Generasi Pasca Merdeka

Malam tadi sebelum saya mematikan TV untuk tidur, sempat saya menonton iklan TV3 tentang kemerdekaan yang mengisahkan kanak-kanak kecil di tahun-tahun awal selepas merdeka bermain perang-perang. Lagu latar iklan itu adalah dari siri TV yang top di akhir tahun 70-an iaitu siri Combat. Iklan itu berakhir dengan Adibah Noor memberi tabik hormat di hadapan Tugu Negara (syahdu juga. ya, dah lama tak ke sana ..)

photo title ‘heroes’ by wajakemek @ flickr sumber foto

Apabila saya masuk tidur selepas iklan tu, fikiran saya masih terbayang-bayang akan iklan itu.  Layan punya layan akhirnya tidur saya dibuai mimpi yang menarik. Saya bermimpi tentang suasana di Tanah Melayu berlatarkan tahun 1957 iaitu pada masa ambang kemerdekaan. Wah rasa macam naik mesin pengembara masa. Kononnya dalam mimpi tu, saatnya sudah hampir benar dengan hari merdeka.   Suasana masa itu riuh rendah, gembira, berdebar, bersemangat dan macam-macam perasaan lagi.

Tapi ia hanya mimpi. Bukan pengalaman sebenar. Jadi ia bukan nostalgia. Cuma fantasi tidur sahaja. Namun disebabkan suasana itu benar-benar pernah berlaku ia menjadi sesuatu yang menarik buat saya. Bila difikir-fikirkan selepas bangun tidur, saya dapat merasakan .. banyak benar yang telah berubah berbanding dengan cara kita menyambut ulangtahun kemerdekaan sekarang ini.

Sekadar untuk berkongsi rasa, ada satu emel yang saya terima yang menggambarkan tentang perubahan zaman antara generasi dulu dan sekarang. Walaupun takda kena mengena dengan kisah mimpi saya tadi namun bolehlah menggambarkan betapa masa memisahkan sesebuah generasi itu dengan generasi selepasnya. Ok selamat menghayati emel tersebut! 

penulis email : Mohd Zaki Shamsudin, UiTM Perak 

08/03/2007 02:36 Subject: KALAU KORANG LAHIR PADA
TAHUN 1973-1983.. MESTI KORANG INGAT

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.

 

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?…hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan .. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah…

 

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

 

ni sure korang igt…program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb…

 

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan… kan ?

 

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

 

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM2000, BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu…ada yang suka stoking tebal laaa…

 

internet? email? Menda alah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 3 inggit je.

 

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, ‘telur’ keras warna warni, ‘rokok’ chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, ‘Ti Kam’.

 

Bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

 

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh…

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

 

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa…

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, ‘Pepsi Cola one-two-three’ , ‘Police & Sentry’, main kejar2 duduk…

 

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

 

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

 

hmm…budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu ‘We Are the World, We Are the Children…’ dan lagu ‘Uptown Girl’ yang diorg tau, yg Westlife nyanyi….bkn Billy Joel nyanyi…

 

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam .

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun ‘Atari’ dgn ‘Game & Watch’.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih… dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone…

 

hmm…jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu…

7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg.Sure diorg suke punye laa…heheh

 

 

    • akirasuri
    • 7 Ogos 2007

    he he he.
    saya generasi terakhir yang termasuk dalam kategori dalam emel itu.
    sungguh indah dulu-dulu.
    sekarang sudah tak semenarik zaman kita anak-anak dulu. kan?

    oh oh! siniorjeff, jaga diri dalam kesibukan.
    salam😉

  1. dah tua dah oiiiii ..akekekeke …mai tgk salah satu gambar dlm novel terbaru saya … tengkorak2 wooo …hehhehe

  2. akira .. ya ya ! pesan mu sentiasa diingat. zaman sekarang tak semenarik dulu sbb kita dah ada tgjwb. dulu kita buat apa2 pun tak ada salahnya🙂

    sf .. wah wah ni sambil promosi ni hahaha. no hal bro. blog saya bebas untuk promosi kawan2😉

    • UncleJ
    • 13 Ogos 2007

    Salam Jeff….thanks for being the first to check-in at the potluck yesterday. Yes… you’re really rocks bro!

    Puas saya carik emel Jeff dlm both blogs, tp tak jumpa ler..kat mana Jeff sorok nih? Bukan apa nak antar gambar Jeff yg ensem tu….hehehe

    • UncleJ
    • 13 Ogos 2007

    uiks….jam ni time london ek…jadi waktu subuh pulak!

  3. thanx Uncle J.. aisaymen kembang kempis kena puji haha. nice moment being there. lain kali kita bole jumpa2 lagi.

    oops email saya .. bukan sorok tapi on request kekeke ..

    jaffrizaini@yahoo.co.uk

  4. salam perknlnan,x semua org yg x b’tnggungjawab..tapi saya suka blog nie..teruskan p’juangan.

  5. Ann
    terima kasih. selagi hidup.. berjuang

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: