Menonton Transformers

sebenarnya dah hampir dua minggu saya balik dari langkawi. coklat yang dibeli pun dah habis. tapi ada bermacam-macam perkara berlaku menyebabkan saya tak terjenguk blog ni. saya sendiri ternanti nanti masa untuk mengarang kisah-kisah nostalgia persekolahan dan sebagainya. ilham datang mencurah-curah tapi waktu pula yang berkata ‘tidak ! bukan sekarang ..’ dan deretan tugasan kerja tentunya satu dari faktor penghalang utama. keletihan fizikal dan mental juga. apa apa je lah. kalau nak beri alasan panjang memang boleh aja.

dalam satu dua minit yang saya masih miliki ini .. ingin saya ceritakan tentang sesuatu yang satu Malaya dah tahu .. ya walaupun semua orang tahu, saya tetap bercerita jugak  iaitu TRANSFORMERS yang mula ditayangkan di Malaysia 28 Jun lalu. Saya mengambil kesempatan membawa anak saya menonton tayangan early bird pada hari Sabtu 30 Jun. Isteri saya pula terpaksa bekerja di hari Sabtu tersebut jadi hanya kami berdua saja yang pergi. Walaupun memilih waktu tayangan awal, seat hampir penuh dan kami duduk di baris paling depan.

Apa yang ingin saya kongsi di sini ialah tentang golongan yang menonton hadir Transformers. Berdasarkan peringkat umur penonton, saya pasti majoriti penonton (termasuk saya) satu masa dulu adalah golongan kanak-kanak yang tidak ketinggalan mengikuti kartun Transformers di tv seawal tahun 1986.

Mereka sangat kenal dan ingat siapa itu Optimus Prime, Bumblebee, Starscream, Megatron dan apa itu planet Cybertron. Juga mudah sekali bagi mereka untuk menghayati plot dan falsafah di sebalik isu peperangan ‘manusia-Autobots-Decepticons’ itu. Kedengaran juga bisik-bisik sesama mereka .. “eh Bumblebee dah tak jadi volkswagen lah” (versi baru ni Bumblebee bertukar menjadi kereta sport Camaro) atau “nape Megatron tak bertukar jadi pistol ni ??” .. ahh layan nostalgia betul nampaknya mereka🙂

Transformers di zaman semasa saya masih bersekolah dulu adalah antara fenomena yang mempengaruhi budak-budak. Memang ketara benar. Logo-logo Autobots atau Decepticons menghiasi helaian mukasurat kosong buku sekolah. Hinggakan ada sorang budak di sekolah dulu digelar Megatron kerana namanya Megat.

Selepas Tranformers melalui pembaharuan dalam siri-siri di tahun-tahun berikutnya generasi awal remaja yang sudah mula meningkat dewasa mungkin kurang memberi perhatian. Namun dengan kembalinya Autobots dan Decepticons ke bumi membawa peperangan mereka yang tak kesudahan, ditambah lagi bukan dalam objek kartun tetapi ‘dihidupkan’ dalam kehidupan sebenar manusia .. majoriti besar di kalangan generasi yang pernah mengenali Transformers dulu dulu pasti tidak berfikir dua kali sebelum membuat keputusan untuk berjumpa dengan watak-watak robot itu di pawagam.

Dan mereka itu yang dulunya budak budak sekolah di zaman awal Transformers kini adalah abang-abang dan kakak-kakak yang datang membawa anak-anak mereka sebagai peminat cilik Transformers generasi baru..

Ya memang seronok rasanya menonton dengan mereka yang sama-sama faham, merasai dan melalui pengalaman silam yang serupa. Untuk saya sendiri, bertambah lagi keseronokan itu apabila dikongsi bersama-sama anak saya yang semacam terpukau benar melihat robot besar itu bertukar menjadi bermacam-macam benda. (anak dengan bapa sama je .. hehhhe)

Jadi, anda belum menonton Transformers ? Rugi tak tengok kerana selepas menontonnya anda akan didatangi nostalgia-nostalgia manis yang mungkin telah lama anda lupakan …

transformers

Dulu dan sekarang ….

transformers-dulu-sekarang.jpg

  1. sajer je nak meng-komen tulisan sendiri .. jeng jeng

    ok ada sapa buleh jawab mengapa Bumble-bee tak jadi volks beatle tapi jadi camaro ???

  2. Saya masih tidak berkesempatan untuk menonton filem ini… yahhhhhhh

    • akirasuri
    • 14 Julai 2007

    tak tgk lagi😦
    tak sempat. adeii

  3. bro..aku tak sempat tengok lagi la..dengar cite pun best..tgh cari masa yg sesuai..

  4. salam to sf, akira & kertasterbang ..

    ish ishh .. eh cepat-cepat le gi nonton transformers

  5. Saya terserempak dengan blog ini.. dah terpanggil untuk singgah dan meluangkan sedikit masa untuk melayarkan pandangan ke atas tulisan saudara dan rasanya sudah agak terlewat untuk komen tentang transformers ni… tapi walaumacamanapun .. saya cuma ingin memberitahu bahawa .. saya ini bukan lah peminat transformer seawal ia di wujudkan tapi saya ada pergi menonton transformers the movie baru-baru ini dah sehingga kini masih lagi terbayang-bayang kecanggihan teknik terkini untuk menghidupkan watak-watak Optimus Prime, Bumblebee, Starscream dan Megatron.. syabas!

  6. film fiksi yg keren dah….

    • Tanpa Nama
    • 11 Oktober 2007
    • wahyu
    • 22 November 2007

    koq gambarny dikit bgt tambahin robot lainnya donk. tp semua keren koq tanks

    • petra
    • 30 November 2007

    gila transformers canggih,

    • Tanpa Nama
    • 27 Januari 2008

    sip

    • Tanpa Nama
    • 27 Januari 2008

    5555555555555555555555555555555555555555511111111111111111111111111111111111111111ppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppp

    • finss prime
    • 11 Mac 2008

    kx ada movie kaya itu yaaaaaaaaaaaaaa?????
    sayang robotnya kurang
    tapi keren koxxx
    ooooooooooooooooKkkkkkkkkkkkssssssssssssssssssss bangets!!!!

  7. add me in myspace …..www.myspace.com/kuradaki ichigo

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: