Budak Sekolah Rockers

ROCK. Sukar bagi sesiapa yang tidak mengerti falsafah muzik ini untuk memahami jiwa mereka-mereka yang menyanjung aliran muzik ini. Saya memasuki alam remaja ketika muzik rock sudah mula bertapak kukuh di tanah air sekitar tahun-tahun 1985. Pada masa itu, nama-nama band rock 70-an dari Barat seperti Rainbow, Scorpions, Iron Maiden, Dio, Black Sabbath, KISS, Whitesnake telah sedia dikenali ramai.

Berterusan lagi pabila munculnya band-band rock tahun-tahun awal 80-an antaranya Metallica, Megadeth, Cinderella, Motley Crue, Bon Jovi. ‘Rock scene’ tanah air pula menerima kelahiran generasi Battle of The Bands. Walaupun banyak band yang berjaya mengukir nama besar ketika itu namun yang benar-benar bertahan ke hari ni boleh dikatakan cuma Lefthanded dan Search sahaja. Selain itu ada Rusty Blade (Yantzen’s) band dari Singapura manakala May dan Wings pula adalah generasi selepas dari Battle of The Bands.

Bagi sesiapa yang ingin cuba memahami tentang rock, anda boleh cuba menonton filem ‘Detroit Rock City’ dan ‘School of Rock’. Filem Melayu ‘Rock’ bagaimanapun hanya berkisar tentang persekitaran pada zaman itu dan tak banyak menekankan falsafah tentang rock.

Tahun 1986.

Berbalik pada zaman di mana rock adalah segala-galanya, semasa itu saya mula memasuki sekolah menengah (Cochrane Road School). Fesyen dan gaya rockers turut diterapkan ke pakaian seragam sekolah putih-hijau. Antaranya fesyen seluar poket ‘L’ dengan potongan ‘straight cut’ atau ‘slim fit’, bandana (key) merah, aksesori seperti tali pinggang dan buckle kepala Red Indian, peluru atau tengkorak.

Fesyen rambut disikat menegak ke atas. Malah budak-budak yang berani turut memakai celak hitam tipis. Peralatan sekolah juga turut mempunyai identiti rock seperti kasut ‘hi-cut’ jenama Carefree (macam jenama Converse) dan ‘beg gantung’ iaitu beg kain hitam dgn. gambar kumpulan rock yang dijahit sendiri atau boleh dibeli dengan mudahnya di mana-mana pada waktu itu.

Kebanyakan sekolah bagaimanapun tidak mengizinkan pemakaian buckle lalu mengharamkan terus tali pinggang. Gambar-gambar berikut adalah antara apa yang saya ceritakan tadi :

rock-style-students.jpg

sumber gambar :

http://www.therealsim.com
http://www.chemocareheadwear.com
http://www.rabanser.com
http://www.belts-n-things.co.uk

Untuk mengubahsuai / menempah seluar pula serta memilih ‘beg gantung’ pelbagai rekabentuk, ‘booth’ Waris yang terkenal di Puduraya pada masa itu menjadi pilihan utama untuk mendapatkan barangan berimej rockers.

Sebagaimana yang dikatakan oleh kebanyakan orang, ROCK adalah satu fenomena dan bukan setakat muzik sahaja. ROCK merentasi zaman iaitu semenjak akhir tahun 60-an hinggalah sekarang. Jika di tahun 70-an muzik heavy metal mendominasi aliran rock, hari ini muncul pula modern rock. Tapi ia tetap berbeza. Kenangan di zaman sekolah menengah dengan persekitaran rock scene yang pelbagai warnanya, sesungguhnya sungguh manis. Dan kini hanya tinggal kenangan yang dilayan semasa mendengar kembali lagu-lagu rock lama.

rock.jpg

  1. Salam.

    wah! otai rock ya dulu. huhu~
    tak ada gambar bro ke zaman dolu-dolu.
    teringin nak tengok ni😛

    Salam.

    • ayaq masak
    • 16 April 2007

    eh ayaq ada cif red indian tuh!! Hehe tapi la ni taktau ilang pi mana dah.

  2. hahhahh.. teringat kat kwn2 aku yg rock. tak padan dgn skolah agama.. hehe. yg pasti, bila kena spot cek, dorang la yg kena. ‘rambut ekor’ simpan dlm songkok..hehe.

  3. akira .. gambar zaman dulu2 takleh disiarkan kerana dikhuatiri menjejaskan keselamatan negara hehe

    ayaq .. ish buleh tahan rock jugak kamu nih

    amok .. ya betul ttg budak2 sekolah agama masa zaman tu, rock-rock jugak sembahyang tidak dilupa kata diorang eheh

  4. Rock sampai mati.. Haha..

  5. fuad .. tanak ler aku rock sampai mati, takut

  6. Dah lama saya tinggalkan zaman ini setelah memasukki alam pekerjaan, tapi saya masih menyimpan koleksi mereka dlm format mp3 yang saya muatturun sendiri dari internet. Kumpulan Juas Priest, Megadeth, Great White, Cinderella, dan banyak lagi ler. bila join matriks – saya berkenalan dengan rakan2 yang meminati aliran yang sama, tapi lebih ‘keras’. Mulah saya berkenalan dengan kumoulan Destruction, Overkill, Testament, Anthrax, DRI dll. Huwahhh tapi akhirnya bermain gendang silat sahaja. Hehehehe …

    p/s : “Jawapan kepad – Cuba perhatikan betul-betul : Saya dikelilingi oleh awek2s laaaa, hehehe. Jangan marah.”

  7. yup memang diketahui SF adalah rockers otai. bergendang pun dikira drummer jugak apa .. haha. long live rock n roll brader !

    .. dan oh ya gua pura2 tak perasan lu dikelilingi ramai awek kat show tu .. heh

    • rhido doank
    • 13 Julai 2007

    ROCK N ROLL

  8. hai…………..Rock sampai bile???????Rock sampai tue…………..hahaahhahahahahahah………..EMO ROCK!!!!!!!!!!!!!bagi peminat2 MYCHEMICAL ROMANCE…jangan lupe……sentiasa EMO!!!!

    • black
    • 30 Ogos 2007

    wah…gilerlah…wa memang minat giler zaman rokers dulu-dulu ni.gempaklah….

    biar kita rockers sampai tua,tapi sembahyang dan agama jangan lupa…

  9. Rhido, Gerard, Black ..

    ya rock cuma aliran. agama tetap jadi pegangan.

    p.s. eh nama korang ni pun dah macam member rock band🙂

  10. salamz~ bro ..

  11. hidup muzik lagenda

    • yen
    • 16 September 2007

    uhuhu..web pa nie?…lallaalla..utk kaki rock yerk~..aku tak..tapi ble bg comment gak kan…

    • yen
    • 16 September 2007

    hidup tuk aku ye…

    • AkuNrock
    • 16 November 2007

    gabungan anak muda malaysia……..gammaaaa dengan lagunya kembang terhalang…..mmg rock sgt zaman tu best gielr

  12. Saloma
    salam kembali. terima kasih datang.

    Yen
    utk rockers, bekas rockers dan bukan rockers : )

    AkuNrock
    ya zaman itu x dpt dilupai .. : )

    • hArMyEo
    • 26 Februari 2008

    rock takkan hilang didunia………………………………
    walaupun luar nampak simple tp dalam mesti rock beb…………………..

    • qiela
    • 4 Mac 2008

    go go ciyok.!!!!

    • qiela
    • 4 Mac 2008

    sweet-19!!!!!

    • nonoi
    • 4 Mac 2008

    peace!!!!

  13. !

    • eyla..wuzzy
    • 28 Jun 2009

    rock ker?
    cam x rock jer!!..haha

  14. rock ker??
    cam x rock jer!!..haha

  15. HYE CMEY…’LEH KNAL ARK???!SAYE DAK BRU KT CNI…”

  16. TAK DE CPEY2 KE YG NAK KNAL NGAN SYE..??!HUHU… SDIHNYE…”

  17. SMEKOM JEFF…’LEH ARK LAU SYE NAK KNAL NGAN AWK…???!”

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: