Ramadhan Tiba Lagi

photo from roadgladiator

sumber gambar 

Beberapa hari lagi bertemulah lagi kita dengan bulan Ramadhan, penghulu segala bulan. Tidak terukur rasa syukur kepada Allah SWT kerana kita masih diberi kesempatan untuk mengulangi pertemuan yang penuh berkat ini. Bercakap mengenai puasa, setiap kali tibanya Ramadhan kita pasti mengimbau kembali nostalgia pahit manis yang dilalui pada Ramadhan di tahun-tahun sebelumnya. Memang banyak kenangan tentang puasa khasnya kalau diimbau semenjak zaman kecil lagi. Kalau ingin dituliskan segalanya tentulah tidak cukup ruangan yang serba sederhana ini.

Bagi kita yang mempunyai anak kecil, yang sudah berazam ingin berpuasa bersama-sama ibu dan ayah, tidak dapat tidak akan terimbaulah kenangan diri sendiri belajar berpuasa semasa kecil dahulu. Saya ingat-ingat lupa bila agaknya mula belajar berpuasa. Yang pasti semasa dalam Darjah Satu saya masih belum berpuasa penuh, hanya puasa setengah hari. Malah kalau tidak silap, semasa di Darjah Tiga saya sudah boleh berpuasa penuh tapi masih belum cukup sebulan. Mengingatkan kisah lama, terkenang pula keadaan yang dilalui pada itu.

Bagi mereka-mereka yang berpuasa separuh bulan, ada yang berpuasa pada setengah bulan yang pertama. Ada juga yang mula berpuasa pada setengah bulan yang kedua kerana lebih dekat dengan raya. Ada juga yang berpuasa selang sehari. Apa pun, puasa tetap cuba dilakukan sebanyak hari yang mungkin kerana diusik kononnya siapa yang tidak puasa tak boleh raya. Tak boleh besi kasut raya atau baju raya.

Pada waktu persekolahan, jika bersekolah sesi pagi, balik ke rumah tengahari itu adalah waktunya untuk ‘melepek’ di muka pintu dan dirasai betapa berat dugaan melihat jam atau menunggu azan zohor, asar dan kemudiannya barulah maghrib. Lebih seronok berpuasa semasa sekolah di sesi petang kerana waktu berbuka akan sampai tak lama setibanya kita di rumah.

Di sekolah rendah dulu, puasa mengajar erti maruah diri. Yang tak puasa biasanya diejek atau diketawakan kawan-kawan. Maka kalau tak berpuasa pada satu-satu hari itu pun, ramai yang akan mengaku sedang berpuasa. Dan bila sampai waktu rehat, mencuri-curi atau menyorok-nyorok minum air atau makan bekal. Apa pun, walaupun masih bergelar budak, perasaan malu tetap ada kalau diketahui orang lain yang kita tak puasa.

Pada malamnya pula budak-budak pun sibuk juga macam orang tua nak ke masjid atau surau. Kononnya berterawih tetapi bila di sana main mercun pula sudahnya. Tapi bila sudah tiba ke solat witir maka cepat-cepatlah pula mengisi baki saf belakang yang masih kosong. Bila salam diberi, tak menunggu doa lagi .. jamuan moreh yang diserbu.

Kini kenangan lalu jadi nostalgia. Gelagat anak kecil berpuasa di siang hari dan berterawih di malam hari akan mengingatkan kita yang telah dewasa ini akan peristiwa sama yang dilalui dulu kala.

Namun ada juga yang mengingati kisah-kisah pahit di bulan Ramadhan. Kehilangan ibu bapa atau orang yang tersayang dalam bulan Ramadhan pastinya satu kenangan yang akan menguji kesabaran tiap kali tibanya bulan ini. Dalam keadaan bergembira menyambut Ramadhan ada di antara kita yang terusik rasa sayu mengingati mereka yang tidak lagi bersama-sama di bulan berkat ini. Malah kesempatan bertemu Ramadhan di tahun ini juga belum pasti dapat diulangi pada tahun hadapan, wallahu alam. Semoga ketibaan Ramadhan kali ini memberikan keinsafan dan hidayah untuk setiap dari kalangan kita.

SELAMAT BERPUASA !

  1. ahahha.. teringat aku dulu2. petang kena ngaji kat kelas fardhu ‘ain. so, petang jadik lebih cepat la. tapi, kalo pose mase musim panas mmg la pahit mulut. selalu jek gi kumur sbb ada la rasa manis2.. eheh. balik rumah mula melepek kat dapor, tengok mak buat kuih. seingat aku, darjah 3 dah pose penuh. amazing pulak rasa sbb badan aku cenonet jek mase tuh.😀

  2. salam bro…dulu masa kecik puasa separuh2…tengahari pecah puasa..uhuhu..tapi alhamdulilah..lama2 bole puasa penuh…selamat berpuasa utk bro sekeluarga semoga mendapat keberkatan daripada Nya

  3. salam bro….pertama sekali, saya respek sgt dgn org yg boleh recall kenangan lama dgn baik sekali, like what you did here…saya dah lupa semua tu, maybe I have a short memory span or agaknya dah terkurang muda ni kot..hehehe

    apa pun yg saya ingat, saya berpuasa penuh mula pd darjah satu sampai sekarang …

    good piece bro!

    • akirasuri
    • 11 September 2007

    Selamat menyambut Ramadhan!

    ya! bila melihat si kecil-kecil berpuasa. selalu terimbau kenangan sendiri. kenangan curi-curi makan ketika puasa dan kemudian tipu mak kata puasa! he he he. kenangan dengan abang saya duduk curi-curi buka peti sejuk, untuk curi-curi minum air sejuk. he he he. kenangan sungguh!

    apapun. Ramadhan tetap dinanti. dan rasa hadirnya makin terasa. Selamat datang Ramadhan!🙂

  4. Amok ..
    banyak kumur pahala kurang hehehe

    Arsaili ..
    terima kasih, sama juga untuk Arsaili di sana

    UncleJ ..
    dah terkurang muda tu saya setuju sangat kekeke

    Akira ..
    wah wah posa tipu !

  5. nak nostalgia nangius punyer datang la blog http://akujohan.blogspot.com/

  6. Bercakap ttg kehilangan orang tersayang pada bulan penuh berkah ini, marilah kita sama2 berdoa, moga2 kita tidak diuji sebegitu, dan paling penting, semoga Allah tidak menjemput kita balik ke sana, sebelum kita sempat tamatkan Ramadhan ini dengan cemerlang.

    Teringat kata seorang ustaz pada satu tazkirah antara tarawih tahun lepas – “Beribadahlah kita sebaik2nya setiap kali Ramadhan, kerana mungkin umur kita tidak cukup panjang untuk bertemu Ramadhan seterusnya.”

    Selamat melipatgandakan ibadah di Ramadhan ini buat Jeff sekeluarga.

  7. Johan ..
    terima kasih atas lawatan.

    Abah ..
    Insya Allah. Terima Kasih.

  8. salam ukhwah dan salam Ramadhan dari aku jgk…. moga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna buat kita semua..

    • Life Of AKU The Episode
    • 12 September 2007

    hidup ini nostalgia … nostalgia itu hidup …

    ku rindu aku di waktu dahulu …

    ramadhan kareem….

  9. salam jeff…sahur apa pagi ni? tak selera betul

    • sf
    • 13 September 2007

    Dey .. puasa tak hari ni? Hehehe
    Selamat berpuasa bro …

  10. org kita kalau sunat taraweh panjang panjang, esok kat office bantai tidur..
    Ramadhan kareem to all..

  11. Salam buat semua ..

    disebabkan masalah teknikal pada wordpress, mulanya respon2 berikut tak dapat dipaparkan di sini lalu saya siarkannya dalam satu entri lain buat sementara … skrg dah ok so saya paste di sini.

    Unicorn, salam ukhwah juga buat saudara

    Life of Aku, kerinduan di waktu dahulu diubati dengan penambahbaikan utk masa depan

    Arsaili, 4 hari sudah, semasa soalan ini ditanya .. saya bersahur sardin asam pedas .. hehehe

    Sf, oit oit. puasa maaa

    Pickholes, dahulukan yang wajib, yg sunat buat yg termampu ye tak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: