Budak Sekolah Rockers (2)

Sememangnya banyak cerita tentang kenangan zaman rock tahun-tahun 80an dulu. Cerita tentang pakaian, bahasa (gua-lu), lagu-lagu, band-band yang berkarisma dan tak kurang juga tentang impian remaja untuk mempunyai band sendiri. Mungkin tak banyak beza dengan generasi kini yang ingin menjadi penyanyi melalui program-program realiti. Tapi bagi saya, laluan untuk bergelar rockers dulu lebih ‘jujur’.

Kebanyakan mereka yang berjaya muncul sebagai band rock biasanya telah melalui ‘saringan’ getir. Pada masa sama bekerja di warung nasi lemak atau burger, atau sebagai buruh binaan, mereka berlatih sendiri di jamming studio. Sambil bekerja dan berlatih di studio, mereka berusaha sendiri mencari peluang membuat persembahan di majlis kenduri kahwin dan seterusnya ‘fun fair’ lalu menyertai pertandingan pentas.  Sekiranya ada nasib barulah berpeluang pula untuk muncul sebagai band yang bermain di kelab-kelab. Selepas itu barulah difikirkan tentang peluang untuk merakamkan album. Itulah perbezaan tentang ranjau perjalanan untuk bergelar band rock. Itulah juga apa yang dilalui oleh Search, Lefthanded dan May, misalnya.

Lalu atas keadaan itu, tidak semua budak-budak peminat aliran rock menyimpan cita-cita besar untuk muncul sebagai band rock kerana sedar akan kesukarannya. Maka tidak hairanlah pada masa itu kalau ramai budak-budak sekolah yang sangat gilakan muzik rock tapi tiba-tiba mengejutkan guru-guru mereka apabila mendapat keputusan SPM yang cemerlang atau baik. Antara mereka ada yang berangkat ke universiti luar negara, ada juga yang mendaki menara gading tempatan, ada yang masuk kolej-kolej kemahiran dan muncul sebagai usahawan berjaya. Semua ini kerana, dalam mereka menyanjungi muzik rock mereka tetap tidak mengenepikan pelajaran. Misalnya, Belantara dan Cromok adalah antara band rock yang muncul dengan album semasa melanjutkan pengajian di luar negara.

Moral : Kepada generasi muda dan ibubapa mereka hari ini, janganlah dibuai sangat dengan tangis hiba program realiti dan lebih dari itu janganlah meletakkan anggapan bahawa ‘adalah ok untuk berjaya dalam program realiti walaupun tak menjadi dalam pelajaran’.

1988

.. orait brader, berbalik tentang nostalgia budak sekolah rockers. Mengenai perkembangan muzik rock sebagai aliran mainstream masa itu, seperti yang dikatakan tak hairan kalau rata-rata budak-budak sekolah menyimpan hasrat untuk mempunyai band sendiri.  Ada yang suka suka. Ada yang benar-benar serius. Di kawasan bandar, di sekolah-sekolah yang agak liberal (tak semua sekolah bandar liberal) agak biasa juga kalau dianjurkan pertandingan-pertandingan nyanyian.

Di Cochrane, kami agak bertuah kerana ada persatuan yang menganjurkan pertandingan dari masa ke masa. Agak ramai juga pelajar Cochrane yang menubuhkan band sendiri dan menyertai pertandingan yang dianjurkan. Saya masih ingat pada tahun 1988 itu, selepas peperiksaan SRP selesai dijalankan pelajar-pelajar Tkt.3 masih diwajibkan untuk hadir ke sekolah bagi baki beberapa minggu sebelum cuti akhir tahun walaupun tidak ada apa-apa lagi yang nak dipelajari dalam kelas. Untuk elakkan pelajar memonteng, aktiviti-aktiviti luar kelas dianjurkan oleh sekolah termasuklah satu pertandingan muzik antara kelas-kelas Tkt 3.

Dan inilah part yang saya paling malu nak tulis sebenarnya. Ya, saya dan beberapa orang kawan karib telah mendaftarkan band kami dalam pertandingan tersebut !  (ok, saya mengizinkan kamu gelak kalau mahu).

Instrumen ?  oh saya tak main alat muzik. Saya adalah vokalis. But seriously guys, the band was real. Band itu ditubuhkan sebelum kami di Tingkatan 3 lagi. Cuma tak serius je, sekadar suka suka. Anggota band ini tiga orang sahaja (style SYJ). Selain saya, Halim bermain gitar dan Asrul drummer. Belum ada bassist masa tu. Selalunya kami lepak main-main gitar kapok di rumah Halim ja sebab rumah dia paling dekat kat sekolah.

Pada asalnya, berkumpul di rumah dia pasal buat study group tapi bila boring kami main lagu. Saya akui Halim memang bagus main gitar, mewarisi kebolehan bapanya bermain alat muzik. Kami kerap memainkan lagu Lefthanded. Masa tu kami juga ada lagu yang digubah sendiri. Tapi tak pernah perform kat orang lain kerana takut malu kalau kalau dikutuk.

Lepas mendapat tahu tentang adanya pertandingan itu, kami berbincang dan setuju untuk masuk. Pada mulanya kami bercadang untuk menyanyikan lagu ‘Keadilan’ atau ‘Seruan’ oleh Lefthanded tetapi lagu tu kena reject kerana berkonsep heavy metal.

Di hari persembahan, suasana amat meriah. Semangat rock terasa amat membara. Baru kami saling mengetahui siapa budak-budak lain yang masuk mewakili kelas masing-masing. Ramai antara mereka juga adalah pelajar Cochrane yang tinggal di Asrama Tun Dr. Ismail (ATDI @ ATUDISMA). Dalam ramai-ramai tu ada seorang pelajar yang kehebatannya bermain gitar sudah diketahui seantero sekolah. Yang saya ingat cuma nama gelarannya iaitu Mumra (ingat Thundercats?).

Bila Mumra sampai dan muncul dengan gitarnya, kami tahu gerenti band dia akan menang. Tapi Mumra selamba menjawab “relax beb, tada kalah menang .. kita semua rockers”. Memang benar, kerana di belakang pentas kami tidak lagi berbeza tetapi sesama cuba-cuba memainkan lagu yang akan dipersembahkan oleh band lain.

Sebaik pertandingan dimulakan, barulah semua orang berasa gementar. Bila tiba giliran kami naik ke pentas  .. hah, STAGE FRIGHT !! Member satu kelas kat bawah dah terpekik pekik menjerit “rockkkk 3B !!”. Halim mula dengan petikan solo dan sejurus itu saya melaungkan “Cochrane, nyanyi bersama kami !!!” lalu disambut suasana riuh rendah. Lagu pertama adalah lagu joget diberi nafas rock yang dicipta Halim sendiri dan diikuti lagu slow ‘Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi’ yang dipopularkan oleh Lefthanded.

Ya. Itulah persembahan pertama dan terakhir band kami bersama. Saya takkan melupakannya.

Tiba giliran ‘Mumra and Friends’ , dewan sekolah semakin riuh rendah. Mereka mainkan lagu ‘Misteri Mimpi Syakilla’ yang sedang top di hujung tahun 1988 itu. Seperti yang dijangka mereka muncul sebagai pemenang.

Selepas dapat result SRP, kami telah berpecah. Halim masuk ke Teknik KL manakala saya ke Teknik Melaka. Asrul stay kat Cochrane. Mumra, semasa datang ambil result SRP dia berambut panjang. Malangnya keputusan SRP dia tak berapa baik dan katanya dia ingin terus main muzik. Saya tak tahu di mana mereka semua sekarang.

Sehingga hari ini, saya masih menyanyi cuma untuk suka suka. Sekali-sekala kalau ada persembahan atau majlis anjuran ofis, saya tak keberatan naik ke pentas. Setiap kali menyanyi saya akan teringatkan pengalaman pertama berada di pentas yang diceritakan ini. Kepada rockers Cochrane di zaman saya .. you guys rock !

fender.jpg

http://img15.photobucket.com/

    • akirasuri
    • 20 April 2007

    adeii! kenapa sukar mahu mengomel ni? ha ha ha. kotak komen ni dengki pada sayakah?

    oh oh! saya suka membaca entri ni. kalau dulu, bagi saya dunia hiburan itu lebih jujur, semua yang jadi penyanyi itu datang dari latar yang bermula dari bawah dan ada yang berjaya. tapi kini. ha ha ha. lihat sajalah AF dan segala macam hiburan realiti yang disogokkan, semua menipu dan sekadar untuk untung pihak penganjur. menci!

    pstt: saya suka juga layan lagu rock jiwang zaman dulu-dulu, hati jadi senang.😀

    oh oh!

    • penyubiru
    • 22 April 2007

    hidup rock kapak! yearggghhh!

    • ayaq masak
    • 23 April 2007

    tak suka gile bila orang cakap gua-lu. Macam penagih dadah ja hohhhhhhhh.

  1. akira .. rancangan realiti terbaik rasanya Bintang RTM zaman arwah Sudir, Jamal dan Ramlah Ram dulu : )

    penyu .. otai-otai semua, say “yeahhh!!” haha

    ayaq .. lu tak suka tadahal. tapi gua caya lu tetap rock laa minah ! hehe

    • Noel
    • 1 Jun 2007

    Haha. Terigat juga zaman rockers tu. Masa kat CRS saya pernah menang categori ‘group’ dalam Bakat CRS. Lepas tu semua member pergi ke luar negeri melanjut pelajaran …

    Habis band saya …

    Terima kasih untuk memori ini.

    Noel

  2. Noel !!

    lama tak nampak u brader. the next time u balik M’sia hopefully boleh jumpa? email kat saya .. jaffrizaini@yahoo.co.uk

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: