian komando, menuruni bangunan dengan tali, memanjat trak yang sedang bergerak laju dan berhadapan dengan penjenayah yang lebih ganas dari penjenayah biasa. Siri ini telah difilemkan semula beberapa tahun lepas. Begitu juga dengan siri STARSKY & HUTCH, kisah tentang dua orang polis dengan kereta merah jenis Torino. Yang menariknya, berapa kali terbalik dan hancur pun kereta ini pasti akan elok balik dalam siri minggu depannya.HAWAII FIVE O yang menarik dengan lagu tema berlatar gelombang ombak Laut Pasifik di pantai Kepulauan Hawaii cukup thrill apabila berbunyi sahaja radio polis, tentunya adegan kejar mengejar pun bermula.

Selain cerita-cerita polis, kisah JAWS dengan jerung ganas pula sangat mengecutkan perut dan secara psikologinya kanak-kanak diajar bahawa jerung itu jahat ! Manakala INREDIBLE HULK dan PLANET of THE APES juga telah lama dikenali kanak-kanak sebelum difilemkan semula beberapa tahun dulu.

six-million.jpg b-videos101.com

Akhir sekali, yang tak boleh saya lupakan (save the best for last la ni) ialah SIX MILLION DOLLAR MAN dengan watak utamanya STEVE AUSTIN lakonan Lee Majors, tentang orang yang mempunyai kekuatan luar biasa. Aksi berlari dan berlawan di-slow-motion-kan (dengan bunyi latar macam bunyi besi) dan kononnya masa itu dia sedang berlari sangat laju atau menumbuk lawannya dengan sangat kuat. Susah nak saya jelaskan tapi bagi yang tahu, tentu faham.

Dan kadangkala, dek kerana terlalu asyik menonton siri-siri kegemaran ini maka emak akan mengetapkan bibir sambil berkata “Kamu ni tak sudah-sudahnya tengok TV ! Kerja sekolah kamu dah siap ke belum ??”

Bagi generasi yang tak sempat menonton siri-siri TV itu, mungkin tak heran dengan apa yang saya tulis ini tapi saya percaya siapa yang pernah menonton kesemuanya masih boleh membayangkan keseronokannya.🙂

  1. Salam.
    oh oh! bro! budak teknik bukit piatu ke? ha ha ha. batch tahun bila? adeii. senior saya rupanya😀

    oh oh! saya suka tengok air wolf. besh! tapi masa saya kecil-kecil dulu banyak cerita hantu. dah tak ingat dah la😀

    Salam.

  2. wah mencatat sejarah ni, 1st time jumpa blogger sama sekolah ekeke. saya batch 89/90 .. akira ?

  3. uish…cerita pasal TV always my favret.
    Sherif Lobo, Blue Thunder, Greatest American Hero, Mork & Mindy, Charlie’s Angel etc…(dulu selalu feeling-feeling jadi Sabrina Charlie’s Angel).
    Dolu suka buat kerja sekolah depan TV…sampai sekarang buat kerja ofis plak depan TV…he he.😉

  4. Salam.

    wah ni super duper senior ni😀
    saya batch 99/00.
    sepuluh tahun lepas bro tinggalkan bukit piatu tu. ha ha ha.
    selalu ke pergi gath bukit piatu?

  5. mik .. mork & mindy ; robin william muda sangat lagi🙂
    dan kalau buat keja ofis depan tv, kena buat karangan mcm kat sekolah dulu ‘pengaruh TV ke atas kanak2’ tapi tukarkan tajuknya jadi ‘pengaruh TV ke atas orang tua’ haha

    akira .. hmm mcm dlm filem tu kan bila tertulis .. ’10 tahun kemudian’ .. hahaehe. saya dah lama tak ke sana. gath pun jarang join cuma jumpa2 sesama member yg still keep in touch🙂

    • al-Marbawi
    • 13 April 2007

    huhu..aku ni pun lahir dalam tahun 80-an.. teringat jugak crite-crite kartun zaman tu, Thundercats, He-Man, TMNT, dan macam-macam lagi. Paling aku minat crite Back To The Future tu la.. banyak moral values yang boleh korang dapat kalau teliti betul-betul. Maklumlah, rancangan tempatan tak banyak keluar lagi, tak macam sekarang.. tambah pulak ngan rancangan realiti yang tak bermakna langsung tu..

    sekurang-kurangnya bila zaman dulu, budak-budak tengok kartun, diorang akan mengadaptasi hasil tontonan mereka itu dalam permainan dan habis begitu sahaja bila habis bermain.. berbeda pula dgn zaman sekarang, tgk rancangan realiti menyanyi kemudian mula bercita-cita nak jadi penyanyi…hari-hari dok menyanyi… ish..lagho..lagho…

  6. ahhaha..masa tu aku keciiik lagi. tapi leh ingat gak siri2 tu. 6mill$man tu suka gak. pastu mcgyver. tak lupa jugak oshin. hehe.. tapi dari dulu sampai la ni, masih tk dpt follow cite oshin semua episod.

  7. …itu belum kira zaman masa saya di perengkat sekolah rendah.Pernah dengar “The man from U.N.C.L.E”, “It takes a thieve” , “Land of the giant”, “”Voyage to the bottom of the sea”;”Department S”

    Kalau tak silap saya, dalam filem Laksamana DO RE MI , watak yg dipegang oleh Seniman Hussein Abu Hassan, digambarkan mempunyai wajah iras Jason King.Kalau nak tahu , itu watak hero dalam “Department S”

    Perhatian: Pelakon Holywood -John Voight -tiru gaya berlakon En .hussein Abu Hasan ! – Cuba lihat antara filem beliau-“Runaway train”
    begitu juga Linday Wagner -Heroin “Six Million Dollar Girl / Man ” meniru gaya lakonan Seniwati Azean Irdawati !

  8. bro zanli .. siri Land of The Giant & Voyange To the Bottom of The Sea saya masih ingat. tapi tentang John Voight meniru Hussein Abu Hassan dan Lindsay Wagner meniru Azean Irdawati belum saya lihat lagi. Saya ingin mencari filem Runaway Train satu hari nanti🙂

    • khearue
    • 26 Oktober 2008

    setuju pendapat anda.saya yang dilahirkan tahun 70an mmg mempunyai ingatan pada filem2 yang anda ceritakan.mmg tak dinafikan bahawa pengaruh filem2 itu ada mberi kesan nostalgia yang kuat bg generasi zaman2 itu.ada byk lg cerita2 seperti bj and the bear,incredible hulk,shazam,daktari…..saya ingin cadangkan un tuk di imbau juga kartun2 atau animasi2 yang ditayangkan dulu antaranya toriton,dan byk lagi

    terima kasih atas pandangan yg diberikan. utk tulisan tu, saya cubalah kalau ada ruang yang mengizinkan ya : )

  9. nostalgia habissss… tapi dolu harga talibesen mahal gila… abah saya punya tv cap phillips, made in holland… beli dari kapal landing kat s’pore… 16 inci kalau tak silap… channel ada 12 aja, jenis tekan bunyi “chtek! chtek!”

    kartun animasi best yg pertama dialihbahasa ke bahasa melayu kalau tak silap ialah Captain Future (Jepun)… tahun 80an… siri drama tv soap opera lepas maghrib pulak Little Girl In A Prairie, kalau tak silap… saya bosan tengok cerita tu sebab tak ada tembak2.

    • su
    • 18 Mei 2010

    saya smt bkit piatu batch 89/90 kelas pertanian 2
    ada yg mengenali, tolong respond.

  10. I do believe all of the ideas you’ve offered for your post. They’re very convincing and can definitely work.
    Nonetheless, the posts are very short for novices. May you
    please prolong them a little from subsequent time? Thanks for the post.

    • poktan
    • 15 Jun 2015

    agaknya dimana boleh dapat cd/dvd koleksi cerita combat ini agaknya .????
    cerita yg penuh motivasi displin dlm alam peperangan…

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: