Beraya Di Kuala Lumpur

Apa istimewanya beraya di Kuala Lumpur ?

malam raya - lampu kelip kat pokok    

Mereka yang bukan berasal dari KL tentulah sayu kalau beraya di ibu kota. Tapi yang berasal dari KL, kerana adik beradik dan saudara terdekat juga berada di kota, maka KL lah pilihan destinasi raya. Begitu juga saya sekeluarga tahun ini, kami tak balik ke Kelantan (kampung isteri) kerana akan balik ke sana di raya korban kelak.

Hari terakhir puasa, selepas solat Jumaat kami meninggalkan Putrajaya dan menuju ke Cheras. Heheh bunyi macam jauh jer. Sambil tu, sekejap singgah di Uniten, bulatan Bangi lama kerana membeli lemang sedap yang dijual di situ.

Di Bandar Tun Razak, sambutan raya telah bermula pada malam takbir lagi. Beberapa kumpulan dari surau mengunjungi rumah ahli-ahli kariah untuk bertakbir. Tuan rumah pula menyediakan jamuan ringan. Ha, mana tak meriah. Malam raya lagi dah round, hehe. Di rumah saya, rombongan takbir akhirnya tiba jam 11.30 malam.

Bagaimanapun, pada malam itu hanya abah yang mengikut rombongan. Saya terkandas di depan TV kerana menyaksikan liputan ASTRO mengenai berlabuhnya kapal angkasa Soyuz di ISS selepas 2 hari mengelilingi orbit.

Selepas selesai majlis takbir, jam 1.00 pagi saya dan isteri keluar ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Saja ingin melihat kalau ada yang boleh dibeli dengan harga murah berpatutan di saat terakhir. Sememangnya pada setiap tahun, Bazar Ramadhan di Jln TAR semakin hangat di malam ambang raya. Malam itu, Jalan TAR seluas 4 lorong itu akhirnya hanya dapat dilalui satu lorong sahaja kerana pengunjung yang terlalu ramai meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan.

malam raya - jamm di Jalan TAR  malam raya - Jln TAR jadi satu lorong je  malam raya - jamm di Jln TAR juga

Kami berjaya meletak kereta di belakang Campbell. Dengan bayaran semurah RM 3.00 sekali masuk, diikutkan hati nak balik esok pagi saja. Banyak jualan yang menarik antaranya, baju kurung RM 50.00 tiga pasang, blouse wanita RM 15.00 sepasang, seluar jeans Levis / Dokkers (siam) RM 20 – 30 sehelai, longan dlm tin RM 10 sedozen, kain pelikat RM 15 dua helai.

Kami tidaklah memborong semua itu, hanya membeli kain dengan belanja tak sampai RM 30 pun. Jam 3.00 pagi baru balik ke rumah. Pagi besoknya slepas solat raya, kami sekluarga terus beraya ke rumah sanak saudara di KL, Ampang dan Melawati. Tapi tak daya juga nak pusing semua. Di petang itu tak lama lepas balik, kami dikunjungi pula keluarga adik ipar saya dari Gombak. Lepas tu semua orang tersandar dan zzzz .. letih !

Mungkin benar kata orang beraya di KL tak semeriah di kampung. Namun beraya di KL ada juga baiknya. Tiada kesesakan jalan raya, tapi bukan langsung tidak ada kenderaan. Masih banyak juga kereta di atas jalan raya tetapi trafik berjalan lancar. Apa pun di mana jua sama sahaja. Yang penting, raya disambut dengan sederhana dan penuh dengan pengertian tentang konsep ‘fitrah’ dan syukur.

malam raya - pokok yg kat simpang empat KLCC

  1. Jeff…saya pun lebih kurang beraya diKL juga..hari pertama dan kedua berziarah saudara mara diKL dan Lembah Kelang juga…seronok..boleh bebas kemana saja tanpa gangguan trafik jem..Raya kedua dah ada dirumah…hihi

  2. lerrr .. ingatkan kt Kuala Kubu. kalo tau ari tu lagi dah gi umah.

  3. Jeff, kalo ko ke Kelantan raya Korban nanti, kabo la ek. Aku tunggu ko kat Mamak Spicy, KB🙂

  4. Salam Jeff..

    Beraya sakan ya..Kalau saya ada di KL, pasti akan pegi ikut merempit shopping ke Jln Tar..😆

  5. Kata orang time raya kat KL boleh tido atas jalan sebab takde kete. Mitos je kot..😉

  6. Affuan …
    mamak food ni mmg kegemaran aku. nanti kita roger2

    Mik …
    bawak-bawak la bersabar mik. kekeke

    Fuad …
    betul tu bro. kalo berani tido la atas jalan tu bole tambah statistik ops sikap. hehe

  7. salam lebaran..mmg laa kalu org luar dr kl tu rasa sayu mayu bila x dapat balik.. ? so wife u kelate tu tang mana?

  8. Nuriman …
    dia org golden sand🙂

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: