Pertemuan

Kebanyakan misi dalam senarai tugas di Penang, Johor, Ipoh sudah disempurnakan. Hanya ada satu lagi sebelum mission accomplished di Langkawi. Sementara ini saya kembali ke base untuk persiapan misi seterusnya. Sebelum keluar ber-misi semula ingin saya kongsi beberapa perkara sebelum saya merasakan ia menjadi basi ..

Pertama – di salah satu tempat tugasan, saya mengambil kesempatan memiliki buku tulisan Adibah Amin – As I Was Passing yang diterbitkan Mac 2007 oleh MPH. Buku ini adalah kompilasi tulisan column beliau dengan nama pena Sri Delima dalam News Straits Times pada akhir 1970-an dan awal 1980an. Tulisan beliau bersahaja dan bersifat ‘sketch’ tentang kehidupan di Malaysia zaman itu dan sebelumnya. Buku ini berkonsep nostalgia. Dengan harga cuma RM 32.00, saya cadangkan agar mereka-mereka yang minat ‘membaca nostalgia’  untuk memilikinya, khasnya bersempena 50 tahun kemerdekaan tidak lama lagi.

as_i_was_passing

Kedua – juga di satu tempat saya menjalankan tugas, ketika itu saya bersarapan, tiba-tiba saya tertoleh dan otak saya begitu pantas meng-upload maklumat yang amat lama tersimpan lalu mengesahkan bahawa seorang lelaki yang sedang bersarapan di meja sebelah itu adalah En. Isa, guru saya di tahun 1989 di Sekolah Teknik Melaka. Semasa saya mengakhiri persekolahan, beliau sedang bersiap-siap berangkat ke luar negara untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat Master. Saya menyapa beliau dan seperti dijangkakan memanglah beliau tidaklah mengingati saya. Tapi dalam masa berbual-bual banyak sekali perkara dan kenangan yang dapat dikongsi. Jelas lahir rasa gembira beliau apabila menerima sapaan dari bekas pelajarnya. Terima Kasih Cikgu Isa !

Ketiga – semasa menjalankan tugas juga, saya menerima satu panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali. Sebaik diangkat dan sapa menyapa, si pemanggil memaklumkan siapa dirinya. Ya Allah ! Dia adalah Md Saad, seorang kawan lama dari Sungai Petani yang telah terputus hubungan hampir 10 tahun. Ya dia berjaya mengesan nombor telefon saya dan dengan itu kami dapat bersilaturahim semula.

Sesungguhnya saya bersyukur atas ketentuan Allah yang menemukan saya dengan pertemuan-pertemuan ini. Alhamdulillah.

  1. wah! jumpa cikgu isa ke? masih sehat lagikah dia? eh? ni cikgu isa yang sama yang mengajar di bkt piatu masa 99/00 ke? he he he.

  2. hmm. tak pasti pula kalau cikgu isa mengajar dlm batch 99/00. cikgu isa yg mengajar batch 89/90 spt di atas, mengajar subjek Ukur dan Bangunan. org yg sama kah ?

  3. saya pun ada cikgu nama Isa. Sekarang ni dah jadi lecturer di Jabatan Fizik, Uitm Shah Alam..🙂

  4. mesti seronok kan? ada tiga benda yg dapat, sumernyer berkaitan nostalgia. sesuai betul dgn konsep blog ni🙂

    mcm best je buku Adibah Amin tu..nak cari gak lah nnt

    • akirasuri
    • 9 Jun 2007

    emm. saya pun kurang pastilah cikgu isa batch 99/00 tu mengajar subjek apa. sebab dia bukan cikgu kursus saya. cuma kenal sebab cikgu isa ni lawak orangnya. orang yang sama ke?
    😀

  5. salam semua !

    nieys .. ramai yg empunya nama Isa menjadi cikgu nampaknya kan ?🙂

    hayad .. dialu-alukan utk memiliki buku itu. saya blum abis baca tapi setakat ni mmg menarik. dan As I Was Passing II pun dah diterbitkan juga

    akira .. rasanya bukan org yang sama kut. cikgu Isa yg saya ceritakan ini tegas tapi sporting. susah nak tengok dia kelakar. lagipun dia keluar dari Teknik thn 90 (buat Master) tak masuk balik ke sana rasanya. skrg dia kat Poli Ungku Omar Ipoh

  6. Terima kasih atas respon dan doa sdr, sama2lah kita mendoakan kesembuhannya.

  7. Jeff,
    1. Cantik la banner tu, snap kat mana?
    2. Abah pun minggu lepas dihubungi kawan baik yang dah 10 tahun tak jumpa.
    3. Abah nak cari jugalah buku Adibah tu nanti, insyaAllah.

    Harap semuanya baik untuk Jeff.

    • akirasuri
    • 12 Jun 2007

    oh.
    saya salah oranglah kot.
    he he he.

    saya pun ada buku adibah amin tu. tapi tak habis baca lagi. tak sempat. ada banyak buku pending tunggu turn untuk dibaca. alahai.

  8. salam utk semua !

    sf .. sama-sama. mudah-mudahan-Nya.

    abah muizz .. terima kasih. ah gambar tu template kat wordpress. dan pertemuan atau perpisahan kuasa Allah jua : )

    akira .. iya betul. cabaran dalam membaca adalah ‘masa’

  9. hehe.. warung kopi.. nanti tak bawain kopi dari indonesia..

    jadi sambil singgah.. bisa tukar-tukaran, anda bikin kopi sembari saya menelaah “as i was passing”

    1989, masih di kuala pilah diriku waktu itu, next year migrate to mothercity.. kuala lumpur berdagang sarung.🙂 (lama.. terasa lama ke? i just updated!) wink!

  10. hampir sama kejadian dengan aku..beli buku cerita, sambil buat kerja..lepas tu dapat call dr member lama masa belajar di uni dulu (emm..aku pun dah lupa mcmana rupa awek ni lagi..hehehe)..

    sometimes, all those stories are really hard to upload…it takes time..

  11. rausyan .. buleh aja kalau mau singgah minum kopi sambil membaca As I Was Passing : )

    kertasterbang .. ish ish macam deja vu ! hehe

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: