Beraya ke Rumah Uncle J

Semalam saya sekeluarga bertandang ke rumah Uncle J seorang sahabat yang saya kenali di dunia blogger dan realiti. Pada masa saya nak menulis cerita ini, tuan rumah terlebih dahulu dah pun menulis kisah kunjungan kami itu. Kebetulan saya pun terlupa nak membawa kamera jadi boleh la ke blog Uncle J untuk membaca ceritanya siap dengan gambar-gambar sekali.

Kami benar-benar teruja dengan layanan Uncle J dan keluarganya. Bukan itu sahaja, kami juga teruja melihat rumahnya yang nampak tenang dan cantik macam Casa Impian. Manakala menu ‘dinner’ juga sangatlah menyelerakan di samping kuih-kuih raya yang pelbagai jenis disajikan.

Tidak lama selepas kami sampai, bro Kassim Selamat @Lagenda Buta @Matahati sekeluarga pula tiba, tau-tau dah parking je depan rumah. Tak macam saya yang terpaksa me-roger tuan rumah hingga terpaksa diberikan bantuan SAR (search and rescue) heheh.

Dalam pada kami mengisi masa dengan berbual sambil makan-makan, sedar tak sedar waktu sudah menganjak jauh. Saya tidak dapat lebih lama di rumah beliau memandangkan bekerja esoknya. Lebih kurang jam 10.15 malam saya terpaksa bermohon diri untuk beransur pulang. Walaupun sekejap tetapi rasanya sungguh puas bertandang di rumah Uncle J, di samping beraya juga sebagai membalas kunjungan beliau ke rumah saya sebelum puasa dulu.

Sedang-sedang bersalam tu, entah kenapa anak saya seorang yang sememangnya lasak itu menyangkakan bro KS juga akan beransur pulang. Lalu terus disorongnya kerusi roda KS dari belakang. Tahu-tahu dah ke depan je bro KS. Mujur sempat ditahan.. sabar je la anak saya ni. Apa pun kepada bro KS, mohon dimaafkan gelagat anak saya itu .. 

Sememangnya kenangan manis ini akan jadi nostalgia. Kunjungan pertama itu rasanya bukanlah kali terakhir, Insya Allah.

  1. suke ler gambo banner ujan tu!

  2. Jeff..first of all…cantik masthead yg baru ni, nnt ajar sy buat ye..jeles pulak tgk..ekeke
    tau ler bro ni rockers, lagu lain tak de ker? hahaha

    terimakasih sudi dtg beraya ke rumah….Casa Impian? bior betul Jeff…itu pun hasil tgn org jer..sy tompang jer..hehe

    Nnt sabtu ni tunggu ye…amik ler gambar byk2…cas bateri awal2, jgn jadik mcm bunga api hr tu.

  3. Hayad …
    sesuai untuk cuaca kebelakangan ini yang asyik ujan kan

    Uncle J …
    tu mmg gambar yang diambil sendiri. lokasinya di satu tempat bernostalgia. nak ajar buleh je bukan susah pun. lagu rock tu dah ok la, mesti kena dengan tema / imej.. takkan dangdut reggae pulak kekeke

    • lagendabuta
    • 19 Oktober 2007

    Jeff , nak maaf apa nya, biasa ler budak2 mmg begitu…siap nak sorong keluar ya! kelakar lak rasanya.

    wah best ek mlm raya..round2 KL, dulu masa sihat pon sy suka buat begitu pd mlm raya….tgk org lelong kuih..hehehe

    • akirasuri
    • 19 Oktober 2007

    Wah!
    beraya sakan ke tahun ni bro🙂

    tapi banner tu memang cantik.
    nice shot!

  4. slm jeff..ziarah balas nie.timakasih link combi kt sini..terharu rasenyer..btw combi dpt sorang kwn baru..silalah singgah umah combi bila on d way ke umah unclej n ks😀

  5. selamat beraya..

  6. Lagendabuta
    terima kasih bro memahami. nanti dia dah besar betul boleh dia sorong betul2, bwak jalan2

    Akira
    thanx for the compliment ehehe. tak la beraya sakan, cuma pulun abis je

    Combi
    err.. bukan kalau nak singgah umah ecah kena naik flight ke ?

    Kertasterbang
    raya jangan tak raya bro. bz lagi ke tu ?

  7. salam..seronoknya bole beraya bersama bloggers…semua org yg sy nak jumpa..InsyaAllah hujung thn nanti bolela berjumpa kalau umur panjang

  8. Arsaili
    insya Allah jika diizinkan, sangat gembira kiranya dapat kita berjumpa ramai2 dengan Arsaili

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: