Nostalgia Pestabola Merdeka

 

Ok cerita bola lagi. Mungkin tak menarik bagi sesetengah orang. Tapi bolasepak tetap sesuatu yang penting. Diiktiraf sebagai antara sukan termahsyur di dunia, lebih dari itu ia adalah maruah yang perlu dipertahankan sesebuah negara … 

Amerika Syarikat yang terkenal dengan besbol, bola keranjang dan ‘american football’ akhirnya  menubuhkan juga pasukan bolasepak kebangsaan kerana mengakui sesungguhya bolasepak akan mengangkat kemahsyuran mereka melebihi dari politik dunia. Negara dunia ketiga, Argentina, Brazil, Mexico ; tidak hebat ekonominya tetapi tidak rendah martabatnya bila berentap dengan negara maju seperti England, Jerman dan Perancis.

Sesungguhnya kemahsyuran bolasepak itu adalah ; Simbol semangat sesebuah negara. Kebangkitan. Penghormatan. Disegani. Sebaliknya pula, negara yang lemah dalam bolasepak dipandang rendah. Walaupun hebat ekonomi dan bangunan pencakar langitnya. Contoh, negara-negara Afrika yang ekonominya belum semantap kita boleh berasa megah kerana mereka lebih dulu berjaya bermain di Piala Dunia walau tanpa kemudahan seperti Malaysia.

Justeru kerana itulah Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meletakkan mercu tanda kemerdekaan Malaysia di Stadium Merdeka. Stadium itu adalah lambang the Malaysian dream yang diimpikan Tunku agar Malaysia muncul sebagai kuasa bolasepak di dunia yang berjalan seiring dengan usaha Tunku sebagai Presiden FAM di tahun 1951. Bila kita menyebutkan sahaja stadium Merdeka maka takkan ketinggalanlah dibicarakan nostalgia Pestabola Merdeka.

Bintang-bintang Malaysia berjiwa besar dalam bolasepak seperti Ghani Minhat, Allahyarham Mokhtar Dahari, mendiang R.Arumugam, Soh Chin Aun, Santokh Singh, Dollah Salleh dan Zainal Abidin Hassan menempa kemahsyuran di Pestabola Merdeka. Begitu juga bintang pasukan remaja iaitu Harimau Malaysia seperti Azizol Abu Hanifah dan Karim Pin. Tapi sayangnya, lewat zaman Azman Adnan kita memasuki zaman pudar. Lalu Pestabola Merdeka terus tenggelam.

Bertahun-tahun kita menanti. Sabar dan hilang sabar. Bolasepak kita jatuh dan bangun tanpa konsistensi. Kekecewaan penyokong tempatan mendorong mereka mengkritik, mencaci dan memaki bolasepak Malaysia. Namun tak salah sebenarnya peminat tanahair berbuat begitu kerana itulah tandanya bahawa mereka masih sangat sangat sangat sayangkan bolasepak negara ini. Di saat penyokong (termasuk saya) berasa kecewa, saat kebangkitan yang ditunggu itu bagai makin hampir, light at the end of the tunnel..

pestabola merdeka 02 - photo by Utusan Malaysia

Sepertimana sama dengan persembahan skuad bawah 19 tahun dalam kejohanan CYC , stadium dipenuhi penyokong tempatan semasa Pestabola Merdeka 2007 di mana-mana Malaysia beraksi. Dengan itu sesuatu yang sebelum ini hanya disebut-sebut sebagai tinggalan sejarah kembali berulang iaitu himpunan ribuan penyokong Malaysia di  stadium. Dan semasa final Pestabola Merdeka, seramai 50,000 penyokong Malaysia berhimpun di Stadium Shah Alam, sesuatu yang sudah lama tidak disaksikan.

pestabola merdeka 03 - photo by Utusan Malaysia

Akhirnya kita tewaskan Myanmar dan jadi juara. Hadiah kemerdekaan ke-50. Sesungguhnya doa penyokong sentiasa bersama demi mengharapkan kebangkitan Malaysia. Sudah lama benar dinantikan saat itu.

pestabola merdeka 04 - photo by Utusan Malaysia

Namun bolasepak Malaysia perlu banyak melihat sejarah dan menoleh ke belakang. Boleh dikatakan pasukan junior sebelum ini juga hebat semasa mula-mula membuat penampilan di peringkat kebangsaan. Nama-nama seperti V. Saravanan, Khalid Jamlus  masih dingati dalam skuad remaja Olimpik, manakala Indra Putra, Mohd Kaironissam, Norhafiz Zamani Misbah dan Shukor Adan (yang kini dalam pasukan senior) adalah bekas pemain skuad remaja kelayakan Piala Dunia. Semua mereka hebat semasa junior tetapi masih belum berjaya mengembalikan zaman kegemilangan Malaysia satu masa dulu. Sama ada kecemerlangan Safee Sali, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha baru-baru ini akan berterusan hanya masa yang akan memberi jawapannya.

 pestabola merdeka 01 - photo by Utusan Malaysia

Indah nostalgia Pestabola Merdeka 2007 itu akan segar di ingatan. Kini kita tunggu bagaimana hasil di Sukan SEA, Korat dan pusingan kelayakan ke Piala Dunia 2010 bermula Oktober ini. Mudah-mudahan. Berjaya hendaknya. AMIN.

pestabola merdeka 05 - photo by FAM

Gambar-gambar dipetik dari Utusan Malaysia dan laman web FAM.

    • Life Of ‘AKU’ The Episode
    • 5 September 2007

    di sini, peluang untuk menontonteam bola sepak malaysia beraksi memag terhad … namun jauh disudut hati mengharapkan yg terbaik dapat dilakukan …. kadang-kadang bosan nak tengok .. bile mana piala asia tu dibelasag teruk … hingga ada arab di sini seolah menyindir …. tapi bila dapat tahu berita ni… harapan saya untuk terus menjadi penyokong bola sepak malaysia masih lagi ade peluang … tahniah team malaysia …. saya suka bola sepak ..

  1. makan bola tido bola ….apa lagi ek…tak minat bola..so tak de impact sangat la jatuh bangun arena bola sepak ni…apa pun maju la sukan untuk negara

    • akirasuri
    • 5 September 2007

    oh oh!
    saya tak menyaksikan detik kemenangan msia aritu..
    tapi ttp berharap lepas ni depa lebih konsisten..
    mudah-mudahan, insya-Allah..

  2. ermm….apa nak cakap pasal bolasepak negara ni..

    ok..dulu mmg saya minat tengok bola especially bila team s’gor tgh top…almost every game sy pergi tgk..tp team msia jarang pulak pergi tgk, tgk ditv saja…sebab? zaman merudum dah tiba utk skuad negara.

    however since winning the merdeka cup recently, I do hope that the team put the same consistent effort and at least bring a medal home of any color during the sea games..

    tapi aritu thailand dgn vietnam tak de, mgkn sebab tu msia boleh menang kot…hihihi

  3. Life of Aku …
    Arab pun menyindir kita kan ? kan ?

    Arsaili …
    asal bersorak pun jadi la !

    Akira …
    Insya Allah

    UncleJ …
    yeay setuju ! kalo Thai dgn Viet ader, baru betul tau ye tak

    • Life Of AKU The Episode
    • 6 September 2007

    betul … dah lah ida org selalu menghongga bonggakan org malysia … hongga bongga tu lebih kurang diaorg ejek kite ni orang asli, sebab dok dekat negara yg banyak hutan …

  4. Saya suka tengok bola…kami sekeluarga sebenarnya. Tengah bercadang nk tgok Perak vs Kedah.

    * maafkan salah silap saya ye…

  5. Life ..
    so diorg duduk kat pdg pasir tu bertamadun sangat lah ya ?

    kakJie ..
    salah silap apa pulak ni ?

  6. sibuk ke jeff…marah org arab ke jeff…org badoui…ekeke

  7. ya agak sibuk buat sehari dua ini, ini pun sambil2 mencuri masa terluang. insya Allah minggu depan nak updet

  8. selamat berhujung minggu jeff

  9. have a great weekend bro!

    make sure ada update next week..

  10. good job,zaquan!do the best for malaysia and me… i love u chow much.very handsome and cute boysss..

    • aNi
    • 14 Mac 2009

    hopefully bola sepak kite de perubahan thun ni n akan dtg.. papepun,i lurve u ,malaysia… majulah bola sepak kite utk malaysia!

  1. 15 Oktober 2008

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: