Raya Dah Dekat ..

Sekembali dari tugas luar pengkalan, saya bertumpu sepenuh masa menyiapkan laporan-laporan serta membuat perancangan seterusnya, bagi tugas luar pengkalan lepas raya pula. Dalam kesempatan yang begitu terhad, saya cuma dapat melayari hanya beberapa blog teman sahaja. Salah satunya blog Uncle J. Dan rupa-rupanya saya di-tag beliau. Sebelum tiada masa, baik kiranya dalam masa yang sedikit ini saya selesaikan tugas menjawab tag itu.

Sejak bila anda mula berpuasa penuh?      Puasa penuh dalam sehari .. err, darjah tiga kut.

Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya?    ponteng tak pernah. batal puasa pernah la. dulu-dulu la tu. alasannya .. terbatal puasa la ?

Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun?    bunga api cap kuceng. mercun tali. mercun roket. mercun katak (hijau). meriam batang paip. sekarang saya tidak lagi main mercun cuma bahan letupan jer

Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka?    oh, soalan ini hanya dapat dijawab apabila saya sampai ke pasar Ramadhan pada setiap hari yang berkenaan itu..

Lagu raya manakah yang anda suka?      hmm..  saya minat lagu ‘The Unforgetable Raya’ oleh kumpulan Metallica ?  saya jugak minat lagu Ahmad Jais ‘selamat hari raya adiliftri mulia, ampun maaf dipinta mensuci hening dosa, setahun menghilang sekarang menjelang, hari yang bahagia, selamat hari raya’

Tahun ini anda beraya di mana?      tahun ini saya beraya di rumah mertua isteri saya di Cheras .. kalau kurang faham ayat ni cuba fikir balik

Pernahkah anda bertugas di hari raya?      ah syahdunya soalan ini, ye pernah tapi bukan di hari raya pertama kedua ketiga. nasib baik hari raya yang ke 7, naik keja lepas cuti .. kehkeh

Apakah kenangan paling manis di hari raya?       ok kenangan paling manis di hari raya ialah bertunang dengan girlfriend, kini isteri🙂

orait so nak tag sapa pulak ah ? hmmm takpe lah. Saya segan nak tag orang. Lain kali lah.

.

Sayang juga rasanya kerana saya tak berkesempatan menulis banyak cerita di bulan puasa ini. Sedangkan banyak sangat idea yang mencurah2 nak ditulis tentang nostalgia puasa raya. Kalau habis raya, tak sesuai nak ditulis. Macam dengar lagu raya lepas raya, kan tak seronok. Tak apa lah, panjang umur mungkin di tahun depan boleh saya tuliskan, Insya Allah.

Dalam minggu terakhir puasa ini, selain lagu raya .. kita akan menyaksikan semakin banyak iklan raya, ucapan raya di akhbar dan TV, kuih-kuih raya yang ditempah pun dah mula dibagi pada kita. Baju melayu juga dah siap, boleh diambil dari kedai. Itulah tanda raya dah dekat.

Maka …

initial_raya.jpg  bertugas-sabah.jpg 

di kesempatan ini, ku sampaikan Salam Aidilfitri untuk abah mak dan adik-adik. tak lupa kepada isteri tercinta dan anakanda yang tersayang. buat semua rakan dan pengunjung blog ini tidak dilupakan. ampunkan salah silap daku dan halalkan makan minum. jangan sedih kita tak bersama di hari raya. kalau makan ketupat dan rendang di pagi raya tu, ingat-ingatlah saya.

.

ha amcam ? ada bunyi macam ucapan radio tak .. ahaha

salam aidil fitri. maaf zahir dan batin

    • penyubiru
    • 5 Oktober 2007

    Slmt Hr Ry Mf Zhr Btn!
    dah kawin ekk…dah ade anak blum?

    *ps : field email tu bagi optional la..lecehla nak kena type emel..hehe..

  1. Penyu ..
    ish lama btui kau tak mendarat kat sini my fren. anak ? tu dlm ucapan tu kan ada ‘anakanda tersayang’ .. hehe. olso, emal is now optional olredy, timakaseh suggestion tu.

    • akirasuri
    • 5 Oktober 2007

    oh oh..
    bro yang mana satu?

    Selamat menyambut aidilfitri buat siniorjeff dan keluarga..
    erk..nak duit raya😀
    he he he..

    pssstt: pasal entri pertemuan tu tak ada ending dia..;)

  2. lama cuti raya?

  3. akira ..
    yang kiri atau yg kanan .. ekeke
    duit raya boleh tapi kena datang beraya la

    kertasterbang ..
    tak nampaknya. duty call. raya 4 naik keja dah.
    ps : kau tak beraya ke rumah ‘mam’ ke ?

    • Life Of AKU The Episode
    • 5 Oktober 2007

    salam uncle jeff …. salam aidilfitri … maaf zahir batin, ohh ! uncle jeff ni askar ke ? terima kasih kerana sudi menjengok blog saya, siapalah yang nak datang ke rumah saya yang jauh ni … ape pun, jemputlah datang…..🙂

  4. Jangan tembak saya bang!!!
    Hehehe selamat hari raya maaf zhr btn ehh …

  5. huiyoo…bro jeff nampak brutal & ganas la pakai baju askar tu..bagus bagus..😉

    oh..slmt b’kerja, slmt menghabiskan puasa dan slmt hari raya yek!

    • KU>
    • 5 Oktober 2007

    ( eh,salah simbol la lak letak..🙂 )

  6. bukan ucapan radio jeff, cam ucapan salam perantau utusan malaysia jerkk..ekekek raya di mana jeff?

  7. amacam? dah tgk ke result den? lulus dok?😀

  8. Life of Aku …
    sekarang bukan askar, tu gambar lama🙂

  9. Sf …
    raya punya pasal ok lah, aku tak tembak kau. ekeke

    Khalid …
    ya brutal dan metal. hehe

    Arsaili …
    hmm hajat saya nak beraya kat Aussie .. ekeke. tapi tahun ni beraya di KL je

    Hayad …
    gagal rasanya. hehehe

    Amir …
    salute you, sir !

  10. salam bro..thn ni beraya rumah mentua isteri ye..dekat jer tu..sepelaung dari PUJ tu..nnt jgn lupa dtg rumah beraya..

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin buat Jeff, isteri dan anak…

    p.s..dah lima hari baru perasan ada entry baru..tu ler lama sgt tak update..hehehe

  11. Uncle J …
    usaha sungguh2 nak updet tu sbb kena jwb tag hehehe

  12. eh tu along ke? waaaaa kurus ek…

  13. mana tak kurusnya hari2 kena tibai ..

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: