Nostalgia Balik Mengaji Berlari

Filem-filem seram yang muncul di pawagam akhir-akhir ini memang ‘memeriahkan’. Saya lantas teringat pengalaman pertama menonton filem horror di pawagam. Filem itu sebuah filem Inggeris mengenai zombi. Di tahun 1980 rasanya. Tajuknya saya tak ingat. Saya dibawa menonton filem itu oleh arwah Pak Anjang,  pakcik saya.

Tahu-tahu ajalah kalau filem seram / horror Inggeris pada zaman itu. Memang meninggalkan kesan sangat. Diceritakan bahawa zombi hanya boleh mati kalau terbakar. Cubaan menghalang zombi dengan tembakan senjata api tidak akan berkesan kerana mayat hidup takkan mati untuk kali kedua. Pada akhir filem, beberapa watak utama (manusia biasa) turut bertukar menjadi zombi kerana luka dan dijangkiti kuman dari zombi.

Itu adalah apa yang saya ingat. Akhirnya dalam cubaan menjejak semula tentang filem ini, saya temui di wikipedia. Filem Zombi 2 rupanya. Baca plotnya di sini.

Dan memanglah sangat berbeza jika dibandingkan antara Zombi 2 dengan Zombi Kampung Pisang. Baca tulisan Nieys di sini

Sebenarnya, apa yang saya nak sampaikan di sini ialah tentang kesannya terhadap diri saya yang masih budak ketika itu apabila ‘diperkenalkan’ dengan makhluk bernama zombi ini. Apa yang terjadi kepada saya adalah … selama kira-kira sebulan lamanya, semasa selesai mengaji kira-kira jam 9 malam, saya tinggalkan rumah Pak Imam dengan larian kencang kerana takut dikejar zombi. Tapi, sekarang ia menjadi satu nostalgia yang boleh membuatkan saya gelak sorang.

  1. hahaha… bab berlari takut kena kejar zombi tu yang tak tahannnn…😀

  2. hehe..ya ya,kenangan silam memang membuat kita terfikir sikap kita dahulu..🙂

    • akirasuri
    • 4 Mei 2007

    he he he. tak tahan tu lari kencang :p

    lari sampai tak cukup tanah ek :p

  3. nieys.. zaman2 tu, kul 9 mlm tak ada ramai orang atas jalan. maunya tak takut.. hehe

    khalid.. betul bro, kematangan kita adalah dari pengalaman2 masa silam.

    akira.. awak ter-imaginasi ke macam mana budak 7 tahun tu ‘lari sampai tak cukup tanah’ ? :p

  4. Kalau saudara penuh nostalgia, entri saya penuh dengan kembara seni dan budaya. : )
    Kenangan hantu yg menghantui saya … berjumpa toyol!

  5. erk toyol betul ke ? ishh ..

    • akirasuri
    • 17 Mei 2007

    sebok ke? bila nak update🙂

  6. hahaha tersenyum saya membacanya…tak cukup kaki ya nak berlari….memang nostalgia

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: