Malaysia Ke Angkasa Lepas

Salam Aidil Fitri 1428 Hijrah. Mohon Maaf Zahir dan Batin buat semua pengunjung blog ini tak kira di mana berada, di kampung halaman atau seberang perantauan, semoga beroleh keredhaanNya di hari mulia ini.

Alhamdulillah. Syukur ya Allah, Dikau sempurnakan perjalanan Angkasawan Negara yang berangkat atas nama agama dan bangsa !

Di KLCC, 2000 orang hadir ke majlis siaran langsung bersama PM.  Perjalanan majlis sempurna sekali. Jamuan iftar cukup untuk semua orang dan mengenyangkan serta tempat bersolat jemaah yang selesa. Tahniah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Tapi kasihan orang-orang di Dataran Merdeka, skrin besarnya rosak. Sayang sekali detik yang sebegini bersejarah tak setimpal persiapan teknikalnya.

Antara yang menarik di KLCC ialah ada cenderahati berupa baju T hitam berlambang Angkasawan Negara, beg sandang (juga berlambang) , alatulis seperti pen, buku nota, kalendar dan lain-lain. Di sana juga ada pameran program angkasa lepas Malaysia.

Sambil itu saya menemui rakan sejawatan di MOSTI (seorang wanita) yang sedang bertugas dalam majlis tersebut. Katanya beliau akan berangkat ke Moscow pada 19 Oktober(Jumaat), menyertai persiapan MOSTI sebelum pendaratan kapsul Suyoz pada 21 Oktober kelak. Bertuahnya dia dan saya berasa kagum. Saya sempat mengusiknya “lepas tu boleh la kau escort Dr. Sheikh sekali balik ke Malaysia ye tak”

Ok. Itu malam semalam. Hari ini, iaitu sehari selepas Malaysia kini antara negara yang meneroka angkasa lepas, apa kisahnya ?

Saya bangun pagi hari ini (dari sahur) dengan perasaan yang berbeza. Saya berasa bahawa saya adalah rakyat di sebuah negara yang tidak boleh dipandang rendah..

Dulu kita membayangkan apa  angkasa lepas melalui cereka sains ; Star Wars atau Apollo 13. Namun kini, bila memikirkan angkasa lepas tentu sekali memori akan mengimbas kembali ingatan tentang roket yang membawa kapsul Suyoz yang dihiasi Jalur Gemilang dan di dalamnya duduk sama rendah (berdiri, dia lebih tinggi) Angkasawan kita Dr. Sheikh Muszaphar bersama Yuri Malanchenko, Rusia dan Peggy Whitson, Amerika Syarikat.

Malah, siapa sangka kuih bangkit (kuih raya tradisional) yang kita makan di kampung setahun sekali semasa raya itu, kini berada di angkasa lepas !

Itulah anjakan paradigma, yang naik ke angkasa seorang sahaja tetapi pengalaman dalam persiapan ke angkasa lepas nyata dirasai ramai ; saintis makanan (bekalan diet dan nutrien ‘khas’ ke angkasa), ahli agama (solat dan puasa di angkasa lepas), saintis Universiti (bahan bahan eksperimen di ISS), tentera (pemilihan dan latihan awal angkasawan) serta ramai lagi.

Ok lah cukup setakat ini. Di bawah sana ada beberapa gambar tentang suasana majlis di KLCC.  Saya akhiri entri ini dengan andaian, setujukah mungkin tak lama lagi angkasawan kita itu akan bergelar Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar ..

.

jamuan iftar

suasana dewan

temuramah dengan Capt. Robert Gibson, NASA

sut angkasawan SOKOL

cuba mengemudi simulasi stesen angkasa

paparan simulasi stesen angkasa

si cilik .. bakal angkasawan

model stesen angkasalepas antarabangsa (ISS)

model roket / kapusl Soyuz

jalur gemilang pada roket

soyuz berlepas 9.21 mlm

Angkasawan Negara dalam Soyuz

  1. salam ziarah..
    selamat hari raya..
    setentunya kita patut rasa bangga atas kejayaan itu….

  2. Farid …
    salam aidilfitri. terima kasih, lawatan orang jauh dari Syria ni !

    .. ya, benar kita bangga sesungguhnya !

  3. Selamat Hari Raya bro.. Maaf zahir dan batin..

  4. Fuad …
    sama juga, salam aidil fitri. minal aidil wal faizin.

    • sf
    • 16 Oktober 2007

    Best ke barangnya raya kat KL ni akekekeke …sunyi jer …

  5. Bangga Bangga.. Korang tengok tak hidung aku naik nih? Bangga bangat! Hehe.

  6. setuju2! mmg dia akan dpt gelaran tu punyer. kalo tak bg tak bulih ke ar?hehe… nmpk tak sdp la kalo nama dia ada Dato’. Nmpk cam tua..ehe

    apa2 pun ku tetap berbangga!! 🙂

  7. Sf …
    ha, sunyi tak semestinya tak meriah beb

    Affuan …
    yeke ? sama naik dgn roket tu ekeke

    Hayad …
    eh sekarang ni ramai apa Dato’ muda2 ?

  8. salam lebaran bro..bangga sahabat saya turut serta di hari yg bersejarah tu…cantik gambar2 tu..bila nak beraya ke rumah ni?

  9. Uncle J,
    saya akan call. dont worry mesti datang punya 😀

    • Tanpa Nama
    • 14 Oktober 2008

    berbangaalah awak semua

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan kepada UncleJ Batal balasan