Tragedi Nuri : Semoga Mereka Pergi Dengan Aman

nuriTUDM

Kapten Nor Azlan, Kapten Nor Intan, Sgt. Khusnizam, Sgt. Azmie, Laskar(U) Kanan Saifulizam, Laskar(U) Muhd. Ridzuan. Genting Sempah, hilang 13 Julai 2007. Ditemui terkorban 16 Julai 2007 …

Allah SWT lebih menyayangi mereka. Betapa berat mata memandang berat lagi bahu waris mereka yang memikul kesedihan atas kehilangan orang yang tersayang. Sudah begitu resam hidup anggota keselamatan, sebelum menyarung seragam dahulu lagi telah menandatangani ‘borang mati’ yang menuntut kesediaan untuk mengorbankan nyawa bila-bila masa. Dan bila masanya telah sampai, pergilah mereka pulang kepada pencipta-Nya. Namun setiap kita pasti mati .. cuma bagaimana Izrail mengambil nyawa yang membezakan. Telah tersurat takdir mereka berenam terkorban dalam seragam pahlawan negara. Sebagaimana mereka-mereka yang terkorban dalam nahas Nuri, 2004. Juga tragedi pesawat MiG (2006) ; Kapten Rohaizan (abang kepada kenalan saya) serta peswat Hawk (2003) ; Kapten Ashraf dan Kapten Khairul Hazrin (rakan sekolah saya) sebelum ini.

Semoga roh mereka dicucuri rahmat, amin. Al Fatihah.

_________________________________________

Kritik : agak dangkal juga rupanya pemikiran wartawan Malaysia. masih ramai yang berminat hendak bertanyakan soalan yang membuat hati waris remuk redam. apa perlunya soalan seperti ‘adakah dia menunjukkan tingkah laku yang aneh atau pelik sebelum meninggal dunia?’

… apakah setiap yang mati itu pasti berperangai pelik sebelum tiba ajalnya ? kepercayaan yang mana satu ada dalam diri mereka sehingga menjadikan pertanyaan seperti itu satu kemestian ? sungguh tidak beradab …

    • sohri
    • 18 Julai 2007

    Jadikan lah iktibar di atas tragedi yang terjadi kenapa kerajaan sanggup melaburkan wang berbelion-belion ringgit untuk membeli kapal selam entah bila hendak di gunakanya apasalahnya duit tersebut digunakan untuk menggantikan kapal terbang Nuri yang digunakan seharian oleh tentera Udara Malaysia ingat lah wahai pemimpin2 di Malaysia

  1. NURI = R.I.P

    • Zaharah
    • 20 Julai 2007

    Salam.
    Saya sendiri pun, semenjak kebelangan ni, sedikit menyampah dengan wartawan2 yg tidak beretika, suka tanya soalan yg bukan2. Org tengah sedih, tengah kehilangan, depa dok sibuk nak tanya itu ini. Jenis tanya soalan ikut sedap mulut, tak fikir perasaan orang lain.

  2. Jeff… wartawan tu satu, satu lagi kerajaan. Bila dia orang nak tukar helikopter Nuri yang lebih tua usianya daripada Opah De nih? OD pun sakit-sakit joints, inikan pula Nuri yang 39 tahun umurnya. Kata, keuntungan kerajaan berbillion ringgit tahun lepas. Jangan tunggu lagi tiga tahun. Tukar sekarang.

  3. salam untuk semua yang meninggalkan pesan dan catatan, terima kasih tidak terhingga jua🙂

    Sohri dan Opah De,
    dalam kementerian pertahanan merencanakan perancangan dan pembangunan pertahanan negara, banyak aspek yang diambil kira seperti ; pemodenan ATM serta keseimbangan pertahanan laut, udara juga darat. namun oleh kerana duit kita bukannya macam USD yang boleh meng-ada-kan segalanya dalam sekelip mata maka pelaksanaan terpaksa dibuat secara berperingkat-peringkat. bermula dengan darat (kereta kebal) kemudian udara iaitu penggantian pesawat pejuang (Hawk dan MiG) dan seterusnya pertahanan laut (kapal selam), yang telah menjadi satu keperluan penting kerana kedudukan Malaysia sebagai negara maritim. manakala nuri pula, kiranya telah ada perancangan untuk menggantikannya sebelum ini. cuma apakan daya kita sebagai manusia yang hanya merancang, suratan-NYA telah tertulis sesunggunya kemalangan itu berlaku. apa pun sepertimana pesanan Sohri dan Opah De, pemimpin2 sama ada negara atau pegawai tinggi tentera tentunya dapat mengambil banyak iktibar atas tragedi ini..

  4. kertas terbang,
    ya telah sampai masanya Nuri juga bersemadi dengan aman. dia telah banyak berjasa khususnya semasa berhadapan dengan komunis dulu.

    zaharah,
    benar pendapat saudari. saya juga terfikir.. bukankah salah satu etika kewartawanan itu menulis berita yang benar ? jadi .. kenapa ada wartawan kita yang sanggup menulis berita sensasi walaupun tak tepat .. ?

  5. al-fatihah untuk kesemua mangsa.

    semoga perkara seperti ni menjadi iktibar kepada kementerian pertahanan malaysia

    • akirasuri
    • 22 Julai 2007

    salam.

    ermm. al-fatihah buat almarhum berenam itu…

    emm. nuri harus diganti. perlu. sangat perlu. tapi. emm harus diingat. kemalangan tu cuma asbab kematian. yang pasti, itu adalah masa yang sudah tertulis untuk mereka pergi bertemu DIA. kita pula macam mana pula asbab kematiannya ek. oh! wallahualam.

  6. oh yea… FAM = R.I.P

  7. Al-Fatehah.
    Heli yang berzaman entah bila agaknya hendak ditukar? Pelik, pelik …

    • emmy
    • 27 Julai 2007

    terutama sekali nak ucap takziah kat mereka yang terkorban semoga roh mereka aman dan dirahmati Allah S.W.T AMIN…,kesian tgk isteri diorng nangis anak2 terutama yang br kawin 8 bulan tu sedihhh giler… x terkata semoga diorang sabar banyak2

  8. turut berduka
    \bigstar \bigstar \bigstar with \heartsuit

  9. salam buat semua. terima kasih atas komen-komen yang ditinggalkan di sini.

    ya .. yg pergi tetap pergi jua. ayuh kita yg hidup ini melangkah dan teruskan perjuangan !

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: