Kena Pukul Pasal Tak Sembahyang ..

oops .. tajuk ini nampaknya membocorkan rahsia saya masa kecil. Tapi tak apalah, sebab benda baik jadi teladan, buruk pula jadi sempadan.

Sebagaimana belajar sifir, dalam hal mengajar sembahyang ni emak juga yang melatih saya pada peringkat awalnya. Semasa tinggal di rumah di Jalan Cochrane, pada umur 7 tahun saya disuruh membaca buku ‘Belajar Sembahyang’ dan menghafal bacaan-bacaan dalam solat. Sekarang ni pun buku itu masih diterbitkan lagi.

Setelah boleh menghafal sikit-sikit saya disuruh mendirikan solat tetapi masih melihat buku kalau terlupa bacaannya. Kelakar juga rasanya, tengah-tengah solat bila terlupa toleh ke buku kat sebelah sejadah. Tapi tak apalah, dalam proses belajar. Pada masa itu juga abah sudah mula menyuruh saya menjadi makmum. Tak lama lepas tu kira-kiranya saya dah boleh menunaikan solat dengan teratur.

Tapi cerita sebenarnya ialah masa saya di darjah 4. Dah berumur sepuluh tahun masa tu. Pada satu hari di hujung minggu, lebih kurang jam 4.00 petang abah dan emak nak keluar ke kedai. Abah pesan kat saya “Jangan lupa, kejap lagi nak masuk waktu asar,sembahyang !” . Saya menyambut pesanan itu dengan janji akan menunaikannya.

Selepas abah dan mak keluar, tak lama lepas tu kedengaran pulak suara kawan-kawan di luar rumah. “oooi ..main bola! ” Hah. Main bola ? Serta merta saya rasa teruja bila diajak main bola dan terus sahaja meloncat-loncat keluar dari rumah. Main bola sepuas-puasnya hinggalah balik ke rumah di ambang maghrib.

Sampainya saya di rumah, abah dan mak dah lama balik dari kedai. Abah menunggu saya masuk lalu bertanya “kamu sembahyang asar ke tadi?”. Saya pucat tak semena-mena. Masa tu lah baru saya teringat akan janji menunaikan solat asar sebelum abah keluar tadi. Walaupun saya terlupa sama sekali dan bukan sengaja nak tinggalkan solat asar namun saya tahu segalanya telah terlambat. Antara yakin dengan tidak saya pun menjawab, “err .. dah sembahyang dah abah”.

” Cakap betul-betul !!”
” Iya abah, betul … ”
” Tu ! Sejadah tu sama ja lipatnya. Selipar bilik air tu ! Sama ja letaknya. Tak berusik sikit pun, sama macam sebelum abah keluar tadi ! ”

Ahh. Rupa-rupanya begitu terperinci cara abah menilai perbuatan saya. Saya tak berani nak cakap apa-apa lagi dan hanya diam membatu.

” Sekarang cakap betul-betul !! Kamu sembahyang ke idak ?!!! ” sergah abah.

Saya hanya menggelengkan kepala. Abah pun terus menanggalkan tali pinggangnya dan … zaaasssss, saya menerima dua libasan di belakang badan. Pertama, kerana tak sembahyang. Kedua, kerana berbohong. Hampir seminggu barulah biratnya hilang. Saya rasa amat sedih dan sakit.

Tapi abah hanya menunaikan tanggungjawabnya terhadap agama iaitu mengajar saya solat mulai umur 7 tahun dan memukul saya pada umur 10 tahun kerana saya meninggalkan solat asar itu. Kini semuanya adalah nostalgia. Di usia begini, kenangan itulah lekat di ingatan dan masih menjadi peringatan bila datang kelalaian menduga diri.

Buat abah, terima kasih atas pengajaran ini. Saya amat menghargainya, percayalah.

  1. Ish ish kan dah kena libas tu…..mintak ampun kat abah cepat!

    Hope it was a lesson well learned, bro

    Ke sama jer sekarang nih? har har har

  2. hehe,tak pnh pulak kena pukul dgn abah ms kecik dlu psl tak semayang. sbb masa kecik baik, dah besor2 ni je jahat sket,haha

  3. Aku respek Abah ko. Hehe.

    • akirasuri
    • 26 Ogos 2007

    huhu..
    nostalgik..
    dulu arwah bapak ajar saya solat pakai baju melayu dengan songkok hitam boleh lipat..
    bila ingat-ingat rasa macam lawak jek..
    he he he..
    erk!
    dulu selalu kena tengking jek kalau tak solat..
    kenangan..🙂

  4. Salam Jeff…
    He he he… OD pun kena…sokmo. OD belajar solat macam Jeff belajar tu lah. Emak yang ajar, lepas tu tengok buku. Ingat masa sujud, lupa apa nak baca, boleh toleh kepala sampai terangkat nak tengok kat buku tu… ekekekkeke…sabar je aku.
    Ayah memang teliti. Kain sembahnya dan sejadah dia selalu perhatikan. Tabiat kita lagi dia ariff. Janganlah cuba menipu, memang kena balun…huhu.
    Anak dah boleh belajar solat ke belum lagi? Sihat ke Jeff?

  5. sekarang dengan anak cam ne jeff…ada garang itu macam ka? sy dulu buku panduan solat letak depan sejadah…kalau tak ingat senang sikit nak tengok…yg bahana nya sujud kat atas buku tu la…uhuhuhu…

  6. UncleJ,
    kalau sekarang ni masih sama gak, sendiri mau ingat ler hehe

    Hayad,
    mesti masa kecik dulu kuat nangesss ni ..

    Pembebel,
    wah blogger tersohor dtg ke sini. TQs

    Opah De,
    anak saya blum belajar betul2. baru ikut2 je. itu pun kita belum ruku’ dia dah sujud dulu ..

    Arsaili,
    bole tahan garang jugak le. wah wah.

    Akira,
    songkok lipat tu yg mahal .. heha

  7. zaman dulu memang mak ayah tak teragak-agak nak hukum kalau buat kesalahan.. tapi tak pastilah pulak zaman sekarang ni..

  8. tarbiah itu penting … ulama’ kata nak didik anak ni bukan time dia kecik, tapi sebelum dia berada diperut ibu lagi …. atau dengan kata lain, diri kita sendiri perlu menerima pentarbiayahan mengikut manhaj yang benar … “hasil yg baik adalah datang dari usaha yg baik “….

  9. Nieys,
    pastikan untuk diri sendiri pun sudah lebih dari cukup🙂

    Life of Aku,
    setuju. sangat setuju.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: