Angkasawan Negara

Esok tanggal 10 Okt 2007 adalah hari bersejarah buat seluruh bangsa Malaysia. Walaupun China dan Jepun adalah bangsa Asia sedikit terlebih dahulu melahirkan angkasawan, namun tidak ada kurangnya kita yang kini telah meletakkan nama sebaris dengan negara-negara lain yang meneroka angkasa lepas.

Semasa bersekolah di Darjah Tiga (1982) masih saya ingat akan satu petikan dalam buku teks yang mengisahkan tentang Neil Amstrong (lahir 1930) menjadi manusia pertama mendarat di bulan. Pada masa itu, sepertimana juga kata Amir Azmi, saya hanya sekadar berasa kagum. Untuk mencita-citakannya atau memikirkan bahawa satu hari kelak Malaysia akan melalui peristiwa yang sama, langsung tidak terfikir oleh akal budak saya.

Tapi hari ini. Bangsa Malaysia sebagaimana bangsa-bangsa lain (seperti juga orang Amerika semasa Amstrong mendarat di bulan dahulu) akan berasa sangat teruja bercampur bangga apabila mampu menyaksikan sendiri sejarah itu. Dan sebagai orang Islam, bukan teruja dan bangga sahaja tapi juga syukur dan insaf kerana berpeluang menyaksikan kebesaran Allah SWT yang berada di luar dari Bumi.

Bagi diri saya pula. Di ambang cuti raya yang dah bermula sehari dua ni, saya masih bertugas. Dan tugasan terbaru saya terima adalah mewakili jabatan ke majlis siaran langsung pelancaran angkasawan negara yang pertama ke International Space Station (ISS) bersama  YAB Perdana Menteri di KLCC. Walaupun hanya di KLCC dan bukan di Baikonur, Russia namun setidak-tidaknya saya dapat menghargai detik istimewa itu lebih dari hanya menonton di TV.

Memetik kata Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dalam blog angkasawan negara

”I am living in a dream. A dream and hope of all Malaysians. I am hoping to be the eyes and ears of all Malaysian souls in space. It’s time for all Malaysians to dream BIG and reach for the stars ! “

saya rasa sebesar manapun kejayaan pernah kita raih, pasti ada yang lagi besar untuk kita usahakan. Semoga pemergian dan kepulangannya dalam lindungan Allah SWT demi nama agama dan negara.

cosmonauts.jpg

.

added / edited 10 Oktober 2007 :

saya tambahkan info mengenai keberangkatan Dr. Sheikh, yang dipetik dari blog Angkasawan Negara, entri bertarikh 9 Nov 2007 iaitu entri terakhir sebelum beliau berangkat ke ISS. terasa begitu terharu, tersentuh dan membara pabila membaca ucapan beliau, saya kongsikan ia di sini ..

To all my beloved Malaysians,

Today will be my last night on earth before launching to space on the Soyuz capsule. I am very excited for this historic moment. I am very relaxed and calm even to this day. Why ?

For I know that this is what I have dreamt of since I was 10.
This is for all the Malaysian people thriving for success.
This is for all the scientists who has worked hard for the experiments.
This is for my beloved UKM , MRSM Muar and St. Paul.
This is for MOSTI and ANGKASA for making this programme a success.
This is for all the people who believed in themselves.
This is for those who want to make changes for the better of mankind.
This is for all the youth hoping to change their mindset.
This is for all the schoolchildren who will be leaders in the near future.
This is for all the Malaysian who have believed in the angkasawan programme.
This is for all the Muslims all over the world.
This is for all parents who raise their kids to become great achievers.

And most importantly this is for both my mom and dad who has made me what I am today , who believed in me right from the very beginning and whom have never given up hope in me. Never ever. Thank you Abah & Umi for your blessing and for allowing me to go to space. This is all for you Malaysia !Start dreaming big and believe in them. One day it will become a reality. It took me 25 years to fulfill my dream. And if I could do it, I truly believe you could too!

Thank you for all your support.
Love you Malaysia!

Wassalam
Dr Sheikh Muszaphar
Angkasawan Malaysia

  1. uish..jgn la gagal..huhu

  2. yes i do remember when apollo ( dont remember which apollo 11 or 13?) landed on the moon..I was in std 3 then…Jeff pun tak lahir lagi kan…I didnt believe it then that man really stepped foot on the moon..but now, I’m very proud that our very own citizen would be in space after all..congrats to Dr S Muszaphar!

    and I am even prouder that u, Jeff, will be representing ur dept at the live official launching of the program by our PM tomorrow…eh..kesitu pulak dah..ekekeke..sorry, sorry

  3. Hayad …
    alaa lupa pulak nak bagi hints kat interviewer tu hari yg calon sorang ni pandai buat kek !

    Uncle J …
    tu la saya pun pelik bila baca phrase tu haha. tak pegi bulan pegi tgok launching pun jadi la (sapa pegi tgok launching boleh dpt gelaran ‘angkawasan’ tak ? ps. baca spelling betui2.)

  4. semoga berjaya dan dalam lindungan Allah SWT sentiasa…

  5. Salam,

    Sangat bersyukur kerana angkasawan yang terpilih itu berusaha untuk menjalankan ibadah solat dan puasa di ISS.

    Semoga Allah permudahkan segala urusannya. Ameen.

  6. Unicorn …
    didoakan semoga saudara juga beroleh rahmat-Nya

    Amir …
    saya yakin perjalanan Dr. S ini (yang diperjuangkan atas nama agama juga) akan dipermudahkan Allah. Amin

    • akirasuri
    • 10 Oktober 2007

    Selamat hari raya aidilfitri..
    maaf zahir dan batin..

    jaga diri baek-baek..

    nota: mudah-mudaha mereka selamat pergi dan selamat pulang, insya-Allah..

  7. Akira ..
    selamat hari raya juga untuk kamu🙂

    • nurul
    • 31 Oktober 2007

    kejayaan yang anda lakukan adalah untuk negara kita Malaysia……………….:p
    semoga berjaya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  8. erm…walau pun aku terlambat nak kasi komen…
    masa tgk kapal angkasa tu terbang huhuu…aku plak yg tkt….
    tapi aku tak puas ati kenapa kejap je kat sana….
    kurang2x sebulan ke 2 bulan ke…baru dapat angkasawan kita explore
    apa yang ada kat angkasa kan….

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: