Menonton Ninja Turtle The Movie

Oh tak terasa sudah tiba ke satu lagi penghujung minggu … kerana baru saja di hujung minggu lalu saya dan isteri menunaikan janji kepada anak kesayangan kami yang begitu ingin menonton Tenage Mutant Ninja Turtle di KLCC. Ramai juga yang datang menonton seisi keluarga. Elok lah tu🙂

http://www.wetaworkshop.co.nz/

Bagi saya tidak timbul istilah terlalu ‘tua’ untuk menonton cerita animasi. TMNT tidak mengecewakan baik untuk anak saya juga saya sendiri. Plotnya dewasa. Cuma wataknya sahaja diadaptasi dari kartun kesukaan kanak-kanak. Moral of the story is about brotherhood. Hmm .. air dicincang takkan putus. Ada sentuhan yang membuatkan rasa terharu menyelinap sekali sekala.

Gambar ini pula adalah kenangan yang dirakamkan untuk anak saya ketika bertemu Ninja Turtle dua tahun lalu ..

ninja-turtle-02.jpg

TMNT pertama kali muncul di TV semasa saya sendiri masih bersekolah lagi. Patutlah anak saya minat betul; mewarisi minat menonton TMNT yang terdapat dalam DNA saya, hehhe.

Janji yang seterusnya ialah Spiderman 3. Insya Allah akan saya tunaikan juga permintaan si manja ini. Dan .. dengan ketiadaan isteri sekali lagi di sisi (ke Langkawi pulak dia kali ni) maka berdua lagilah saya dengan anak kesayangan. Berdua dengan mu pasti lebih baik? Ya betul tu. Dia lebih manja kalau hanya tinggal berdua. Kalau bertiga .. dia akan cuba melakukan sesuatu termasuk aksi-aksi stunt hanya untuk mendapatkan perhatian saya.

    • akirasuri
    • 29 April 2007

    huhu. ninja turtles memang besh. suka sensei dia. macho dan cool. ha ha ha. ruginya tak boleh tengok gambar🙂

  1. tak ingat dh la citer ninja turtle ni mcm mn….huhu

  2. wah rajin bawak si manja tgk wayang ya, title blog kita se akan sama yer…hehehe

  3. akira.. wah, dah pegi nengok ninja turtle gak ke ? peminat setia betul ni : )

    hayad.. senang je nak ingat citernya cam ne. gi tengok wayang nanti ingatla balik hehe

    ks.. daripada dia memandai-mandai pegi sendiri satu hari nanti, biarlah saya bawak dia. sambil tu buleh bagi nasihat mana-mana benda yg tak elok : )

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: