Nostalgia Belajar Membaca Sifir

Salam sejahtera.

Dah agak lama catatan nostalgia tak dihasilkan dalam blog ni, hanya catatan tentang cerita-cerita harian yang banyak ditulis ; mungkin hanya kisah biasa buat masa ini tapi mana tahu jadi nostalgia satu masa kelak. Apa pun untuk entri ini saya berbalik kepada penulisan nostalgia. dan entri ini adalah diinspirasikan dari perbualan bersama kawan-kawan saya, Shamsul dan Shihabudin beberapa hari lalu …

Bagi generasi 70-an dan 80-an, saya kira kebanyakan dari mereka melalui pengalaman ini, mungkin tak sama sepenuhnya tapi pasti ada sedikit persamaan di sana sini. ini adalah nostalgia mereka yang merasai pendidikan awal semasa kecil dahulu.

Kejayaan kita sekarang mungkin berbeza tahap dan ceritanya. Namun dalam mencapai hasil dan kejayaan yang kita miliki hari ini, tentunya banyak kenangan terpahat laluan pendidikan awal semasa kecil dahulu. Selain dari dihantar ke tadika, bagi yang kurang berkemampuan mungkin mengikuti pendidikan awal di rumah.

Pada tahun2 70-an dan 80-an itu, kebanyakan dari kalangan mak-mak kita adalah suri rumah sepenuh masa. Dulu, tak ramai kaum ibu yang berkerjaya. Abah pergi bekerja dari pagi dan balik di sebelah petang. Maka ibulah yang mendisiplinkan kita di rumah pada kebanyakan masanya.

Bagi kebanyakan dari kalangan kita, dengan adanya mak di rumah adalah sesuatu yang sungguh istimewa. Pergi sekolah, mak sediakan sarapan. Menu kuih cokodok pisang, cucur tepung, nasi goreng belacan adalah antara sarapan yang cukup menyelerakan. Kadang-kadang disiapkan pula bekal. Balik sekolah pula, mak ada kat rumah dan sajian untuk makan tengahari telah tersedia. Seronok sungguh ..

Namun dalam seronok-seronok di waktu tengahari tu, mak tentunya takkan ‘melepaskan’ kita begitu sahaja. Maka adalah ada sesuatu yang berat sikit buat kita iaitu apabila mak menyuruh buat kerja sekolah. Bagi mereka yang mak nya garang tegas, buku-buku sekolah habis kena periksa semuanya dan akan menjawablah apa-apa yang patut tentang tanda pangkah (x) warna merah yang dihadiahkan oleh cikgu atas jawapan-jawapan yang salah.

Satu lagi .. lepas buku sekolah kena periksa di tengahari tu, kalau pun tak ada kerja sekolah tak bermakna jugak boleh buat benda lain. Mak akan suruh baca buku atau hafal sifir. Sambil mak membuat kerja-kerja rumah kita akan dipastikan tak buat benda lain dengan cara disuruh ‘baca kuat kuat’. Mak akan suruh kita baca dengan suara yang lantang dan kuat supaya dapat didengarinya walaupun semasa berada di dapur.

sifir

Bila membaca kuat-kuat ni, sesiapa yang pernah melaluinya akan tersenyum sendiri. Kalau baca sifir, irama bacaan sifir tu ada lagu yang tersendiri. Irama itu bukan untuk kita seorang sahaja tetapi sebahagian besar budak-budak masa itu menghafal sifir dengan irama yang sama. Kekadang berlawan irama tu dengan kawan sebelah rumah yang juga disuruh membaca sifir kuat-kuat oleh mak dia.

Kekadang, masa membaca kuat-kuat tu,otak kita terleka sekejap dan mula la senyap sekejap bila menungkan tentang benda lain. Tiba-tiba suara mak menerjah dari dapur ‘oooii tu apa ke hal dah senyap je hahh ??’ … dan kelam kabut bacan sifir disambung semula.

Dah puas hati mak mendengar bacaan sifir tu, disuruhnya pula tutup buku … dan diulang baca balik. Mak nak uji kalau kita dah hafal sifir tadi. Wahhh kalau tadi bukan main laju je membaca sambil tengok buku, bila kena tutup ni mula la tersangkut-sangkut …

Itulah antara aktiviti harian belajar di rumah masa mula-mula masuk sekolah. Bila dah besar sikit, sebelah petang tu dah kena pegi sekolah agama pula. Jadi, buat kerja sekolah dan baca sifir berubah waktu ke sebelah malam.

Hari ini kita telah mengecapi hasil dari apa yang diusahakan semenjak kecil, termasuk melalui apa yang mak telah turunkan pada kita. Dan melihat anak kecil kita hari ini, nostalgia itu kembali .. kalau dulu mak yang mengajar kita kini anak kita dihantar ke taska atau dijaga oleh ‘bibik’ di rumah, kerana isteri kita turut bekerja.

Apa sekalipun, berikanlah yang terbaik untuk mereka sebagaimana kita menerima yang terbaik pada masa dulu.

Buat emak, semoga Allah mengurniakan kesihatan kepada diri emak dan pahala yang tidak terhingga atas didikan yang emak berikan kepada saya selama ini.

  1. dulu mak tulis sifir dalam buku 555 tu. sifir 2 sampai 12. pastu kena la hafal. tp disebabkn saya ni bijaksana, sng je la nak hafal,hahaha! *masuk bakul jap ek* :p

    skang ni dok wat kat anak sedara pulak. tak tau la dia hafal ke idok. bebudak sekarang degil!

  2. hayad .. selamat bercuti semester ya che’gu. takkan buat kaedah buku 555 kat anak sedara je. kat anak murid tak try ke ? hehe

    • akirasuri
    • 21 Ogos 2007

    he he he.
    dlu arwah bapak saya sangat tegas hal-hal sifir.
    sblm tidur mesti kena hafal depan dia.
    salah jek, kena marah pastu kena hafal sampai ingat br boleh tidur..
    huhu..
    nostalgik betul!
    buku ada tanda-tanda pangkah kena marah.
    tulisan tak kemas kena marah.
    huhu.
    kenangan betul…

  3. mak bapak dulu jgk yg bgs, anak dpt pangkah depa marah anak depa. la ni, anak fail subjek depa pi salahkan cikgu.cinabeng betul!!!

  4. kalau nak ikutkan masa zaman saya sek rendah, hafal sifir ni ..satu penderaan!

    start hafal sifir masa darjah tiga lg. pagi2 lg cikgu dah siap suruh semua diri atas kerusi dan akan suruh baca sifir 1 smp 12 , sapa takleh hafal kena berdiri the whole day…ish siannya kengkawan sy tu dulu..time rehat pun kena berdiri jugak..kejam2..

    but i think it works well..kalau nak compare dgn anak2 sy sekarang..sifir tak yah pulak hafal, boleh refer pulak tu masa exam..ish.ish

    zaman berubah…

  5. SF selalu kena belasah dengan rotan waktu menghafal sifir ni! 2 yang dah besar jadi metal tak hengatttt … hehhee

  6. akira, hayad, uncleJ, SF …

    sifir telah membantu kita menjadi apa yg kita jadi hari ini .. tkasih atas perkongsian nostalgia masing2🙂

  7. Jm

  8. Bebudak memang tak suka dan sukar nak menghafal sifir. Tapi ada cara mudah yang akan menyebabkan mereka suka pada sifir dan akhirnya mereka sendiri akan kata yang sifir itu mudah. http://www.bayatech.blogspot.com

    • adriana
    • 5 Ogos 2009

    nak baca sifir

  9. belajar sifir 2

    • maizatul faqihah binti mohamad alias
    • 26 Disember 2012

    mana sifir ah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: